My Scrapbook: October 2012

Saturday, October 20, 2012

Meriahnya Kini

Selasa depan cukup sebulan Etot pergi, Oki pulak dah nk masuk2 bulan menghilang..apapun sejak itu umi dah ada penggantinya..bukan sekor tapi dah jadi 4 semuanya..Abah pun umi tengok tk kisah jer..ok la tu kot..
 
cOTTOn & rIBBon : diorg ni adik beradik..anak2 mama yg duduk kt rumah mertua umi tu..so nenek pun dah tk larat nak jaga byk2 so umi la ambik..yg ni baka kampung je..at least bela dr kecik ni senang sket umi nak ajar camna kan..sejak sebulan duduk dgn umi dah nampak perubahannya..badan pun dah naik..aktif main lagi..kelakar sgt umi tgk..



 
geMOK yg biSINg (MOKSIN) : moksin ni tetiba je pulak dtg kerumah umi..bising2 kat luar, so tgk2 rupanya lapar..dah sekali umi kasi makan..dah tu tiap2 hari lak dtg..so last2 umi bela aja la..dah ingat kalau ada yg dtg claim umi tk kisah..tp dah sebulan kt sini tk de sapa pun dtg bertanya..umi pun dah bawak pergi vaksin & kemili..senang sket..tk de nk pancut2 & mengorat2 yg lain lak..tp umi suka moksin ni sebab cantik bulu dia..tebal gitu..rasa umi la dia ni baka turkish van...umi pun tk pernah ada anak bulu jeis ni..so semangat la nk bela..dia pun ok je dgn cotton & ribbon, tk de marah2 boleh la jadi abang besar utk diorg tu..



geMOK JUnior (MOKJU) : yg ni pulak..anak umi yg terbaru..baru mlm semlm dia dtg..entah siapa punya la jugak..nampak macam sama je baka mcm moksin..mula2 abah kata nk hantar dia kt tmpt lain..umi diam aja..kebetulan pulak td bwk yg bertiga tu ke vet..mokju tinggal kt rumah..balik dr klinik umi tgk mokju tk de..tak lama lepas tu baru dia bising2 panggil nk masuk rumah..so panggil dia masuk kasi mkn..sejak tu langsung tk de kuar rumah dah..abah pun tk de sebut dah psal nk hantar dia..lega umi..hehe..

 

Abang Khai Tomboy

 
Author: NURAQILAH Syuhaida
Publisher: Fajar Pakeer
        

"Tak tau aku pelakon?Wei,dari mana kau quote ayat tu hah?Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke?Aku tiap-tiap hari masuk TV.Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?"
Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja,membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya,seterusnya dan seterusnya.Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka.Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal,risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya.Risau akan tercetus hubungan songsang.
Dalam menepis perasaan yang kian, bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa.Dato' Rashid yang tidak sudah-sudah dengan dendamnya. Rizal yang mahu menuntut hak.Geng 23X yang mula membuat onar.Khai yang ingin mencari kepastian diri.
Bagaimana kesudahannya?Mampukah hati Dato' Rashid dilembutkan? Berjayakah Rizal merebut hak yang dipertahankannya?Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yang berlaku dalam hidup mereka semua,mampu menguatkan rasa kasih yang sudah tersemai?

Takdir Itu Milik Aku

 
Author: SITI Rosmizah
Publisher: SR Publication
        

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
“Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Mr Right Buat Ann

 
Author: RUBY Hazri
Publisher: Jemari Seni
        

Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.
Calon-calonnya ialah:
A.Hanif - Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
B. Khairil - Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
C. Desmond - Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
D. Tuan Haji Kamil - Duda anak tiga yang sudah berusia.
E. Arman Faiz - Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?

Biar Jadi Kaktus

 
Author: IFFA Zalia
Publisher: Karangkraf
        

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan.
Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi.Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.
Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan.
Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Doa Buat Suamiku

SRI Diah
Publisher: Alaf 21

HAZWANI, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia.
Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya.
Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?

