My Scrapbook: December 2010

Thursday, December 23, 2010

4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:
1. Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
2. Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
3. Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
4. Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.

10 Golongan Yang Tidak Dapat Mencium Bau Syurga

1. Pembunuh orang kafir mu’ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan orang ISLAM.
2. Orang mengaibkan atau mensia-siakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT. Contohnya, amanah anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya.
3. Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata mencari keuntungan dan kepentingan duniawi
4. Orang yang berangan-angan untuk beramal namun tidak pernah berusaha mengerjakannya.
5. Semua penderhaka sama ada kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, Ibubapa dan lain-lain.
6. Peminum arak
7. Orang memutuskan silaturrahim.
8. Orang tua yang berzina
9. Orang yang sombong, bermegah dengan hal duniawi.
10. Isteri yang meminta diceraikan tanpa ada suatu kemunasabahan/kesalahan/keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

Siti Aisyah melakukan 4 perkara sebelum tidur

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, ” Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:
1-Mengkhatam Al-Quran.
2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.
3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.
4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.
Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : ” Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang”.

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda : Apabila kamu:
1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.
3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.
4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.

Wednesday, December 15, 2010

Sinar Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Best Gift

Hari ni umi rasa happy & lega sangat..bukan hanya sebab hari ni ulangtahun perkahwinan umi tp sebab Etot dah balik ke rumah. Malam tadi umi balik lambat, umi singgah Giant dulu untuk beli barang tp memang setiap kali sampai depan pagar rumah, umi berharap sangat Etot akan tunggu disitu..tapi malam tadi doa umi dah dikabulkan..mengalir airmata umi bila Etot berlari ke arah umi..tentu saja umi peluk cium puas-puas..walaupun badan Etot agak kotor tapi umi sanggup..terlerai sudah rindu umi..Alhamdulillah.
 
Etot pun tk henti-henti mengiau, macam banyak cerita yang Etot nak cakapkan..Etot pun lapar, so umi kasi makan dulu kemudian mandikan Etot. Etot nampak kurus sikit, bulu pun ada yg tercabut, agaknya bergaduh dengan kucing lain tapi masa umi mandikan Etot, Etot diam saja..agaknya dia pun tak selesa badan dia kotor..memang umi sentiasa pentingkan kebersihan Etot sebab umi suka peluk cium Etot, mesti la Etot sentiasa bersih dan wangi.
 
Lepas dah keringkan badan, Etot macam tak mahu berjauhan dari umi dan abah..ikut saja mana umi pergi, ke dapur, ke bilik..akhirnya Etot duduk atas riba umi, minta dibelai-belai..mestilah umi lakukan sampai Etot tidur atas riba umi..tentu Etot letih cari jalan pulang. Sayu hati umi bila pikirkan yang bukan-bukan sepanjang ketiadaan Etot; macam mana Etot makan, tidur dan sebagainya mesti semuanya tak terurus.
 
Bila umi nak tido, Etot terus landing antara kaki umi..terasa panas badan Etot tapi umi suka macam tu sebab umi tahu Etot ada dan dekat dengan umi. Sepanjang malam Etot tidur, masa umi bangun pagi Etot pun bangun. Rutin biasa bermula semula..umi dukung Etot ke dapur untuk makan, dan Etot akan tunggu umi mandi, solat dan bersiap. Happynya umi..

Tuesday, December 14, 2010

Etot M.I.A

10 dec 2010 yg lalu, aku kehilangan sesuatu yang aku sayang..tetiba je dia pergi entah kemana..sunyi rasa tak mendengar suaranya..Etot, umi rindu pada Etot..kenapa pergi dari umi? Etot merajuk ke dengan umi sebab umi selalu kacau Etot, suka peluk Etot, suka cium Etot..Abah pun suka kacau Etot kan..tapi kami tk pernah marah Etot sebab sayangkan Etot..

