My Scrapbook: Books I've Read
SweetMuslimah.com
Showing posts with label Books I've Read. Show all posts
Showing posts with label Books I've Read. Show all posts

Tuesday, March 14, 2017

Invitation to die

Two women have gone missing in two weeks: the first, found dead, was slashed and dumped in a back alley in Boston. The second was discovered by a child in a Swan Boat Ride. As fear intensifies, Hunter, the head of the FBI Behavioral Unit, calls his star criminal profiler, Tracy Wrenn, to help on the case. Even though she had plans to become engaged that evening, Tracy quickly cancels her plans and rushes to Boston to help.

A beautiful, young professor of criminal psychology, Tracy has become renowned for her success at cracking cases no one else can. With her unusual insights and unique point of view, she is relentless at probing the inner minds of murderers. When a third woman goes missing, and when Tracy finds herself in danger, everything intensifies. In a shocking turn of events, Tracy finds out more not only about the killer, but about herself--and learns that nothing is what is seems.

Tuesday, March 7, 2017

Before he kills / cause to kill

A two-book mystery bundle by #1 bestselling author Blake Pierce, author of ONCE GONE, a #1 bestseller on Amazon with over 350 five star reviews!

Here is a bundle of the first books in two Blake Pierce series—the Mackenzie White and Avery Black series—all here in one convenient place. This bundle offers a great introduction to Blake Pierce’s series with over 140,000 words of reading.

In BEFORE HE KILLS (A MACKENZIE WHITE MYSTERY—BOOK 1), a woman is found murdered in the cornfields of Nebraska, strung up on a pole, the victim of a deranged killer. It doesn’t take long for the police to realize a serial killer is on the loose—and that his spree has just begun. Detective Mackenzie White, young, tough, smarter than the aging, chauvinistic men on her local force, finds herself called in grudgingly to help solve it. As much as the other officers hate to admit it, they need her young, brilliant mind, which has already helped crack cold cases that had left them stumped. Yet even for Mackenzie this new case proves an impossible riddle, something the likes of which she—and the local force—have ever seen. With the FBI called in, together, an intense manhunt ensues. Mackenzie, reeling from her own dark past, her failed relationships, and her undeniable attraction to the new FBI agent, finds herself battling her own demons as her hunt for the killer takes her to the darkest places of her mind.

In CAUSE TO KILL (AN AVERY BLACK MYSTERY—BOOK 1), Homicide Detective Avery Black has been through hell. Once a top criminal defense attorney, she fell from grace when she managed to get a brilliant Harvard professor off—only to watch him kill again. She lost her husband and her daughter, and her life fell apart around her. Trying to redeem herself, Avery has turned to the other side of the law. Working her way up the ranks, she has reached Homicide Detective, to the scorn of her fellow officers, who still remember what she did, and who will always hate her.Yet even they cannot deny Avery’s brilliant mind, and when a disturbing serial killer strikes fear into the heart of Boston, killing girls from elite colleges, it is Avery that they turn to. It is Avery’s chance to prove herself, to finally find the redemption she craves. And yet, as she is soon to find out, Avery has come up against a killer as brilliant and daring as she.

Dark psychological thrillers with heart-pounding suspense, BEFORE HE KILLS and CAUSE TO KILL mark the debut of riveting new series—and beloved new characters—that will leave you turning pages late into the night!

https://play.google.com/store/books/details?id=VurDDAAAQBAJ

Tuesday, January 31, 2017

Guilty Wives

Lama dah tk membaca..Now keja pun agak kurang so boleh la selit2 baca novel. Writer ni James Patterson mmg one of my favorite writer..Tp buku ni baru 1st time baca..Mmg fall in love in an instant..berdebar2, suspen, risau, happy semua ada..Rasa cam kita sekali ada dlm plot tu.. Hehe..

Anyway, a good book to read.

Saturday, November 9, 2013

Ulu Yam di Liverpool

Sinopsis:
Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah ‘pencuri impian'. Kata mereka, “Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!”

Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi. 

Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan.
“Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat.” - Nazali Noor.

Buku ULU YAM DI LIVERPOOL – membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

**know the writer..impressed with what he has accomplished... a good read indeed..

Monday, May 13, 2013

Asam Pedas Untuk Dia

 
Author : Nureen Mirza

Aku Ainin Sofiya, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.

Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya, Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkna syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.

Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!



Untuk Semua Dosaku

 
Author : Rin Ahmad

Nur Lisa, gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical University of Munich terperangkap menjadi roommate jejaka kacak, Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar.

Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.

Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarganya yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka. Betullah kata orang.... nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?



Giler Kau?

 
Author : Dyadila

Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak insiden dalam hidup Intan Azura. Keadaan semakin gawat kerana mereka berjiran. Setiap kali terserempak, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh.


Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan Azura rasa disayangi. Bertambah bahagia apabila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Pengantin lelaki bertukar tempat. Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan Azura dan Syed Shahrul Iskandar berdepan dengan pelbagai dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka.

Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih kembali cinta Intan Azura dan Zaireen Amalina yang sememangnya menggilai Syed Shahrul Iskandar sejak dulu. Apakah kesudahan kisah Syed Shahrul Iskandar dan Intan Azura?


Anak Teruna Makcik Rahimah

 
Author : Sakeena

Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi. Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi. Dia pening kepala.


Entah kebetulan atau apa, jodoh yang diterimanya di Tanah Suci juga membawa Ain Zahra kepada Encik Kopinya. Tak pernah dia terfikir yang anak teruna Makcik Rahimah tu rupa-rupanya Encik Kopi! Kalaulah dia tahu....

Namun, kerana mulut sudah berjanji, hatinya terpaksa reda. Ketika dia mula menerima semula hadirnya seorang lelaki dalam hidup, lelaki itu hilang. Hatinya benar-benar takut. Haruskah dia menghadapinya sekali lagi?



Setia Hujung Nyawa

 
Author : Fatin Nabila

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.


Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

 
Author : Farisha Imani


NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.


Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN

Tuesday, December 11, 2012

Exclusive

 
Author: BROWN Sandra
Publisher: Warner Books

Barrie Travis is a damn good reporter stuck at a low-budget television station when the First lady call her... and offers her the opportunity of a lifetime. Stunned by the loss of her infant son, the president's wife hints he may have been murdered. Barrie sets out to find the truth, fighting for the exclusive story with the help of Gray Bondurant, a mysterious former presidential aide. But their scoop is about to test her ethics, patriotism, and courage. For Barrie unearths White House secrets that, if exposed, could topple the presidency. And now, certain powerful parties want nothing more than to see the scandalous past - and a certain young reporter - dead and buried.

Baju Melayu Hijau Serindit

 
Author: SYUD Syud
Publisher: Jemari Seni

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah...harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh memulakan kakinya.

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).

Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia untuk menghalang rancangan 'menjadi jodoh' mama itu?

'Mama janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki itu nak pilih suka siapa pun."

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta;namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya.Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

"Apa yang I dapat kalau I tolong you?" "You dapat jadi boyfriend I".

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah

Dari Milan Ke Maran

 
Author: NORHAYATI Berahim
Publisher: NB Kara

"Kau mengkaji mafia?"
"Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau."
Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia.
"Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?"
"Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!"
Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan.
"Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja."
Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang terjuntai dikuisnya sambil menghirup teh yang semakin sejuk.
"Kalau tak silap aku, mafia diambil daripada perkataan mafioso; iaitu peria terhormat, kan maksudnya?"
"Ya."
"Tapi, kau tu lelaki ke?"
Mata Moon terbeliak. Geram dan dadanya seperti dihentak dengan belati yang keras dek ucapan mulut Sharmin yang maha tajam.
Mendadak dia mentafsir dirinya sendiri!