Kill And Tell

 
Author: HOWARD Linda
Publisher: Pocket Books
        

Still reeling from her mother's recent death, Karen Whitlaw is stunned when she receives a package containing a mysterious notebook from the father she has barely seen since his return from the Vietnam War over twenty years ago. Unwilling to deal with her overwhelming emotions, Karen packs the notebook away, putting it - and her father - out of her mind, until she receives a shocking phone call. Her father has been murdered on the gritty streets of New Orleans.
Homicide dectective Marc Chastain considers the murder nothing more than street violence against a homeless man, and Karen accepts his judgement - at firt. But she changes her mind when her home is burglarized and accidents begin to happen. All at once, she faces a chilling realization: whoever killed her father is now after her. Desperate for answers, Karen retrieves the only think that links her to her father - the notebook he had sent months before. Inside its worn pages, she makes an unsettling discovery: her father had been a sniper in Vietnam and the notebook contains a detailed account of each one of his kills.
Now running for her life, Karen entrusts the book and its secrets to Marc Chastain. Together they unravel a disturbing story of politics, power, and murder - and face a killer who will stop at nothing to get his hands on the kill book.

Si Mangkuk Tingkat

 
Author: FAZIELA Faziela
Publisher: Jemari Seni
        

Impiannya satu dalam seribu.
“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”
Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.
Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”
“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.
“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”
Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Maximum Ride

 
PATTERSON James
Publisher: Headline

WELCOME TO MY NIGHTMARE.
Do not put this book down. Im dead serious - your life could depend on it. Im risking everything by telling you - but you need to know.
STRAP YOURSELF IN for the thrill ride youll want to take again and again! From Death Valley, California, to the bowels of the New York City subway system, sure about to take off on a heart-stopping adventure - it will blow you away...
YOUR FAITHFUL COMPANIONS Max, Fang, Iggy, Nudge the Gasman and Angel. Six kids who are pretty normal in most ways - except that theyre 98% human, 2% bird. They grew up in a lab, living like rats in cages, but now theyre free. Aside, of course, from the fact that theyre prime prey for Erasers - wicked wolf-like creatures with a taste for flying humans.
THE MISSION Rescue Angel from malicious mutants. Infiltrate a secret facility to track down the flocks missing parents. Scavenge for sustenance. Get revenge on an evil traitor. And save the world. If theres time.

Masih Setia

 
Author: AISYA Sofea
Publisher: Karangkraf
        

Miera- Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas difikiran. Sehinggalah dia terpaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!
Rudi- Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr.Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-jeling, pandang- memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Beach Road

 
PATTERSON James
Publisher: Headline

Tom Dunleavy has a one-man law firm in East Hampton, summer home to billionaires and Hollywood celebrities. But his clients are the people he grew up with, the people who make a living serving the rich.
When an old friend, Dante Halleyville, is arrested for a triple murder near a movie star's mansion, Tom agrees to represent him, and recruits super-lawyer, and ex-girlfriend, Kate Costello to help fight the case.
As Tom wonders if he can ever get Kate to forgive him for his past sins, the case takes on astonishing dimensions, revealing a world of illegal pleasures, revenge, and fear amongst the super-rich...

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha

 
TAUFIQURRAHMAN Al-Azizy
Publisher: Global Aksara Communication SDN. BHD

‘Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah kerana cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi musyrik.Ustaz…tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa untuk memilih satu cinta dari kerinduan ini.
Rintihan Zulaikha merobek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf semakin mendalam. Inilah kitab cinta seorang wanita muslimah kepada Yusuf- seorang pemuda muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insane akan berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat menguji iman…

Lifeguard

 
PATTERSON James
Publisher: Headline

The perfect job. Working for an easy-going boss at his sprawling luxurious mansion by the sun-kissed beach, watching beautiful women walk by.
The perfect girl. Tess - gorgeous, funny, apparently very rich and crazy for him.
The perfect score. Five million up for grabs. And to get his share, all he needs to do is trigger three house alarms to throw the cops off the scent of the real robbery.
Could things get any better for Nad Kelly?
But things don't go according to plan. And when Tess is brutally murdered and the others involved in the robbery are massacred. Ned is the prime suspect. With danger at every twist and turn, he's running for his life

