My Scrapbook: November 2010

Wednesday, November 24, 2010

Pelajari Rahsia Penyakit Melalui Jari

Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita…kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube periksa tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak, sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke??? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Sseterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. .tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

8 Penyakit Tidak Baik Yang Lahir Dari Perasaan Sakit Hati

1. Sentiasa berbicara perkara tidak baik dan mencela orang lain.
2. Bergembira apabila melihat seterunya ditimpa bala atau ujian Allah SWT.
3. Tidak bertegur dengan seterunya.
4. Berpaling dari seterunya dan menghina seteru.
5. Mengumpat dan mengata kepada seterunya serta membuka rahsia seterunya tanpa keizinan syarak.
6. Menceritakan kisah seteru dan menghina seterunya.
7. Memalukan dan menyakiti seterunya.
8. Menegah dan menghalang orang lain daripada membayar hutang kepada seterunya.

10 Kelebihan Orang Berpuasa atau Orang Berlapar kerana Allah SWT

1. Hati menjadi bersih dan akan merasai kelazatan berzikir kepada Allah SWT.

2. Dengan berpuasa dan berlapar kerana Allah SWT, nafsu menjadi hina kerana nafsu tidak memperolehi tenaga untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

3. Dalam keadaan berpuasa atau berlapar kepada Allah SWT, seorang mukmin tidak akan lupa pada azab Allah SWT disamping akan mengingati mereka yang sentiasa menerima ujian Allah SWT dengan cara berlapar, iaitu mereka yang mereka menjadi pilihan Allah SWT ( fakir dan miskin yang mukmin,)

4. Dalam keadaan berpuasa dan berlapar kerana Allah SWT boleh mematikan segala dorongan hawa nafsu serta akan lahir tenaga anugerah Allah SWT, segala amal ibadat yang dilakukan dalam keadaan tersebut adalah Ikhlas dan mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

5. Mengelakkan tidur dan bertenaga untuk berjaga malam kerana setiap yang makan mesti memerlukan air untuk minum, yang minum pasti akan mudah tidur dengan cepat.

6. Meringankan diri untuk menunaikan ibdat dan menimbulkan perasaan untuk bermunajat kepada Allah SWT. Sementara mereka yang kenyang akan menghabiskan masa untuk menyediakan makanan dan berpoya-poya sambil menikmati hidangan.

7. Stamina yang lahir dari roh puasa adalah stamina yang sihat, sementara stamina yang lahir dari tubuh badan mereka banyak makan adalah stamina yang tidak sihat.

8. Berpuasa dan berlapar secara sebenar mengikut Islam, boleh menjimatkan ekonomi dan mendidik hidup secara sederhana sementara mereka yang banyak makan akan berbelanja dengan boros sehingga sanggup berhutang untuk memuaskan hawa nafsu makan.

9. Berpuasa dan berlapar kerana Allah SWT dapat mendidik kita bersedekah kepada Jalan Allah SWT dan akan dapat bernaung dibawah panji sedekah di Akhirat kelak.

Kitab Penawar Hati dan Penenang Jiwa.

Thursday, November 11, 2010

8 Sebab Allah SWT Melambatkan PertolonganNya Keatas Orang Mukmin

1. Allah SWT ingin melihat insan yang paling sabar menghadapi ujianNya sehingga Allah SWT boleh menganugerahkan kepadanya pangkat الصابرين .

2. Supaya semua umat Islam boleh berkongsi pahala dan memasuki Syurga Allah SWT dengan berduyun-duyun.

3. Supaya Allah SWT dapat melihat siapakah yang sanggup berkorban untuk Allah sehingga ke titisan darah terakhir dan sehingga segala harta kekayaannya diserahkan kepada Allah SWT.

4. Supaya Allah SWT dapat melihat talian perhubungan Allah SWT dengan insan yang dikasihinya dalam semua keadaan sama ada dalam masa menerima nikmat atau semasa menghadapi ujian, apakah insan kesayanganNya tetap bersujud syukur kepadaNya atau disebaliknya?.

