My Scrapbook: Chef At Home
SweetMuslimah.com
Showing posts with label Chef At Home. Show all posts
Showing posts with label Chef At Home. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

Thursday, December 27, 2012

Ikan Siakap Stim

Hari ni hujan lebat kt opis..paham je la bila camtu jln mulalah sesak..nak sampai puduraya pun dah lmbt..so naik bas lambat sampai rumah pun agak lambat la. Bahan mentah kt rumah pun byk yg tk de so mlm ni mkn ikan stim dgn nasi putih je la...ringkas & senang nk buat..

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap (nk ikan lain pun terpulang la)
1 atau 2 batang serai
4-5 biji cili api (nk pedas boh la lebih kan)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (tk nak pun tk per..guna nenas pun sedap juga)
1 tangkai daun ketumbar (td guna daun sup je pun..)
2 sudu sos ikan (kalau tk de guna sos tiram pun ok)
1/2 - 1 cawan air
1-2 biji limau nipis atau lemon (ambil jusnya)
lada sulah, gula & garam secukup rasa

Cara masak :
1. Panaskan periuk pengukus. Lumurkan ikan dgn garam dan gula. letak dlm loyang. Masukkan halia, bawang putih & serai yang telah di cincang atau tumbuk serta cili api.
2. Masukan air, sos ikan dan lada sulah. masak ikan selama 15 minit. Lepas itu masukan tomato, daun sup dan jus limau. Masak lg 5 minit.
3. Dah pun siap...

Tuesday, December 25, 2012

Mertabak Lipat

Resepi ni diambik dr blog Chef Mat Gebu..tp dah adjust sket ikut bahan yg available kt rumah..senang nk buat & sedap..sesuai la nk makan ptg2..dgn teh panas..sambil lepak2 dgn famili..

Bahan2:
5 keping instant prata (jenama apa tu ikut suka la kan)
5 biji telur
1 bawang holland / bawang biasa (saiz agak besar & potong dadu)
5 tangkai daun sup (hiris halus)

Untuk Inti :
200gm daging kisar (nk guna ayam kisar pun boleh)
3 ulas bawang putih  }
1 inci halia                } tumbuk halus
1 camca besar rempah kari daging
1 atau 2 cili merah (dadu)
3/4 cawan air
gula, garam & lada hitam secukup rasa

Cara memasak :
Inti : Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga harum. Masuk rempah & air. Tambah daging, cili, lada hitam, gula & garam. Masak hingga kering. Sejukkan
Mertabak : Masak roti prata (ikut arahan kt paket tu la..). Campurkan daun sup, bawang dgn bahan inti. Sebab ada 5 keping so bahagikan 5 bhgn la. Panaskan pan, letak minyak sikit, ambik 1 bhgn inti dan pecahkan 1 telur. Kacau dan tuang dlm pan. Ratakan sket, masak dgn api sederhana hingga 3/4 masak. Letakkan roti prata, biar masak sekejap lepas tu terbalikkan. Bila dah masak angkat dan lipatkan.  

Sunday, April 22, 2012

Quiche

For Pastry :
300gm flour (200gm plain + 100gm wholemeal)
150gm butter (cold)
4-5 tbsp cold milk/water
 
* mix all, roll & cut to your preferred size
* bake for 30 mins
 
Basic custard :
4 eggs
1 cup milk or 3/4 cup cream
1/2 cup cheese
1-2 cup of own choice filling
salt & pepper to taste
 
* beat eggs wth cream/milk
* add half of cheese into the eggs mixture
* pour into the crust and bake for 30 mins (180 degree)
* add the other half of cheese and bake again for another 30 mins
 

Sunday, September 25, 2011

Bread with Peanut Butter & Banana

yummy snack..try it..
Mula2 sapu butter & peanut butter

Pastu letak le pisang, byk sikit tu terpulang ler..
Dah ready utk dimasukkan dlm sandwich maker..

Senang guna ni..tk yah nk bakar2 lak

Dah siap..sedap tau..

Sunday, November 7, 2010

Roti Telur Inti Daging

Bahan-Bahan:
Inti:
500 gm daging cincang (direbus)
3 sudu besar cili boh
3 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
½ mangkuk kecil air asam jawa
sedikit kicap
sedikit garam,gula
sedikit minyak utk menumis
3 butir telur ayam (dibubuh sedikit garam, dipukul rata)
Roti gardenia
sedikit planta

Cara memasak:
1. Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili sampai masak.
2. Masuk kicap, kacau rata.
3. Masuk daging yg telah dikisar dan air asam jawa.
4. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
5. Kacau rata dan biar sehingga masakan kering.
6. Setelah masak, padamkan api, angkat
7. Ambil sekeping roti, bubuhkan inti, lipatkan roti dan celupkan ke dlm telur,kemudian bakar di dlm kuali leper yg telah di gris dengan planta. Hati-hati ketika mengalih roti supaya inti tidak terkeluar. Bakar hingga masak.

Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan :
lapisan bawah
120 gm mentega
150 semi-sweet coklat
2 sudu besar golden syrup (boleh guna madu sebagai gantian)
2 biji telur (lebih elok telur saiz A- dipukul)
1 sudu teh esen vanila
60 gm tepung kek
1/2 sudu teh serbuk penaik

lapisan cheese
250 gm cream cheese
100 gm gula halus (tak nak manis kurangkan)
1 biji telur

Cara membuatnya :
1. Cairkan coklat dan mentega. Biar sejuk
2. Pukul telur hingga kembang dan campurkan golden syrup sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan campuran coklat
3. Masukkan tepung kek dan serbuk penaik, kacau rata
4. Tuang kan 3/4 adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit (ikut oven juga la ya)
5. Apabila sudah masak, tuangkan adunan keju keatasnya. Tuangkan baki adunan coklat keatas lapisan cheese dan bentukkan corak marble.
6. Bakar semula selama 25 minit (atau sehingga masak)   

Kek Batik Jawa

Bahan-bahan :
300 gm biskut mary
170 gm mentega
4 biji telur
1/4 tin susu pekat
1/4 gelas milo
1/4 gelas serbuk koko
1/4 gelas nestum
1 gelas gula (boleh kurangkan kalau nak kurangkan manis)
1 gelas air sejuk (air dari peti ais)
sedikit esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul telur dengan mentega hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Dalam bekas yang lain, bancuhkan koko, milo, susu pekat dengan air sejuk tadi. Kemudian campurkan kedalam adunan mentega
  4. Masak adunan tersebut hingga agak pekat (biasanya I guna kuali, senang nak gaul), kemudian masukkan biskut mary yang telah dipatahkan sehingga biskut menjadi lembut
  5. Tuang dalam acuan dan bakar selama 15-20 minit (sesetengah orang tk bakar, tapi bila bakar dan simpan dalam peti sejuk, lagi senang nak potong) 

Kung Pao Chicken

Bahan-bahan :
600 gm isi ayam - dipotong kecil
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
**isi ayam disalut dengan tepung jagung dan garam kemudian digoreng

100 kacang gajus
30 gm cili kering (dipotong 1 inci panjang)
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji capsicum hijau - potong agak besar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air
minyak untuk menumis
cara memasak :
1. Panaskan minyak. Goreng cili kering hingga garing. Ketepikan
2. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan kemudian masukkan bawang besar
3. Masukkan capsicum, isi ayam (yang telah digoreng tadi), sos tiram, sos tomato dan air
4. Masak sehingga agak kering, masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
5. Apabila agak sejuk masukkan cili kering garing tadi, gaulkan biar mesra. Hidangkan.

Kari Kepala Ikan

Bahan-Bahan:
1 kg kepala ikan tenggiri atau sebarang ikan yang digemari
1 paket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu halba campur
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato
3 biji cili muda
5 tangkai kacang bendi
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Bawang putih dan bawang merah dimayang halus.
2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan halba campur, daun kari dan bawang yang dimayang tadi hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga garing. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk perasa dan asam jawa.
4. Apabila sudah mendidih, amsukkan kepala ikan tadi. Masak dengan api yang sederhana kuat.
5. Setelah itu, masukkan cili muda, buah tomato dan kacang bendi dan masak untuk seketika. Angkat dan hidangkan.

Curry Laksa


Bahan A:
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
300 gm ayam/daging
200 gm sotong
200 gm udang

Bahan B:
2 paket kecil rempah kari ayam/daging
(Bahan dibawah ditumbuk halus)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
½ inci halia

Bahan C:
10 pcs tauhu pok
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
2 pcs tauhu putih
2 pcs fish cake
100 gm sawi hijau

Bahan D:
100 gm taugeh - bersih dan celurkan
(Bahan dibawah bersihkan & potong halus)
1 biji salad
1 biji timun
1 biji bawang besar
5 ulas cili besar

Lain-lain bahan:
1 biji kelapa (ambil 4 mangkuk santan dan asingkan perahan pertama).
1 cawan air asam jawa
2 pcs kiub ayam Knorr
1 senduk minyak masak
Garam secukup rasa
500 gm laksa basah (celur & toskan)

Cara Menyediakan kuah:
1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumiskan Bahan B dan masuk air asam jawa biarkan sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A gaul dengan rata. Biarkan dalam 5 minit dan masukkan santan.Kemudian masuk garam secukup rasa dan kiub ayam knor. Biarkan ia mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan Bahan C. Biarkan 5 minit. Akhir sekali masukkan pati santan biarkan mendidih dan tutup api.

