My Scrapbook: February 2013

Thursday, February 28, 2013

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:

1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Monday, February 25, 2013

4 Perkara yang menjadi Asas Ilmu Sufi

Imam Al-Hafiz Abu Baqa Rahimahullah meriwayatkan Imam Abu Bakar Az-Zaqaq Rahimahullah telah berkata, ” Ilmu Sufi ini diasaskan di atas empat perkara :

1- Kami tidak makan kecuali selepas lapar.

2- Kami tidak tidur kecuali kerana sudah tidak tahan lagi berjaga.

3-Kami tidak berdiam kecuali ketika dibimbangi salah faham terhadap apa yang kami perkatakan.

4- Dan kami tidak bercakap kecuali kerana mengambil faedah.

Kitab Bustanul A’rifin.

5 Perkara terhimpun kebaikan di dunia dan Akhirat

Imam As;Syafie berkata : ” Segala kebaikan dunia dan Akhirat terhimpun pada lima perkara :

1- Kaya diri.

2- Menahan diri daripada segala kezaliman.

3- Mengusaha yang halal.

4- Pakaian Taqwa.

5- Tenang hati dengan Allah SWT pada setiap keadaan.

Kitab Bustanul A’rifin .

5 Janji Allah SWT yang tidak akan diMungkiri

1-Mereka yang sakit, Allah SWT akan sembuhkan.

2-Apa yang dikorbankan atau disedekah Allah SWT akan kembalikan.

3-Mereka yang berduka, Allah SWT akan gembirakan.

4-Segala dugaan, Allah SWT akan angkatkan.

5- Segala keresahan atau kesempitan, Allah SWT akan lapangkan atau Allah SWT akan hapuskan.

Inilah Janji-Janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri Janji-janji Nya.
Setiap kesusahan akan ada kesenangan… Tenangkan hati anda….

5 Perkara mengubat hati yang kotor

Rasulullah SAW juga menerangkan bahwasannya ada 5(lima) perkara yang menjadikan sebagai ubat bagi hati yang kotor atau berpenyakit, ubat tersebut adalah :
1). Membaca Al-Qur’an dan menghayati maknanya.

2). Sholat Malam (mis: Tahajud atau Sholat Hajat).

3). Berpuasa Sunnah (mis: Isnin-Khamis,)

4). Memperbanyak Dzikir (mengingat) kepada Allah.

5). Bergaul hanya dengan orang-orang yang Baik (Sholeh)

4 Perkara menghalang Rezeki Allah SWT


1-Tidur diwaktu pagi.

2-Sedikit solat.

3-Malas.

4-Khianat.

Thursday, February 7, 2013

Juma & Jeto

Assalam, dah lama umi tk bercerita pasal anak2 bulus umi kan..masih lg terasa kehilangan Etot walaupun dah hampi 5 bulan dia pergi..masih lagi mengalir airmata umi bila bercerita pasal dia..namun, hikmah disebalik pemergian Etoto, abah pun dah mula terbuka untuk menerima anak2 bulus yang lain..
 
dulu masa etot ada..susah sgt umi nk dapat green light nak menambah ahli keluarga, sekarang sekali dua aje umi cakap abah dah izinkan..sepatutnya ada 6 ekor sekarang tp si Ribbon entah kemana menghilang pulak. kami dah buat yang terbaik utk menjaga dan menyayanginya tapi kalau dia dah pilih untuk pergi terpaksala kami rela kan..jenuh jugak pun cari disana sini tp tk berjumpa..apapun yang paling best sebab sekarang dah ada ahli baru..sekor calico & sekor oren..teringat pulak kt etot.. (asyik etot saja yer..hmmm)
 
Anyway, asalnya umi rescue mama & 4 kids ni..kesian pulak coz dok melepak kt padang permainan aje..mlm2 ada anjing berkeliaran pulak..kesian kalau ada apa2 yg jadi..so i took them home (atas desakan abah..hehe) 2-3 hari jaga, umi dah makin sayang kt semua tp kalau nk adopt semua byk la pulak jdnya..i have to make a very tough desicion..berbelah bagi hati umi utk pisahkan mereka..umi mmg dah berkenan sgt kt calico & oren ni..tapi camna pulak nasib mama & dua lagi anaknya yg hitam tu..semuanya comel..mama pun baka kacukan sebab bulunya kembang & gebu..
 
