My Scrapbook: April 2011

Wednesday, April 13, 2011

10 Kecerdasan dan Pengajaran Dari Surah Yusuf

1. Hubungan yang rapat dengan orang tua dan mendengar nasihat orang tua.

2. Mampu melihat dan memahami tanda-tanda dari Allah SWT.

3. Menjauhi perzinaan dan perbuatan yang dilarang.

4. Sanggup dipenjarakan daripada melakukan kemungkaran dan kekejian.

5. Sentiasa berdakwah dalam apa jua keadaan.

6. Mampu mentafsir mimpi dengan tepat.

7. Memilih jawatan sesuai dengan kelayakan.

8. Berusaha bertemu dan berkumpul dengan keluarga.

9. Memaafkan orang lain.

10. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya meninggal dalam Islam dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

9 Jenis Sihir

AL MARAD
Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF
Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA’TIL TAWAJ
Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ
Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH
Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL
Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF
Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN
Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL
Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.



Ilmu Dan Kebodohan

Orang yang bodoh adalah yang menganggap dirinya tahu tentang makrifat ilmu yang sebenarnya tidak di ketahuinya, dan dia merasa cukup dengan pendapatnya saja.

Orang yang alim mengetahui orang yang bodoh kerana dia dahulunya adalah orang yang bodoh, sedangkan orang yang bodoh tidak mengetahui orang yang alim kerana dia tidak pernah menjadi orang yang alim.

Orang bodoh adalah kecil meskipun dia orang tua, sedangkan orang alim besar meskipun dia masih remaja.

Allah tidak memerintahkan kepada orang bodoh untuk belajar sebelum dia memerintahkan terlebih dahulu kepada orang alim untuk mengajar.

Segala sesuatu menjadi mudah bagi dua macam orang: Orang alim yang mengetahui segala akibat dan Orang bodoh yang tidak mengetahui apa yang sedang terjadi padanya.

Ada dua orang yang membinasakanku: Orang bodoh yang ahli ibadah dan orang alim yang mengikut nafsunya.

Imam Ali as menjawab pertanyaan seorang yang bertanya kepadanya tentang kesulitan, dia berkata, ‘Bertanyalah engkau untuk dapat memahami, dan janganlah engkau bertanya dengan keras kepala. Sebab, sesungguhnya orang bodoh yang terpelajar serupa dengan orang alim, dan orang alim yang sewenang-wenang serupa dengan orang bodoh yang keras kepala.’

Engkau tidaklah aman dari kejahatan orang bodoh yang dekat denganmu dalam kekerabatan dan ketetanggaan. sebab, yang paling di khuatirkan terbakar nyala api adalah yang paling dekat dengan api itu.

Alangkah buruknya orang yang berwajah tampan, namun dia bodoh. Ia seperti rumah yang bagus bangunannya, tetapi penghuninya orang yang jahat, atau seperti taman yang penghuninya adalah burung hantu, atau kebun kurma yang penjaganya adalah serigala.

Janganlah engkau berselisih dengan orang bodoh, janganlah engkau mengikuti orang pandir, dan janganlah engkau memusuhi penguasa.

Yang engkau lihat dari orang yang bodoh hanyalah dua hal: melampaui batas dan boros.

Sebodoh-bodoh orang adalah orang yang tersandung batu dua kali.

Menetapkan hujah terhadap orang bodoh adalah mudah, tetapi mengukuhkannya yang sulit.

Tidak ada kebaikan dalam hal diam tentang suatu hukum, sebagaimana tidak ada kebaikan dalam hal berkata dengan kebodohan.