5. Supaya Allah SWT dapat menilai perjuangan insan yang berjuang untuk Allah SWT dalam masa yang panjang dan dapat melihat, apakah hambanya benar-benar berjuang tanpa bermatlamatkan pahala dan syurga , malah benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT?.

6. Allah SWT ingin melihat siapakah diantara hambanya yang mampu mencapai pahala disebalik ujian dan bala yang diturunkan.

7. Allah SWT ingin mempamerkan dan menghukum, siapakah manusia sebenar yang paling berani melakukan kejahatan di atas muka bumi ini.

8. Allah SWT ingin menegakkan kebenaran hakiki yang tidak lagi boleh diruntuhkan oleh syaitan, kerana kebenaran yang berjaya dibina telah melalui segala ujian dan ringatan. Sesungguhnya tiada lagi rintangan dan kesusahan setelah Allah SWT menganugerahkan Kemenangan Kepada Umat Islam

Wednesday, November 10, 2010

5 Sinaran Cahaya Untuk 5 Alam Kegelapan

Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata: ” Kegelapan ada lima jenis dan lampu baginya ada lima jenis :

1. Pencinta dunia adalah gelap dan lampunya adalah Taqwa.

2. Semua jenis maksiat adalah gelap dan lampunya adalah Taubat.

3. Kubur adalah gelap dan lampunya adalah لاإله إلا الله .

4. Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah Amal Soleh.

5. Titian Siratul Mustaqim adalah gelap dan lampunya adalah Yakin.”

Kitab Fadhaeil Amal, Fadilat Zikir .

10 Hari Zulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya

Tuesday, November 9, 2010

Bagel Oh Bagel

Last night, when I was watching TV and I don't know what have come to mind...suddenly, I wanna eat bagel..yup, I'm  craving for bagel. It has been years since I last eat bagel. Back in USA, I use to stock some bagel in my room..(just too stingy to share it with someone else..hehe). I take one at a time, sometime I toast it sometime I just eat it on its own. I keep some in my bag, just in case hunger strike me especially when I have so many activities going on..(classes, assignments, works and lepaking with him...hmmm)

Anyway, dunno why I love it so much, maybe because of the texture or simply because of the taste..of course it doesn't have rich cheezy taste or whatsoever but it's simple..not sweet, not so salty, just simple..
So, I was searching for the recipe earlier this morning and I found it. It seems not so hard to do it..hmmm..I guess I will try to make it over the weekend. Yea!!! OMG, drooling already..hehehe..

Monday, November 8, 2010

Puasa Pada Hari Arafah

Disebut juga di dalam hadith sahih yang lain riwayat Imam Muslim:

Dari Abi Qatadah r.a: Ditanyakan kepada Rasulullah mengenai puasa pada hari Arafah (sembilan Zulhijjah).
Berkata Rasulullah: Akan diampunkan dosa (kecil) pada tahun yang lepas dan pada tahun yang akan datang.

Arafah adalah hari yang besar bagi umat islam di mana pada hari ini para ‘hujjaj’ akan wukuf di Arafah. ‘Haji itu adalah Arafah’. Adalah sunat yang amat-amat dituntut atas orang yang tidak mengerjakan haji untuk berpuasa.

Antara amalan-amalan lain yang perlu diperbanyakkan ialah tahmid (menyebut Alhamdulillah) dan tahlil (la ilaha ilallah). Disunatkan juga untuk beristighfar meminta keampunan dan berdoa dijauhkan dari api neraka. Amalan bersedekah yang secara lazimnya dilakukan pada hari-hari lain perlulah diteruskan malah digandakan pada hari tersebut.

Kita hanya sekadar berusaha, Dia jua yang membalasnya. Sememangnya adalah harus bagi Tuhan semesta alam untuk memberi apa jua pembalasan sekalipun, atas segala amal buat yang dikerjakan, dan kita punya keyakinan bahawa Dia pasti akan menunaikan janji-janjiNya. Moga dengan keiklasan kita beramal, Tuhan akan maqbulkan.



