My Scrapbook: November 2013

Thursday, November 21, 2013

Menjenguk Orang Sakit Didoakan oleh 70.000 Malaikat

 Malaikat adalah makhluk yang maksum.Dalam artian malaikat adalah makhluk yang tidak memiliki dosa dan salah.Oleh karena itu doa para malaikat akan mudah dikabulkan oleh alloh subhaanahu wata’ala.Dan sangat bagus kalau kita bias di doakan oleh malaikat.Tips berikut yang di ajarkan oleh rasululloh agar kita bias di doakn oleh  para malaikat.
“Tiada seorang muslim yang menjenguk seorang muslim pada waktu pagi melainkan dia didoakan oleh 70.000 malaikat hingga sore hari.Dan ia menjenguk pada sore hari maka ia di doakan oleh 70.000 malaikat hingga pagi harinya.Dan akan mendapatkan jaminan buah-buahan yang siap di petik di dalam syurga.”(HR .Tirmidzi dan dia berkata hasan dianggap shahih oleh al-Bani)
            Menjenguk orang sakit mudah dilakukan sesambi kita mempererat tali silaturahmi dan kekerabatan.Apalagi menjenguk orang sakit adalah salah satu kewajiban muslim terhadap muslim lainnya.
“Sesungguhnya rasulullah sallallohu ‘alihi wasallam bersabda:”haq seorang muslim terhadap muslim lainnya ada enam.Dikatakan kepada beliau, apa itu Yaa rasuululloh?? Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda:”engkau hendaknya memberi salam ketika bertemu kepadanya,menghadirinya undangannya, memberi nasihat ketika ia meminta, mendoakanya ketika ia bersin jika ia memuji alloh,dan menjenguknya ketika ia sakit, dan engkau selenggarakn jenazahnya jika ia meninggal dunia.”(HR.Muslim)

4 Jenis Bisikan Hati

  1. Bisikan pertama dinamakan khatir (bisikan hati ),datang daripada Allah SWT yang dipenuhi dengan kebaikan dan ianya adalah hujjah untuk kita.
  2. Bisikan hati yang biasa diterima oleh manusia.
  3. Bisikan daripada Malaikat Mulhin, bisikan membawa kebaikan,ianya adalah penasihat kepada kita yang boleh dipanggil juga
  4. Bisikan syaitan yang dinamakan was was   merupakan keburukan yang menghalang kebaikan dan menyesatkan. Wasiat Imam Ghazali.

10 Akhlak Mulia Rasulullah SAW

1-Malu.
2-Sabar.
3-Pemurah.
4-Sederhana.
5-Memaafkan.
6-Ringan tangan.
7-Berbaik sangka.
8-Adil terhadap diri sendiri.
9-Mengutamakan orang lain.
10-Bercakap hanya perkara baik

Wednesday, November 13, 2013

CHECK-LIST PUASA SUNAT tahun 1435 Hijrah

1. Puasa bulan Muharam mulai sekarang
 
2. PUASA HARI ASYURA PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013
 
3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)
 
4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
  MUHARAM  =                    17-19 NOV   2013
  SAFAR         =                     16 -18 DIS    2013
  RABIULAWAL =               15-17 JAN   2014
  RABIULAKHIR =              13-15 FAB   2014
  JAMADILAWAL =            15-17 MAC   2014
  JAMADILAKHIR =           13-15 APR   2014
  REJAB  =                            13-15 MEI    2014
  SYAABAN =                      11-13 JUN   2014
  SYAWAL =                        09-11 OGOS 2014
  ZULKAEDAH =                08-10 SEPT  2014
  ZULHIJJAH =                    08-10 OKT   2014
 
5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI  2014
 
6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014
 
7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI h  SYAWAL IALAH PADA 29 JULAI - 26 OGOS 2014
 
8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014
 
9. PUASA HARI WUQUF (BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014
 
 Latih diri dan ahli klrg  berpuasa mana yg mampu .. Ins sha Allah

Muadzin atau Tukang Adzan Mendapat Pahala Sebanyak Orang Sholat Bersamanya dan wajib Masuk Syurga

a.Pahala Sebanyak Pahala Orang Sholat Bersamanya.
“Muadzin (tukan adzan) itu akan diampuni dosa-dosanya sesuai dengan panjangnya suara adzan dan pahala seperti orang-orang yang sholat bersamanya.”(HR.Al-Thabrani.Dianggap shahih ole al-Bani)
 
