My Scrapbook: February 2014

Saturday, February 15, 2014

10 Punca Marah-Imam Al-Ghazali

1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 Suka bercakap perkara sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Berlaku khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati.  

Kesan Marah

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.
 
Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya. 
 
Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting. Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup dan malu melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. 

Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, melawan dalam senyap dan kadang kala dengan kata-kata atau kekuatan. 

Marah Terpuji

 
Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.
Rasulullah mengajar dalam sabdanya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” 
 
Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah. Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. 
 
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. 

والله أعلم بالصواب

Mencintai Isteri Cara Rasulullah

Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:
1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.
Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.
Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
 
2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.
Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah r.a. dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh beliau.
 
3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.
Contoh: suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.
 
4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya.
Contoh: suatu saat beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”
Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”
 
5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.
Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.
Jom tag pasangan masing2
 

12 Kunci Kesenangan Di Dunia dan Akhirat

1-Kunci Kemuliaan adalah Taat Perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW>
2-Kunci Rezeki berusaha berserta Istighfar da Taqwa.
3-Kunci Syurga adalah Kalimah Tauhid.
4-Kunci Iman adalah Tadabbur Ayat Al-Quran dan kepada ciptaan  Allah SWT.
5-Kunci Kebaikan adalah bersikap benar.
6-Kunci Menghidupkan Iman adalah Tadabbur Al-Quran dan Menghidupkan Malam Hari dengan ibadat.
7-Kunci Ilmu adalah bertanya perkara yang baik dan hanya mendengar perkara yang baik.
8-Kunci Kemenangan dan Kekuasaan adalah Kesabaran.
9-Kunci Kejayaan adalah Taqwa.
10-Kunci Bertambah Rezeki adalah Bersyukur.
11-Kunci Cintakan Akhirat adalah Zuhud di dunia.
12-Kunci Segala Permintaan adalah Doa 

Saturday, February 8, 2014

5 Perkara yang Saidina Omar Hairankan

1-Aku hairan mereka yang ragu dengan keagongan Allah SWT tetapi mereka dapat mengagumi pada kejadian Allah SWT.
2-Aku hairan mereka yang lupa kepada kematian tetapi mereka sentiasa lihat ada kematian.
3- Aku hairan mereka yang mengingkari kekuasaan Allah SWT dalam membangkitkan manusia pada hari Akhirat sedangkan mereka mengakui kemampuan Allah SWT dalam melahirkan manusia.
4- Aku hairan melihat manusia bersungguh-sungguh memakmurkan dunia yang sementara tetapi mereka tidak memakmurkan dunia Akhirat yang kekal abadi.
5- Aku hairan dengan sikap manusia yang amat takabbur di dunia sedangkan semalam dia dijadikan daripada setitik air mani yang hina dan akan mati dalam keadaan kering tak bernyawa.

Apabila Allah SWT tidak memerlukan kita lagi…

Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi,
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia,
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak2,
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan,
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta dunia,
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh,pangkat dan kuasa
Alangkah ruginya kerana semuanya akan ditinggalkan,akan hancur.,Allah
Sekiranya kita mampu bertanya pd orang2 yg telah pergi terlebih dahulu menemui Allah,
Dan jika mereka diberi peluang hidup sekali lagi,
Semestinya mereka tidak akan pilih utk bermati-matian utk merebut dunia,kerana tujuan kita hidup adalan utk menyembah Allah dan beribadah kepadaNYA.,
Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya utk merebut habuan dunia,..
Sebenarnya apa yg kita dapat pun adalah ketentuan dr Allah
Kita mungkin cemburu melihat manusia lain lebih dr kita drpd segi pangkat,harta dan sebagainya.,
Kenapa,,,,
Kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih tinggi drpd kita..
Kita tidak pernah cemburu melihat amalan orang lain lebih dr kita
Kita tidak pernah cemburu melihat manusia lain bangun disepertiga malam,tahajjud dan munajat kepada Allah
Kita cemburu melihat orang lain menukar kereta mewah,tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain khatam quran dua kali sebulan..
Kesemua petanda2 ini menunjukkan dunia di akhir zaman.apabila harta,pangkat,wang mengatasi sgala2nya.
Setiap kali harijadi,kita sibuk nak meraikannya sebaik mungkin,tetapi kita telah lupa bertambahnya umur,makin dekat kita akan dijemput Ilahi..

4 Amalan sebelum tidur

♥ Rasulullah SAW pernah berwasiat ada 4 Amalan Sebelum Tidur ♥
Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada istrinya, Siti Aisyah:
 
“Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum engkau melakukan empat hal:
1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
2. Memperoleh syafa’at dariku
3. Kaum Mu’minin dan Mu’minat ridho kepadamu
4. Melaksanakan Haji dan umrah”
 
Aisyah bertanya: “Ya, Rasulullah… Bagaimana mungkin aku melakukan semua itu sebelum tidur?”
 