Sunday, November 7, 2010

Roti Telur Inti Daging

Bahan-Bahan:
Inti:
500 gm daging cincang (direbus)
3 sudu besar cili boh
3 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
½ mangkuk kecil air asam jawa
sedikit kicap
sedikit garam,gula
sedikit minyak utk menumis
3 butir telur ayam (dibubuh sedikit garam, dipukul rata)
Roti gardenia
sedikit planta

Cara memasak:
1. Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili sampai masak.
2. Masuk kicap, kacau rata.
3. Masuk daging yg telah dikisar dan air asam jawa.
4. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
5. Kacau rata dan biar sehingga masakan kering.
6. Setelah masak, padamkan api, angkat
7. Ambil sekeping roti, bubuhkan inti, lipatkan roti dan celupkan ke dlm telur,kemudian bakar di dlm kuali leper yg telah di gris dengan planta. Hati-hati ketika mengalih roti supaya inti tidak terkeluar. Bakar hingga masak.

Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan :
lapisan bawah
120 gm mentega
150 semi-sweet coklat
2 sudu besar golden syrup (boleh guna madu sebagai gantian)
2 biji telur (lebih elok telur saiz A- dipukul)
1 sudu teh esen vanila
60 gm tepung kek
1/2 sudu teh serbuk penaik

lapisan cheese
250 gm cream cheese
100 gm gula halus (tak nak manis kurangkan)
1 biji telur

Cara membuatnya :
1. Cairkan coklat dan mentega. Biar sejuk
2. Pukul telur hingga kembang dan campurkan golden syrup sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan campuran coklat
3. Masukkan tepung kek dan serbuk penaik, kacau rata
4. Tuang kan 3/4 adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit (ikut oven juga la ya)
5. Apabila sudah masak, tuangkan adunan keju keatasnya. Tuangkan baki adunan coklat keatas lapisan cheese dan bentukkan corak marble.
6. Bakar semula selama 25 minit (atau sehingga masak)   

Kek Batik Jawa

Bahan-bahan :
300 gm biskut mary
170 gm mentega
4 biji telur
1/4 tin susu pekat
1/4 gelas milo
1/4 gelas serbuk koko
1/4 gelas nestum
1 gelas gula (boleh kurangkan kalau nak kurangkan manis)
1 gelas air sejuk (air dari peti ais)
sedikit esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul telur dengan mentega hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Dalam bekas yang lain, bancuhkan koko, milo, susu pekat dengan air sejuk tadi. Kemudian campurkan kedalam adunan mentega
  4. Masak adunan tersebut hingga agak pekat (biasanya I guna kuali, senang nak gaul), kemudian masukkan biskut mary yang telah dipatahkan sehingga biskut menjadi lembut
  5. Tuang dalam acuan dan bakar selama 15-20 minit (sesetengah orang tk bakar, tapi bila bakar dan simpan dalam peti sejuk, lagi senang nak potong) 

Kung Pao Chicken

Bahan-bahan :
600 gm isi ayam - dipotong kecil
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
**isi ayam disalut dengan tepung jagung dan garam kemudian digoreng

100 kacang gajus
30 gm cili kering (dipotong 1 inci panjang)
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji capsicum hijau - potong agak besar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air
minyak untuk menumis
cara memasak :
1. Panaskan minyak. Goreng cili kering hingga garing. Ketepikan
2. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan kemudian masukkan bawang besar
3. Masukkan capsicum, isi ayam (yang telah digoreng tadi), sos tiram, sos tomato dan air
4. Masak sehingga agak kering, masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
5. Apabila agak sejuk masukkan cili kering garing tadi, gaulkan biar mesra. Hidangkan.

Kari Kepala Ikan

Bahan-Bahan:
1 kg kepala ikan tenggiri atau sebarang ikan yang digemari
1 paket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu halba campur
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato
3 biji cili muda
5 tangkai kacang bendi
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Bawang putih dan bawang merah dimayang halus.
2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan halba campur, daun kari dan bawang yang dimayang tadi hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga garing. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk perasa dan asam jawa.
4. Apabila sudah mendidih, amsukkan kepala ikan tadi. Masak dengan api yang sederhana kuat.
5. Setelah itu, masukkan cili muda, buah tomato dan kacang bendi dan masak untuk seketika. Angkat dan hidangkan.