Menyediakan laksa:
Ambil laksa, tuangkan kuah laksa tadi dan letakkan bahan D

Mertabak Crackers

Bahan-Bahan:
600 gm isi ayam (dihiris halus)
10 biji cili merah
4 biji bawang besar (potong dadu)
Daun sup (dipotong halus)
5 biji telur (dipukul sedikit)
1 bungkus biskut cream crackers 
Santan (1 biji kelapa)
1 tin susu cair
Bawang besar + Halia+Bawang putih (ditumbuk halus)
Rempah kari
Sedikit lada kisar (jika suka)
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar, halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus tadi sehingga kekuningan kemudian masukkan rempah kari. Jika ditambahkan lada kisar, tumiskan sekali
2. Masukkan isi ayam tadi ke dalam kuali, gaul hingga ayam masak.
3. setelah itu masukkan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
4. Setelah masak, ketepikan.
5. santan dan susu cair dimasak dengan api kecil di atas dapur, selepas mendidih, masukkan sedikit garam, tutup api dan ketepikan. Untuk lebih mudah, apabila campuran santan telah agak sejuk, masukkan telur yang telah dipukul tadi.
6. Sediakan loyang pembakar dan disapu marjerin
7. susunkan biskut krim krakers dalam loyang tadi, jika ada lubang-lubang tutup dengan biskut yang hancur
8. masukkan inti ayam yang telah dibuat tadi, taburkan rata ke atas lapisan biskut
9. taburkan pula daun bawang dan lada hidup tadi
10. tutup lapisan ini dengan biskut krim krakers semula
12. ambil 1 senduk campuran santan tadi, tuangkan ke atas lapisan biskut tadi. Jgn banyak sangat nanti biskut terlalu lembik.
13. Ulang proses melapis biskut tadi sehingga selesai. Lapisan yang terakhir mestilah biskut krim krakers.
14. Bakar di dalam oven lebih kurang ½ jam.







Rosemary Roasted Chicken


Bahan-Bahan Untuk Ayam:
1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(dimesinkan)
½ bawang besar(dipotong bulat-bulat)
½ bawang besar(dipotong 2 besar-besar)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
½ sudu teh serbuk Oregano
1 ½ sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun
Paprika / Madu (jika suka)

Bahan-Bahan Untuk Gravy:
25 gm mentega(salted butter)
Tepung gandum
½ cawan air panas

Cara Memasak Ayam Panggang Rosemary:
1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit.
2. Sumbatkan bawang besar yang dipotong besar ke dalam ayam.
3. Letakkan bawang besar yang dipotong bulat diatas ayam.
4. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam.
5. Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
6. Masak lebih kurang 35-40 minit atau sehingga cecair jernih keluar dari ayam apabila dicucuk dengan garfu. Hidangkan Ayam.

Cara Membuat Gravy:
1. Setelah ayam diangkat, tuangkan air panas ke dalam bekas memanggang dan kacau untuk mendapatkan baki minyak dan jus yang ditinggalkan ayam panggang tadi. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, panaskan mentega dengan api kecil sehingga cair.Angkatkan dari dapur. Masukkan tepung sehingga campuran menjadi pekat kacau hingga sebati.
3. Masukkan air tadi dan kacau sebati diatas dapur dengan api yang kecil. Masak sehingga pekat sedikit dan jangan masak terlalu lama. Hidangkan.

Ikan Siakap Bakar Special

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap                                                                   air asam jawa
2 biji bawang besar                                                                 sedikit belacan
4 ulas bawang putih                                                                 sedikit gula melaka
10 tangkai cili kering                                                                garam, perisa secukup rasa
2 batang serai                                                                          sedikit minyak
1 inci kunyit
2 inci halia
1 sudu rempah kurma

Cara memasak :
  1. Kisarkan semua bahan kecuali ikan dan minyak
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik minyak. Tutupkan api
  3. Lumurkan bahan tadi pada ikan yang telah dikelar-kelar
  4. Masukkan dalam aluminium foil, bakar atas dapur gas sehingga masak (anggaran masa selama 15-20 minit)