Umi suka sangat bila umi balik kerja Etot tunggu umi kat atas rak kasut tu..bila sampai ke kereta depan pagar Etot cepat2 lari lompat tingkap sebelah abah masuk dalam kereta..kadang-kadang Etot temankan abah hantar atau ambik umi kat stesen bas..dalam kereta Etot suka umi dukung atas bahu umi..kadang-kadang Etot duduk kat seat belakang dan tinjau-tinjau keluar tepi tingkap..macam Etot tahu je apa yang Etot tengok..
Tiba hujung minggu umi akan mandikan Etot, tuala Etot pun sengaja umi beli sama warna dengan bulu Etot. Umi akan dukung Etot masuk dalam bilik air tapi Etot selalu tak nak turun sebab Etot tahu nak kena mandi..tapi masa umi mandikan Etot, Etot tak banyak ragam..

Kebanyakan malam Etot akan tidur di tengah-tengah antara kaki umi..terasa panas badan Etot bila Etot sandar pada kaki umi..kadang-kadang Etot datang tidur celah ketiak umi..Sekarang tak ada Etot nak kejutkan umi pagi-pagi..selalu masa alarm clock berbunyi Etot akan bangun dulu lepas tu datang kat umi, gigit-gigit manja kaki umi, tangan umi, nak suruh umi bangun sebab masa tu masa untuk Etot makan..umi suka dukung Etot ke dapur, lepas tu umi mandi. Lepas makan Etot akan tunggu depan pintu bilik air tu sampai umi keluar..Etot nak minta umi belai-belaikan..masa umi solat Etot tunggu umi jugak..tapi kadang-kadang Etot nakal panjat belakang umi especially masa umi rukuk..tapi umi tk pernah pukul Etot, umi cuma cakap tegas sikit jer..umi tau Etot dengar cakap..walupun kalau dengan abah Etot lebih ikut dan setia dengan dia..Sejak Etot tak de ni, semalam umi dah lambat bangun..kelam-kabut la umi..dah lambat sampai opis..

Umi rindu la kat Etot, tiap hari umi tengok tempat tido Etot, bekas makan, bekas litter, tup air..semua tu buat hati umi sayu..mesti rasa nak menangis..sebelum tido mesti umi tengok gambar Etot dulu..sampai hati Etot tinggalkan umi ye..Pagi tadi sebab umi teringat sangat pada Etot, umi cakap dengan bekas makanan Etot..umi panggil Etot tapi sunyi jer..

Oklah sayang, umi tulis kat sini pun dah mengalir airmata umi..umi doakan Etot selamat walau dimana pun Etot berada. Umi akan sentiasa merindui Etot..sepanjang Etot bersama umi, umi bahagia sebab tingkah laku Etot selalu menceriakan umi..hilang penat umi bila layan Etot..Dalam hati umi masih ada harapan agar Etot kembali pada umi..Abah pun masih biarkan pintu terbuka sikit tiap malam..umi tahu walaupun abah nampak cool je tapi dia pun sedih kehilangan Etot.. 

Oletot @ Etot : I luv u so much....even we only have a year and half time together but you'll be always on my mind..

Oletot @ Etot

Wednesday, December 1, 2010

7 Tanda Hati Sudah Mati

1. Payah hendak ingat akan Allah SWT pada waktu susah atau waktu senang.
2. Payah hendak mendapat kesan dari peringatan yang datang dari ayat-ayat Allah SWT.
3. Terlalu cinta dunia dan mementingkan diri sendiri.
4. Cenderung kepada perkara haram dan syubahat.
5. Berbangga dengan pendapat-pendapat batil.
6. Cenderung melakukan ketidakadilan dan penzaliman.
7. Menafikan Allah SWT dan kekuasaan-Nya.

Cara mengubat hati yang mati:
1. Berusaha menjauhi makanan yang haram dan syubahat.
2. Usaha supaya mendapat pendidikan dan pimpinan yang mursyid.
3. Selalu mencari kebenaran dan berusaha berada dalam kebenaran.
4. Bersahabat dengan orang yang hatinya suci dan murni.
5. Membuang sifat cinta terhadap dunia.