Curry Laksa


Bahan A:
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
300 gm ayam/daging
200 gm sotong
200 gm udang

Bahan B:
2 paket kecil rempah kari ayam/daging
(Bahan dibawah ditumbuk halus)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
½ inci halia

Bahan C:
10 pcs tauhu pok
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
2 pcs tauhu putih
2 pcs fish cake
100 gm sawi hijau

Bahan D:
100 gm taugeh - bersih dan celurkan
(Bahan dibawah bersihkan & potong halus)
1 biji salad
1 biji timun
1 biji bawang besar
5 ulas cili besar

Lain-lain bahan:
1 biji kelapa (ambil 4 mangkuk santan dan asingkan perahan pertama).
1 cawan air asam jawa
2 pcs kiub ayam Knorr
1 senduk minyak masak
Garam secukup rasa
500 gm laksa basah (celur & toskan)

Cara Menyediakan kuah:
1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumiskan Bahan B dan masuk air asam jawa biarkan sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A gaul dengan rata. Biarkan dalam 5 minit dan masukkan santan.Kemudian masuk garam secukup rasa dan kiub ayam knor. Biarkan ia mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan Bahan C. Biarkan 5 minit. Akhir sekali masukkan pati santan biarkan mendidih dan tutup api.

Menyediakan laksa:
Ambil laksa, tuangkan kuah laksa tadi dan letakkan bahan D

Mertabak Crackers

Bahan-Bahan:
600 gm isi ayam (dihiris halus)
10 biji cili merah
4 biji bawang besar (potong dadu)
Daun sup (dipotong halus)
5 biji telur (dipukul sedikit)
1 bungkus biskut cream crackers 
Santan (1 biji kelapa)
1 tin susu cair
Bawang besar + Halia+Bawang putih (ditumbuk halus)
Rempah kari
Sedikit lada kisar (jika suka)
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar, halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus tadi sehingga kekuningan kemudian masukkan rempah kari. Jika ditambahkan lada kisar, tumiskan sekali
2. Masukkan isi ayam tadi ke dalam kuali, gaul hingga ayam masak.
3. setelah itu masukkan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
4. Setelah masak, ketepikan.
5. santan dan susu cair dimasak dengan api kecil di atas dapur, selepas mendidih, masukkan sedikit garam, tutup api dan ketepikan. Untuk lebih mudah, apabila campuran santan telah agak sejuk, masukkan telur yang telah dipukul tadi.
6. Sediakan loyang pembakar dan disapu marjerin
7. susunkan biskut krim krakers dalam loyang tadi, jika ada lubang-lubang tutup dengan biskut yang hancur
8. masukkan inti ayam yang telah dibuat tadi, taburkan rata ke atas lapisan biskut
9. taburkan pula daun bawang dan lada hidup tadi
10. tutup lapisan ini dengan biskut krim krakers semula
12. ambil 1 senduk campuran santan tadi, tuangkan ke atas lapisan biskut tadi. Jgn banyak sangat nanti biskut terlalu lembik.
13. Ulang proses melapis biskut tadi sehingga selesai. Lapisan yang terakhir mestilah biskut krim krakers.
14. Bakar di dalam oven lebih kurang ½ jam.







Rosemary Roasted Chicken


Bahan-Bahan Untuk Ayam:
1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(dimesinkan)
½ bawang besar(dipotong bulat-bulat)
½ bawang besar(dipotong 2 besar-besar)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
½ sudu teh serbuk Oregano
1 ½ sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun
Paprika / Madu (jika suka)

Bahan-Bahan Untuk Gravy:
25 gm mentega(salted butter)
Tepung gandum
½ cawan air panas

Cara Memasak Ayam Panggang Rosemary:
1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit.
2. Sumbatkan bawang besar yang dipotong besar ke dalam ayam.
3. Letakkan bawang besar yang dipotong bulat diatas ayam.
4. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam.
5. Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
6. Masak lebih kurang 35-40 minit atau sehingga cecair jernih keluar dari ayam apabila dicucuk dengan garfu. Hidangkan Ayam.