Kampung Girl

 
Author: UMI Kalsom
Publisher: KaryaSeni
        

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
'Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu...mummy jangan paksa Ash!' - Ashraf Khairi.
'Ain akan kahwin dengan abang Ash!- Ainnur. Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami? - Ashraf Khairi. Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa...kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan; diri Ashraf.
'Ash nak ajak dia beli cincin tunang' - Ashraf Khairi. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
'And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh? - Ashraf Khairi
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya.
Kesudahannya...Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu? di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Datin Moon

 
Author: AMELLY ANN Kising
Publisher: Ghostwriter
        


Gelaran datin? Siapa pula yang cakap Salmah jadi datin! bagi Munah, dia seorang saja yang berhak gunakan gelaran itu sebab dia isteri pertama. Salmah madu mudanya, takkan gelaran itu pun hendak dikongsi sama? Ini tak boleh jadi....

Yang Sebenarnya

 
Author: AISYA Sofea
Publisher: Alaf 21
    

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.
Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa menyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.
Seiring waktu berlalu… cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie juga panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memndam rasa… lelaki itu seperti memusuhinya.
Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Tuesday, October 16, 2012

Panduan melayari hidup yang penuh maksiat di zaman fitnah

Setiap manusia pernah berbuat dosa dan kesalahan, baik besar ataupun kecil. Rasulullah bersabda,“Setiap anak Adam pernah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah, no, 4251)Bahkan para Nabi pun tidak luput dari kesalahan, dan mereka bertaubat kepada-Nya. Seperti nabi Adam pernah melanggar perintah Allah dengan mendekati pohon larangan, kemudian beliau bertaubat dan berdoa kepada Allah, artinya,“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (QS. al-A’raf: 23)Pada zaman ini, sarana kemaksiatan semakin banyak, orang semakin sulit menghindari racun yang ditimbulkan oleh kemaksiatan tersebut. Walaupun demikian ada beberapa kiat agar terhindar dari kemaksiatan, yaitu;
1. Menganggap Besar Dosa
Orang yang beriman dan bertakwa selalu menganggap besar dosa-dosa, meskipun dosa yang dilakukan tergolong dosa kecil. Mereka merasa terbebani dengan dosa tersebut dan menganggap besar kekurangan dirinya di sisi Allah.

Ibnu Mas’ud berkata, “Orang beriman melihat dosa-dosanya seolah-olah ia duduk di bawah gunung, ia takut gunung tersebut menimpanya. Sedangkan orang yang fajir (suka berbuat dosa) melihat dosanya seperti lalat yang lewat di depan hidungnya.”

Bilal bin Sa’d mengatakan, “Jangan kamu melihat pada kecilnya dosa, tetapi lihatlah kepada siapa kamu bermaksiat.”

2. Jangan Meremehkan
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan dosa, seperti kaum yang singgah di perut lembah. Lalu seseorang datang membawa ranting dan seorang lainnya lagi datang membawa ranting sehingga mereka dapat menanak roti mereka. Kapan saja orang yang melakukan suatu dosa menganggap remeh dosa, maka ia dapat membinasakannya.”(HR. Ahmad dengan sanad hasan)

3. Jangan Mujaharah
Mujaharah adalah melakukan kemaksiatan, dan menceritakan kemaksiatan tersebut kepada manusia. Pelaku maksiat yang mujaharah lebih besar dosanya daripada yang melakukan dosa tanpa mujaharah. Rasulullah bersabda,

“Semua umatku dimaafkan kecuali mujahirun (orang yang terang-terangan dalam bermaksiat). Termasuk mujaharah ialah seseorang yang melakukan suatu amal (keburukan) pada malam hari kemudian pada pagi harinya ia membeberkannya, padahal Allah telah menutupinya, ia berkata, ‘Wahai fulan, tadi malam aku telah melakukan demikian dan demikian.’ Pada malam hari Tuhannya telah menutupi kesalahannya tetapi pada pagi harinya ia membuka tabir Allah yang menutupinya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

4. Taubat Nasuha
Allah berfirman, artinya, “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. an-Nur: 31)

Rasulullah bersabda, “Allah lebih bergembira dengan taubat hamba-Nya tatkala bertaubat daripada seorang di antara kamu yang berada di atas kendaraannya di padang pasir yang tandus. Kemudian kendaraan itu hilang darinya, padahal di atas kendaraan itu terdapat makanan dan minumannya. Ia sedih kehilangan itu, lalu ia menuju pohon dan tidur di bawah naungannya dalam keadaan bersedih terhadap kendaraannya. Saat ia dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba kendaraannya muncul di dekatnya, lalu ia mengambil tali kendalinya. Kemudian ia berkata, karena sangat bergembira, ‘Ya Allah Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu’. Ia salah ucap karena sangat bergembira.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