Monday, November 26, 2012

Anaknya Anakku Jua

 
Author: ANARIF Anarif
Publisher: Kaki Novel

Nisa'...hidupnya normal, mempunyai pekerjaan tetap serta perhubungan yang direstui dengan teman lelaki yang bakal bergelar tunangannya beberapa bulan saja lagi. Satu panggilan telefon di hening pagi mengubah segala-galanya. Silamnya menjengah kembali, cuma kali ini, bukan tanpa kesan. Hadirnya bersama seorang bayi yang kini berada dalam tangannya. Luka lama berdarah kembali, bicara hati mula berbisik songsang. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana? Adakah Hana akan kekal bersama Nisa' walaupun ditentang hebat oleh uminya sendiri, Hajah Rubiah? Yang mana satukan pilihan Nisa'? Menjadi anak yang soleh, atau menjadi ibu mithali?

"Sampainya hati umi...Hana anak yatim piatu, umi. Berdosa kita membencinya!"

Irfan...silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati bertambah sayang. Sukarnya untuk dia melepaskan, sukar lagi untuk dia mengakui apa yang terlintas di hati. Tapi dia mula keliru. Kerana Hana dia begitu, atau kerana Nisa' dia berubah? Irfan tiada jawapan pasti, namun dia yakin. Hana dan Nisa' harus dilindunginya, selagi nyawa dikandung badan, walau apa jua taruhannya, walaupun dirinya menjadi korban.

"Lepas kahwin, kita cerai. Jadi awak boleh jaga Hana, kan?"

Aku Yang Menanti

 
Author: HAIZA Najwa
Publisher: Karangkraf

Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Akhirnya Aku Kahwin!

 
Author: HERNA Diana
Publisher: Karangkraf

Didi-gadis comel yang periang.Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya.Baginya,dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang.Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai.Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi,menghuru-harakan hidupnya.Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih.Sesuka hati saja memanggilnya 'Debab'.Berhadapan dengan lelaki itu,dia tidak mahu kalah.Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua,jangan terlalu membenci.Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang.Yeke?Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya.Mustahil!Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu,lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran.Walaupun mereka saling mengutuk,jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya.Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu.Siapa Tahu?

Alahai, Mat Salih!

 
Author: ZAN Zarida
Publisher: Karangkraf

ZAFRI, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira,bunga yang telah mencuri hatinya.Puas dicari,rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata.Cuma takdir yang lambat menemukan mereka.Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang.Hendak sangat majlis yang simple,TUHAN beri sungguh!Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik.Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran.Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang.Sebaliknya Aira lebih suka memendam perasaan.Kononnya hendak jual mahal.Walaupun sering menafikan,cinta yang hadir tetapi tidak boleh ditepis.

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk.Betul!.Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya.Namun,wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri?

Alahai, Mat Salih...kerana kau aku hampir gila!

Saturday, October 20, 2012

Abang Khai Tomboy

 
Author: NURAQILAH Syuhaida
Publisher: Fajar Pakeer
        

"Tak tau aku pelakon?Wei,dari mana kau quote ayat tu hah?Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke?Aku tiap-tiap hari masuk TV.Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?"
Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja,membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya,seterusnya dan seterusnya.Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka.Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal,risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya.Risau akan tercetus hubungan songsang.
Dalam menepis perasaan yang kian, bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa.Dato' Rashid yang tidak sudah-sudah dengan dendamnya. Rizal yang mahu menuntut hak.Geng 23X yang mula membuat onar.Khai yang ingin mencari kepastian diri.
Bagaimana kesudahannya?Mampukah hati Dato' Rashid dilembutkan? Berjayakah Rizal merebut hak yang dipertahankannya?Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yang berlaku dalam hidup mereka semua,mampu menguatkan rasa kasih yang sudah tersemai?

Takdir Itu Milik Aku

 
Author: SITI Rosmizah
Publisher: SR Publication
        

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
“Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Mr Right Buat Ann

 
Author: RUBY Hazri
Publisher: Jemari Seni
        

Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.
Calon-calonnya ialah:
A.Hanif - Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
B. Khairil - Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
C. Desmond - Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
D. Tuan Haji Kamil - Duda anak tiga yang sudah berusia.
E. Arman Faiz - Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?