So, end up terpaksa la umi ambik 2 saja dan yg lain umi serahkan pada Omiey Home sebab umi yakin mereka takan terbiar. umi pun mmg dah register jadi ranger Omiey Home so as long as i can, from time to time i will definately rescue any stray cats.  
 
So ini la ahli baru keluarga umi..happy sgt sebab semuanya dah ngam..tk de gaduh2 lg..umi asyik look forward je nk balik rumah setiap hari..tiap2 hari ada saja aksi menarik & funny thing happen between them..hilang tensen umi..tgk la gambar Juma & Jeto ni..comel kan?? hehe

Juma (calico) & Jeto (oren)
JUMA (JUst like MAma)


JETO (Just like ETOt)
 

4 Perkara Allah Haramkan Masuk Neraka

1. Orang yang menahan nafsu ketika berahi.

2. Orang yang menahan nafsu ketika ketakutan.

3. Orang yang menahan nafsu ketika keinginan.

4. Orang yang menahan nafsu ketika kemarahan.

Hadis Riwayat At-Tabrani

Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" - Hadis Riwayat Bukhari. - tulahan



Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Sabda Rasulullah SAW bermksud : “…Tiada suatu kaum dari umatku yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah ALLAH (masjid) membaca kitab ALLAH (Al-Quran) dan saling mempelajari isi Al-Quran antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, Malaikat akan merendahkan sayapnya dan ALLAH menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisi-Nya…” (Riwayat Muslim)

ULASAN HADIS :

1. Daripada hadis ini dapat diambil beberapa pengajaran:

o Seseorang yang menghadiri majlis ilmu akan mendapat ketenangan

o Mereka akan memperolehi rahmat

o Malaikat akan merendahkan sayapnya

o Nama mereka akan disebut-sebut oleh ALLAH

2. SubhanalLah, kalaulah manusia dapat melihat kesemua nikmat di atas, pasti mereka akan bersesak-sesak untuk menghadiri majlis ilmu.

3. Ketenangan memang tidak dapat kita ungkapkan dengan perkataan. Ketenangan hanya boleh dirasai. Seperti manisnya gula, manisnya dapat dirasai, namun untuk menceritakan bagaimana manisnya gula itu, tidak sesiapapun mampu mengungkapkannya. Pepatah Arab ada menyebut: “orang yang tidak merasa, dia tidak akan tahu”.

4. Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita, tetapi kerana Rahmat-Nya. Dan rahmat-Nya yang kita rasai selama ini, adalah 1% daripada 100% nikmat yang sebenar. Alangkah hebatnya rahmat ALLAH SWT. Walaupun hanya 1% yg kita rasai, tetapi ia mampu membawa kedamaian dan kebahagiaan makhluk-Nya.

5. Alangkah bertuahnya mereka yg sering menghadiri majlis ilmu kerana mereka telah dinaungi oleh sayap-sayap Malaikat as. Alangkah bertuahnya orang yg menghadiri majlis ilmu, kerana nama mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH SWT.Kalaulah kita mendapat hanya satu daripada empat nikmat di atas, kita sebenarnya adalah manusia yang terpilih

Kelebihan Menjaga Solat 5 Waktu Secara Berjamaah

1. Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.

2. Diangkat siksa kuburnya.

3. Surat Catatan amalannya diserah kepadanya dengan tangan kanan.

4. Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.

5. Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.

Keselamatan & kebahagiaan wanita

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Pertama : Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua : hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga : selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat : solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima : berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

5 Penyakit yang disebabkan dosa

1- Dosa syirik membatalkan segala pahala amalan baik.

2- Dosa minum arak dan ketagihan dadah menjejaskan kesihatan.

3- Dosa zina mendatangkan penyakit gejala buang bayi.

4- Dosa judi, riba dan makan harta anak yatim berpotensi mencetuskan pergaduhan dan pembunuhan.

5- Dosa derhaka kepada kedua ibu bapa dapat menghalang seseorang anak memasuki Syurga.