Rasulullah SAW menjawab: “Sebelum tidur:
1. Bacalah surat al-Ikhlas 3 kali. Maka seakan2 (sama nilainya) dengan mengkhatamkan Al-Qur’an.
2. Bacalah shalawat untukku, “Allaahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad”, maka aku akan memberi syafa’at kepadamu.
3. Mintalah ampunan untuk kaum mi’min/at (Allaahummaghfir lil mu’miniina wal mu’minaat, wa lil muslimiina wal muslimaat, al-ahyaa-i minhum wal amwaat), maka niscaya mereka akan meridhoimu.
4. Bacalah “Subahanallah, Wal hamdulillah wa la ilaha illallah huwallahu akbar”, maka seakan2 (sama nilainya) engkau telah melaksanakan haji dan umrah”
 
Sebelum tidur jangan lupa wudhu…
Yakinlah bhw Allah SWT akan memberikan jalan keluar bagi permasalahan “hamba-hamba”-Nya…

Petua hilangkan migrain sakit mata & senggugut

Dari rancangan "Tanyalah Ustaz" ntv9.
Penceramah Yang Berbahagia Ustaz Sharhan Syafei
 
1)    Sembuhkan migrain/ sakit kepala/ kemurungan/ kebingungan
 
Baca ayat 19, dr surah Al-Waqiah pada tangan kanan & letakkan kepada bhgn kepala yang sakit.
Kalau x sakit pun, Ustaz tu kata elok amalkan.
Insyaallah, kepada yang rajin mengamalkan akan dikurniakan kelebihan dr Allah.
 
2) Sakit Mata -
 
Baca Selawat Tibb - direct kepada carrot sebanyak 14x.
 
Caranya: basuh & terus makan/kunyah.
Kunyah carrot ialah senaman baik untuk mata.
 
pada ayat " wa nuril abso" ulang 7x.
habis baca selawat, sapu mata,niat minta mata elok.
 
satu lagi - time azan Assh - haduann naMuhamad..."sapu mata - minta mata kalau sakit - baikkan, kalau elok - jangan ditimpa penyakit.
 
3) Senggugut
 
Solat sunat hajat 2 rakaat
Baca Al-Fatihah + ayat Kursi
Lepas tu baca Ayat 69/dr Surah An-Nahlu kepada madu 9 sebaiknya madu asli) sebanyak 21x.
 
Ustaz kata kalau dah amalkan ayat Syifa nie, tp still x berhasil,kena check balik diri kita.
Bagaimana hubungan kita dgn ALLAH? ikhlas kah kita berdoa?..
usaha atas sebab apa?...Nak sihat, sihat utk apa?...

5 Perkara yang meruntuhkan Asas Utama Islam

Ibnu Qaiyim telah berkata, hati tidak akan selamat kecuali apabila sejahtera dari 5 perkara :
1-Syirik dapat meruntuhkan benteng Tauhid Kepada Allah SWT.
2- Bid’ ah dapat meruntuhkan Sunnah Rasulullah SAW.
3- Melakukan perkara yang lalai  atau tidak berfaedah dapat meruntuh Zikir kepada Allah SWT.
4- Nafsu jahat dapat meruntuhkan semua urusan penting .
5-Hawa nafsu dapat meruntuhkan segala amal yang dilakukan dengan Ikhlas.

43 Perkara yang menyebabkan kehidupan kita sentiasa malang

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
43 Perkara Tersebut ialah :
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

8 Hikmah disebalik Ujian Allah SWT

 
“KATA-KATA HIKMAH”
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar IKHLAS dari suatu KEPEDIHAN
Belajar TAQWA dari KEKUFURAN
Belajar TAWAKKAL dari suatu UJIAN
Belajar RIDHA dari satu KETENTUAN

4 Nasihat berguna sebagai panduan hidup

1- Jika inginkan Syurga, maka sentiasalah melakukan Solat.
2- Jika inginkan Kekayaan, maka sentiasalah Beristighfar.
3- Jika inginkan Kasih Sayang, maka sentiasalah Senyum.
4- Jika inginkan Kebahagiaan, maka sentiasalah membaca dan mendekati Al-Quran.

MENCAPAI HIKMAH DENGAN 4 PERKARA

  1. Badan yang bebas dari kesibukan dunia.
  2. Perut yang kosong daripada makanan.
  3. Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.
  4. Memerhati dan memikirkan akibat dunia.

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

Osman bin Affan berkata:

Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah  SWT 5 perkara,

1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat  menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).

2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah  berkaitan Akhirat  maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..

3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.

4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.

5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang  bercampur dengan dosa.

10 Perkara Mematikan Hati

Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:
  1. Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
  2. Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
  3. Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
  4. Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
  5. Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
  6. Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
  7. Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
  8. Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  9. Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
  10. Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain

5 Kesan buruk akibat tinggalkan solat fardhu

1- Siapa tinggalkan solat Subuh, maka wajahnya tidak ada cahaya.
2- Siapa tinggalkan solat Zuhor, maka rezekinya tidak ada berkat.
3- Siapa tinggalkan solat Asar, maka badannya tidak bertenaga.
4- Siapa tinggalkan solat Maghrib, maka anak-anaknya tidak ada harga.
5- Siapa tinggalkan solat Isyak, maka tidak ada kerehatan dalam tidurnya.
Ya Allah, bantulah daku dalam perkara ketaatan kepada Mu, bersyukur kepada Mu dan memperelokkan amalan kepada Mu.

8 Perkara Manusia akan dituntut dan ditanya

1- Allah SWT akan bertanya tentang perkara yang telah difardhukan.
2- Rasulullah akan bertanya tentang amalan sunnah yang telah diamalkan.
3- Tentang masa, bagaimana digunakan ?
4- Tentang tanggungjawab terhadap orang dalam tanggungngannya, bagaimana diberikan hak mereka ?
5-Tentang lidah, bagaimana dijaganya ?
6-syaitan akan bertanya tentang maksiat yang telah dikerjakannya bersama syaitan ?
7- Tentang nafsu yang telah gunakan untuk dosa syahwat ?
8- Malaikat Maut akan menuntut dan mencabut roh daripadanya.

17 Bahaya Lidah

1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.5. Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. Suka menghina orang lain.
12. Menyebarkan rahsia.
13. Berjanji lalu mendustai janji itu.
14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17. Memuji yang melampau-lampau