Cara Membuat Gravy:
1. Setelah ayam diangkat, tuangkan air panas ke dalam bekas memanggang dan kacau untuk mendapatkan baki minyak dan jus yang ditinggalkan ayam panggang tadi. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, panaskan mentega dengan api kecil sehingga cair.Angkatkan dari dapur. Masukkan tepung sehingga campuran menjadi pekat kacau hingga sebati.
3. Masukkan air tadi dan kacau sebati diatas dapur dengan api yang kecil. Masak sehingga pekat sedikit dan jangan masak terlalu lama. Hidangkan.

Ikan Siakap Bakar Special

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap                                                                   air asam jawa
2 biji bawang besar                                                                 sedikit belacan
4 ulas bawang putih                                                                 sedikit gula melaka
10 tangkai cili kering                                                                garam, perisa secukup rasa
2 batang serai                                                                          sedikit minyak
1 inci kunyit
2 inci halia
1 sudu rempah kurma

Cara memasak :
  1. Kisarkan semua bahan kecuali ikan dan minyak
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik minyak. Tutupkan api
  3. Lumurkan bahan tadi pada ikan yang telah dikelar-kelar
  4. Masukkan dalam aluminium foil, bakar atas dapur gas sehingga masak (anggaran masa selama 15-20 minit)

Thursday, November 4, 2010

Weight Loss Diet

**Plan nak cuba ni..so hopefully dikuatkan semangat la...hehe

The following Diet and Health Program was developed for in conjunction with the grant from the United States Department of Agriculture and the Food and Drug Administration. It was field tested at the John Hopkins Research Centre. This program is designated for a target weight loss of 5 to 6 Kgs per week. It will also improve your attitude and emotions because of its systematic cleansing effects.

The effectiveness of this seven days plan is that the foods eaten burn more calories than they give to the body in caloric value.This plan can be used as often as you like without any fear of complications. It is designated to flush your system of impurities and give you a feeling of well being. After seven days, you will begin to feel lighter by at least 10 pounds. You will have an abundance of energy and an improved deposition.

DURING THE FIRST SEVEN DAYS YOU MUST DRINK 10 GLASSES OF WATER EACH DAY

1st Day
All fruits except Bananas.
Your first day will consist of all FRUITS you want.
It is suggested you consumed lots of Melons the first day especially Watermelons and Cantaloupe.

2nd Day
All vegetables you are encouraged to eat until you are stuffed with all the raw and cooked vegetables of your choice.
There is no limit on the amount or type.
Avoid oil and coconut while cooking vegetables.
Have a large boiled Potato for breakfast.

3rd Day
Any mixture of Fruits & Vegetables of your choice, any amount, any quantity.
No Bananas yet.
No Potatoes today.

4th Day
Bananas and Milk.
Today you will eat as many as eight Bananas and drink three glasses of Milk.
You can also have one bowl of Vegetable soup.

5th Day
Today is a feast day.
You will eat 1 cup of Rice.
You also have to eat six Whole Tomatoes.
Drink 12 glasses of water today to cleanse your system of the excess Uric Acid you will be producing.

6th Day
Today is another all vegetables day.
You may eat 1 cup of Rice today.
Eat all the vegetables you want, cooked or uncooked to your hearts content.

7th Day
Today food intake will consist of 1 cup Rice.
Fruit juices and all the vegetables you care to consume.



Wednesday, November 3, 2010

Keep this on the Fridge

Did You Know That? Drinking two glasses of Gatorade can relieve headache pain almost immediately -- without the unpleasant side effects caused by traditional "pain relievers."

Did you know that
Colgate toothpaste makes an excellent salve for burns.

Before you head to the drugstore for a high-priced inhaler filled with mysterious chemicals, try chewing on a couple of curiously strong
Altoids peppermints. They'll clear up your stuffed nose.

Achy muscles from a bout of the flu? Mix 1 Tablespoon of horseradish in 1 cup of olive oil. Let the mixture sit for 30 minutes, then apply it as a massage oil, for instant relief for aching muscles.

Sore throat? Just mix 1/4 cup of vinegar with 1/4 cup of honey and take 1 tablespoon six times a day. The vinegar kills the bacteria.