Dalam hadist ini berisikan terdapat dua pahala bagi seorang muadzin yaitu:
1.Dihapus dosa-dosanya. Berapalah dosa yang terhapus? Dosa yang terhapus sesuai dengan panjangnya suara jangkauan adzannya. Ertinya semakin besar dan panjang jangkauannya maka semakin banyak pahala yang akan terhapus.wallohu a’lam bisshowaab.
2.Seoarang muadzin mendapat pahala sebanyak orang yang sholat bersamanya.Jika semakin banayak orang yang pergi sholat ke masjid karena mendengar seruan adzan darinya maka artinya ia mengjak orang lain dalam kebaikan dan ketaqwaan.Termasuk pekerjaan yang mulia bukan??
           
b.Wajib Masuk Syurga
            “Barang sipa yang mengumandangkan adzan selama dua belas tahun maka ia wajib masuk syurga.Sekali adzan pada tiap hari ia memperoleh enam puluh kebaikan dan setiap iqamah memperoleh tiga puluh kebaikan.”(HR. Ibnu Majah dan Dianggap shahih oleh al-Bani)
Subhaanalloh besar sekali bukan ganjaran yang alloh berikan kepada seorang muadzin. Kerana menjadi seorang muadzin adalah pekerjaan yang sangat mulia yaitu mengajak muslim atau muslimah untuk mengingat Allah. Seorang muadzin akan masuk syurga jika ia menjadi seorang muadzin selama dua belas tahun secara berturut-turut. Apabila dari kalian tertarik ingin menjadi seorang muadzin, maka hadist ini insyaaloh akan menguatkan niat kalian untuk menjadi seoprang muadzin. Nabi Muhammad sallallohu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhya hamba Allah pilihan adalah orang yang memperhatikan matahari, bulan, bintang ,dan bayangan,untuk mengingat Allah ‘azza  wajalla.”(As-shilsilah as-Shohihah:vi/1299)
Hadist ini menjelaskan keutamaan bagi para muadzin yang ikhlas. Hadist ini disampaikan agar seorang seorang muslim berhasrat kuat untuk menjadi bagian dari mereka, atau turut bersama mereka-walau sesekali dalam memperoleh kebaikan yang dikabarkan nabi sallallohu ‘alaihi wasallam.

Saturday, November 9, 2013

Ulu Yam di Liverpool

Sinopsis:
Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah ‘pencuri impian'. Kata mereka, “Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!”

Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi. 

Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan.
“Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat.” - Nazali Noor.

Buku ULU YAM DI LIVERPOOL – membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

**know the writer..impressed with what he has accomplished... a good read indeed..

17 Perkara menghalang dari azab kubur

1-Berbakti kepada kedua ibu bapa.
2-Berwuduk.
3-Menjaga solat.
4-Berzikir kepada Allah SWT.
5-Berpuasa pada bulan Ramadhan.
6-Bersegera suci dari junub.
7-Menunaikan haji dan umrah.
8-Menyambung Silatul Rahim.
9-Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.
10-Berbudi pekerti mulia.
11-Takut kepada Allah SWT.
12-Mempunyai anak yang mati semasa kecil.
13-Berharap kepada Allah SWT-Tidak berputus asa.
14-Menangis kerana takutkan Allah SWT.
15-Bersangka baik kepada Allah SWT.
16-Berselawat kepada Rasulullah SAW.
17-Memperbanyakkan sebut ” La Ila Illallah “

Ujian Allah SWT yang akan disertai 5 Hikmah

Wahai anak Adam, hendaklah kamu senyum kerana:
1-Setiap kesusahan yang Allah berikan adalah untuk membahagiakan kamu.
2-Setiap apa yang Allah SWT ambil dari kamu adalah kerana Allah akan memberi sesuatu kepada kamu.
3-Setiap perkara yang Allah SWT menyebabkan kamu menangis adalah kerana Allah SWT akan mengembirakan kamu di suatu hari nanti.
4-Setiap perkara  yang Allah SWT larangkan atau tegahkan adalah untuk kebaikan kamu.
5-Apa yang Allah SWT ujikan kamu adalah kerana Allah SWT Mencintai Kamu

Beberapa Amalan Yang Pahalanya Mengalir Terus Hingga Hari Kiamat

Rasululloh sallallohu ‘alihi wasallam bersabda( MAKSUDNYA):
“Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara yakni: sedekah jariyyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang senantiasa mendoakannya
.”(HR>Muslim)
 