Cure urinary tract infections with Alka-Seltzer . Just dissolve two tablets in a glass of water and drink it at the onset of the symptoms. Alka-Seltzer begins eliminating urinary tract infections almost instantly -- even though the product was never been advertised for this use. (Note: Alka-Seltzer Plus Cold Medicine is not the same..and contains aspirin, which can cause stomach bleeding if you have ulcers.)

Honey remedy for skin blemishes... Cover the blemish with a dab of honey and place a Band-Aid over it. Honey kills the bacteria, keeps the skin sterile, and speeds healing. Works overnight.

Listerine therapy for toenail fungus... Get rid of unsightly toenail fungus by soaking your toes in Listerine mouthwash. The powerful antiseptic leaves your toenails looking healthy again.

Easy eyeglass protection... To prevent the screws in eyeglasses from loosening, apply a small drop of Maybelline Crystal Clear nail polish to the threads of the screws before tightening them.

Coca-Cola cure for rust... Forget those expensive rust removers. Just saturate an abrasive sponge with Coca Cola and scrub the rust stain. The phosphoric acid in the coke is what gets the job done.

Cleaning liquid that doubles as bug killer... If menacing bees, wasps, hornets, or yellow jackets get in your home and you can't find the insecticide, try a spray of Formula 409. Insects drop to the ground instantly.

Smart splinter remover...just pour a drop of Elmer's Glue-All over the splinter, let dry, and peel the dried glue off the skin. The splinter sticks to the dried glue.

Hunt's tomato paste boil cure....cover the boil with Hunt's tomato paste as a compress.. The acids from the tomatoes soothe the pain and bring the boil to a head.

Balm for broken blisters...To disinfect a broken blister, dab on a few drops of Listerine ... a powerful antiseptic.

Heinz vinegar to heal bruises.. Soak a cotton ball in white vinegar and apply it to the bruise for 1 hour.. The vinegar reduces the blueness and speeds up the healing process.

Kills fleas instantly. Dawn dish washing liquid does the trick. Add a few drops to your dog's bath and shampoo the animal thoroughly. Rinse well to avoid skin irritations. Goodbye fleas.
Rainy day cure for dog odor... Next time your dog comes in from the rain, simply wipe down the animal with Bounce or any dryer sheet, instantly making your dog smell springtime fresh.

Eliminate ear mites... All it takes is a few drops of Wesson corn oil in your cat's ear. Massage it in, then clean with a cotton ball. Repeat daily for 3 days The oil soothes the cat's skin, smothers the mites, and accelerates healing.

Quaker Oats for fast pain relief...It's not for breakfast anymore! Mix 2 cups of Quaker Oats and 1 cup of water in a bowl and warm in the microwave for 1 minute, cool slightly, and apply the mixture to your hands for soothing relief from arthritis pain

Healing and cleansing with barley

High in fibre, barley is also a kidney cleanser. Better yet, regular intake of it helps  prevent heart disease. BARLEY water was always a regular drink  when we were still living at home. Whenever we had to go for a medical exam that included a urine test, my mum would make us drink barley water a day before it to make sure we got a positive result!

My mother was a wise woman. I later found out from an Australian
naturopath that barley is known to be a kidney cleanser, and he happily
downed glasses of it at a meal we had in a coffee-shop here.

Barley is good for your intestinal health too. Try to eat the barley
grains you find in your drink or sweet broth with fu chook (beancurd skin) and ginkgo nuts.

It's high in fibre which feeds the friendly bacteria in the colon and
helps speed up the transit of fecal matter in it. In this way it helps
prevent haemorrhoids and colon cancer.

The propionic acid and beta glucan from barley's insoluble fibre also help lower cholesterol and prevent the formation of gallstones.

Eating barley regularly is a preventive step against heart disease as,
besides the fibre content, it is also high in niacin, a B vitamin good for
lowering cholesterol
.

Diabetics should eat more barley as the fibre will prevent blood sugar
levels from rising too high. It also provides relief from constipation or
diarrhoea for those suffering from Irritable Bowel Syndrome.

Barley is rich in selenium which prevents cancer and relieves symptoms of asthma and arthritis. It is a good source of manganese, copper and phosphorous.

Malt sugar comes from sprouted barley which, when fermented, is an ingredient in beer and other alcoholic beverages.
Barley, whose Latin name is hordeum vulgare, has been cultivated for more than 10,000 years.

Since ancient times, barley has been used for healing purposes and has
been known to the Chinese, Egyptians, Greeks and Romans. Athletes in
Greece and Rome in those days were known to eat barley bread to give them strength.

Besides the usual things we do with barley, I enjoy having it in a western soup. The larger pearl barley is used and I love the sticky bite of it.

Here's a recipe for barley soup:

Barley soup with roasted garlic
1 cup pearl barley
5 cloves whole garlic, roasted
2 litres chicken stock, steeped from 1 chicken breast simmered in three litres water
2 tbsps vegetable oil
2 large onions, diced
2 carrots, diced
2 stalks celery, diced
150g turkey ham, cut up
1 tsp ground white pepper
1 tsps sea salt or to taste
1 tbsp chopped parsley

Method
 1. Wash barley and soak it in a bowl of water for three hours. Drain.
 2. Heat oil in pan and fry onions. Add carrots and celery, then the barley and fry for three minutes.
3. Add chicken stock, pepper and roasted garlic and simmer over low heat for at least an hour, or until barley is soft.
 4. Add salt to taste and serve the soup garnished with chopped parsley
. 

Happy Deepavali

Lusa, kengkawan India akan menyambut Deepavali..kali ni time diorang la pulak nak beraya..mesti macam raya kita jugak la..macam2 nak buat & masa ni la nak bertemu keluarga dan rakan. So, I wish all the Indian frens Happy Deepavali..enjoy your day.

Apa pun bukan nak cerita pasal Deepavali sangat la ni..dah lama dah tulis daily journal dlm my blog ni..cerita tu banyak tp bila penyakit malas melanda, hmm..apa benda pun tak jadi. Semalam, mak mertua buat makan2 untuk geng2 mengaji dia..macam2 la makanan tapi aku ni tk cuti so tk dpt le nak tolong siang tu..lepas balik kerja terus singgah kerumah dia..apa2 yg masih tinggal tu aku makan la..tu pun kenyang gila dah..adala pulak cheesecake & kek apa ntah satu lagi ni..nak macam pai coklat pun yer..hentam dua benda ni dulu la..pastu tolong2 la kemas sket2...rupernya ada something special lagi..adik ipar lepas tu goreng la benda tu..deep fry cheese..(cheese lagi.. :)) tp mmg sedap la..cheese tu dibalut dgn breadcrumb..so bila masak, luar tu rangup and the cheese tu melt inside..tk sempat nak penuh pinggan tu dah habis..hehe..byk2 makan pun naik muak jugak..tp bukan selalu kan..kan..

Bila dah siap semua baru balik ke rumah sendiri..masa tu mata pun berat betul rasanya..dah la malam sebelum tu pukul 2am baru tido..gara2 excited baru pandai add itu ini kat dalam blog..hahaha..lepas mandi etc terus baring jer..kesian lak kt hubby kena tengokkan air aku masak, nk sidai kain..entah pukul berapa dia tidur semalam..pagi tadi pun lupa nak bertanya..anyway, mlm tadi mimpi pelik jugak..ramai jugak geng2 seratas89 yg termasuk dalam mimpi tu..tp aku ni jadi cam hero la coz budak2 lelaki nak hentam aku pun aku dapat lawan..hmm..ntah apa2 mimpi tu..hehe..

Okla, share market pun start ni..buat kerja dulu..bila2 rajin nanti aku sambung lagi..hehehe

7 Perkara Melebihi Segala Dari 7 Yang Lain

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB BERKATA:
1-Berdusta kepada sesama makhluk adalah lebih berat daripada langit.
2-Kebenaran lebih luas daripada bumi.
3-Hati orang bersifat Qanaah ( rendah diri dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ) lebih kaya daripada laut.
4-Hati Munafik lebih keras daripada batu.
5-Pemerintah yang zalim lebih panas daripada api.
6-Memenuhi hajat kepada orang yang bakhil lebih sjuk daripada Air Zamharir.
7-Sabar lebih pahit daripada racun.

Apabila seseorang meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya, terputuslah darinya rezeki.