Perkara-perkara ini sangat penting untuk kita siapkan selagi nyawa masih didalam raga sebelum jasad ini sudah tidak bisa berdaya lagi dan mumpung selagi ada kesempatan.Sedekah jariyyah adalah semua sumbangan untuk kebaikan dan bermanfaat untuk orang lain dan masyarakat.Misalnya menyumbang jalan,membangun masjid, membantu pelaksanaaan pengajian, ceramah dan lain-lain yang didasari dengan niat ikhlas dan berasal dari barang atau uang yang halal.Ilmu yang bermanfaat adalah semua ilmu yang dapat dimanfaatkan  untuk kebaikan.Suatu ilmu yang kita peroleh dari mencarinya lalu kita ajarkan kepada orang lain dan bermanfaat baginya dan ia amalkan ilmu itu maka ganjaran pahala mengalir bagi orang yang mengajarkan ilmu itu walaupun orang yang mengajarkannya itu sudah meninggal dunia.Seperti mengajarkan mengaji, shalat dan lain-lain.dan jangan lupa apabila kalian sudah memiliki anak, maka didiklah ia agar ia menjadi anak yang sholeh yang dapat mendoakan orang tuanya dan membantunya jika orang tuanya sudah meninggal dunia.
 
Rasululloh sallallohu ‘alihi wasallam bersabda(MAKSUDNYA):
“Diantara yang akan ditemui seorang mu’min dari amal dan kebaikanya sepeninggalnya adalah:ilmunya yang diajarkan dan disebar luaskan, anak sholeh yang ditinggalkannya, al-qur’an yang ia wariskan, masjid yang ia bangun, rumah yang ia bangun dan ia gunakan untuk fi sabilillah, sungai(mata air) yang ia gali,dan sedekah yang ia infakkan dari harta kejayaannya semasa sehatnya dan semasa hidupnya, niscaya itu akan ditemuinnya sepeninngalnya.”
(HR.Ibnu Majah, dianggap hasan ole al-Bani)

7 WASIAT BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA

1) Orang yang BANYAK BICARAnya janganlah kamu harapkan sangat KESEDARAN HATInya.
2) Orang yang BANYAK MAKAN janganlah kamu harapkan sangat KATA-KATA HIKMAT darinya.
3) Orang yang BANYAK BERGAUL dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat KEMANISAN ‘IBADAHnya.
4) Orang yang CINTA kepada DUNIA janganlah kamu harapkan sangat KHUSNUL KHATIMAHnya.5) Orang yang BODOH janganlah kamu harapkan sangat akan HIDUP HATInya.
6) Orang yang memilih BERKAWAN dengan orang yang ZALIM janganlah kamu harapkan sangat KELURUSAN AGAMANYA.
7) Orang yang mencari KEREDHAAN MANUSIA janganlah harapkan sangat akan KEREDHAAN ALLAH daripadanya.

Wanita dan isteri

BERGELAR seorang wanita tidak lengkap kalau tidak menjadi isteri dan ibu. Tetapi tidak semua orang bertuah bertemu jodoh sebelum ajalnya tiba, ada juga yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Semuanya ada hikmah yang tidak ternilai di sisi-Nya, cuma manusia yang tidak arif meneropong kehidupan bakal tiba. Isteri yang taat kepada Allah akan taat kepada suaminya, selagi suaminya tidak bermaksiat kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki"
(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)
Isteri yang cantik di mata suami sudah tentulah yang berupaya memenuhi keinginan suami dalam pergaulan, pertuturan, makan dan minum, pakaian dan keselesaannya sewaktu berada di rumah. Kediaman kemas dan bersih adalah bonus buat suami yang berharap rumah tangganya menjadi syurga paling indah buat dirinya bersama isteri dan anak.

Begitu juga hidangan enak buat santapan ahli keluarga yang sentiasa ternanti-nanti air tangan si isteri atau ibu tidak terbanding makanan lain. Pakaian yang elok dan sentiasa terjaga rapi sudah tentulah menjadi satu keseronokan yang mungkin tidak dapat diperoleh jika tidak beristeri.

Isteri yang taat juga adalah yang tidak berpuasa sunat jika suami ada di sisinya tanpa izin suaminya dan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke rumahnya tanpa kebenaran suaminya terlebih dulu. Isteri juga tidak berinfak, atau bersedekah dan memberikan harta hasil pencarian suaminya kepada sesiapa tanpa izinnya.

Segala bentuk larangan adalah semata-mata untuk menjaga keharmonian rumah tangga supaya sentiasa sarat dengan kasih sayang dan tidak diganggu oleh anasir yang boleh meruntuhkan kebahagiaan dibina hanya kerana kejahilan isteri terhadap hukum agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak diperbolehkan seorang wanita berpuasa (sunnah) sedangkan suaminya ada di rumah tanpa izinnya. Dan tidak boleh ia memasukkan orang lain ke dalam rumahnya tanpa izin suaminya. Dan tidak pula berinfak daripada harta suaminya tanpa perintah suaminya, jika infak dikeluarkan, maka separuhnya kembali kepada suaminya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Justeru, gambaran seorang isteri yang cantik di mata suami ialah yang hampir sempurna dalam urusan rumah tangga, bukan yang mengkesampingkan tugas seorang isteri sehingga menyerahkan segala-galanya untuk dilakukan pembantu rumah.

Ia bukan saja menyebabkan rasa tidak puas hati suami dan anak, tetapi juga pembantu yang terpaksa menguruskan semuanya sehingga akhirnya tidak dapat berkerja dengan baik. Wanita Islam yang istiqamah, yang tahu bahawa Allah SWT akan memberikan pahala yang besar kerana ketaatan dan baktinya terhadap suami tidak akan melepaskan peluang terbentang di depan mata.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: "Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga."

Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar."

Bagaimanapun, isteri yang benar sudah tentulah boleh menentang suami yang salah dan bermaksiat kepada Allah. Kesabaran dan ketabahan isteri yang sanggup mentaati suami ketika ia benar dan sabar ketika dimarahi suami yang salah kerana tidak mentaati perintahnya akan diberikan pahala oleh Allah.

Isteri yang taat kepada suami adalah wanita yang tidak ingkar terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya. Justeru, menjadi isteri yang cantik di mata suami bukanlah hanya jelita parasnya, tetapi juga memiliki segala keindahan sebagai seorang layak dicintai dengan penuh kasih dan sayang
 

Saturday, November 2, 2013

Langkawi - Day 3 , Last day (24/10/13)

Seperti pagi2 terdahulu, pukul 6 dah bangun, dlm hati dah nekad hari ni mesti turun mandi jugak for the last time. And sambil tu nak jln sepanjang pantai cenang tu dari hujung sini sampai hujung sana.
Bila dah siap tukar baju, kejutkan hubby tp hari ni dia tk nak pulak mandi laut dah..letih katanya..oklah I chow dulu yer yang..
 
sungguh sayu rasanya bila bersantai pada pg terakhir di Langkawi ni..dari semlm dah terasa-rasa nk sambung stay tp kang lari bajet lak..balik rumah nanti dgn boarding anak2 bulus pun dah beratus2..sabo je la makcik..tp tak per..inshaa Allah akan sampai lagi ke permata Kedah ini..
 
so tgk je la yer pemandangan pantai cenang ni..tk de mood nk story pjg2..huhu..
 
tenang je rasa jiwa tgk pemandangan pagi ni..udara pun nyaman

Rebak Island in the distance, that's where i wanna go next time ,view from in front of Meritus Hotel

the other end of pantai cenang

on the way jln2 tu Nampak dead jellyfish..hmm..in season ke ni?? better be careful ya..besar tu



from this point..(ini The Cliff) just a step away from where I stayed..to the other end (gambar atas td)
 
pagi ni ramai lak budak sekolah dok kutip cengkerang..dkt my resort tu pantainya tk byk sgt cengkerang tp walking towards the other end dkt Meritus tu makin byk so kalau tk pakai kasut sakit jugak la tapak kaki..
 
hampai 9 lebih juagk la baru baik ke bilik tu pun sebab ingat nk ajak hubby mkn rupanya dia dah tunggu kt café..kita lak. kena marah sebab tk bwk hp..hehe..sori yang..
 
so lepas bfast, balik bilik pack2 barang la sebab our flight back home pukul 12.15pm. Adoi, malasnya nak balik esp bila ingat cuti dah hamper penghujung & nk kena masuk keja balik..bosan!!
 
lepas check out, masuk semua brg dlm keta bergerak ke airport..masing2 diam je sebab dah tk berapa ada mood nk bersembang..sampai airport terus pulangkan keta and check in. Pusing2 jap sekitar terminal tu tgk kedai2..
 
by the time masuk boarding hall dah around 11.45pm..well..flight lak on time je..so its time to say good bye to Langkawi..we will come back definitely..
 
Touch down je kt Subang, its officially our holiday is over..back home back to routine..
 
so until next holiday la pulak utk entry berkaitan travel & living..stay tune!!