5. Mengulangi Taubat
Rasulullah bersabda, “Seorang hamba melakukan dosa, maka ia berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah melakukan suatu dosa, maka ampunilah!’ Tuhannya berfirman, ‘Hamba-Ku tahu bahwa ia memiliki Tuhan yang akan mengampuni dosanya. Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, maka ia berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah!’. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku tahu bahwa ia memiliki Tuhan yang akan mengampuni dosanya. Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, maka ia berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa kembali, maka ampunilah dosaku!’.Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku tahu bahwa ia memiliki Tuhan yang akan mengampuni dosanya. Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Tiga kali; maka lakukanlah apa yang ia suka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Ali bin Abi Thalib berkata, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang diuji (dengan dosa) lagi bertaubat.” Ditanyakan, ‘Jika ia mengulangi lagi?’ Ia menjawab, ‘Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat.’ Ditanyakan, ‘Jika ia kembali berbuat dosa?’ Ia menjawab, ‘Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat.’ Ditanyakan, ‘Sampai kapan?’ Dia menjawab, ‘Sampai setan berputus asa.”’

6. Senantiasa Beristighfar
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sesuatu benar-benar menutupi hatiku, dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dalam sehari 100 kali.” (HR. Muslim, No. 2702)

7. Melakukan Kebajikan Setelah Keburukan
Rasulullah bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, dan iringilah keburukan dengan kebajikan maka kebajikan itu akan menghapus keburukan tersebut, serta perlakukanlah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi. At-Tirmidzi menilai hadits ini hasan shahih)

8. Memurnikan Tauhid
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, “Ketika Rasulullah dalam perjalanan pada malam yang berakhir di Sidratul Muntaha, beliau diberi tiga perkara: diberi shalat lima waktu, penutup surat al-Baqarah, dan diampuninya dosa orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun dari umatnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, ‘Barangsiapa yang melakukan kebajikan, maka ia mendapatkan pahala sepuluh kebajikan dan Aku tambah dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya satu keburukan yang sama, atau diampuni dosanya. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta dan barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa; barangsiapa yang datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Barangsiapa yang menemui-Ku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka Aku menemuinya dengan maghfirah yang sama.’” (HR. Muslim dan Ahmad)

9. Bergaul Dengan Orang-Orang Shalih
Manfaat bergaul dengan orang shalih:
a.Bersahabat dengan orang-orang baik adalah amal shalih

b.Mencintai orang-orang shalih menyebabkan seseorang bersama mereka di Surga, walaupun ia tidak mencapai kedudukan mereka dalam amal

Manusia itu terdiri dari 3 golongan, yaitu,
- Golongan yang membawa dirinya dengan takwa dan mencegahnya dari kemaksiatan. Inilah golongan terbaik.
- Golongan yang melakukan kemaksiatan dalam keadaan takut dan menyesal. Ia merasa dirinya berada dalam bahaya yang besar, dan ia berharap suatu hari dapat berpisah dari kemaksiatan tersebut.
- Golongan yang mencari kemaksiatan, bergembira dengannya dan menyesal karena kehilangan hal itu.

c. Penyesalan dan penderitaan karena melakukan kemaksiatan hanya dapat dipetik dari persahabatan yang baik.

d. Jika berpisah dengan orang-orang yang baik, maka biasanya akan berteman dengan orang yang buruk dan pelaku maksiat.

10. Jangan Mencela Perbuatan Dosa Orang Lain
Rasulullah menceritakan kepada para shahabat bahwa seseorang berkata, “Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan.” Allah berkata, ”Siapakah yang bersumpah atas nama-Ku bahwa Aku tidak mengampuni si fulan? Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan Aku telah menghapus amalmu.” (HR. Muslim).

Etot ~ In Loving Memories

Sejak puasa umi perasan yg badan etot dah mula susut..etot pun selalu demam so bila umi bawa jumpa vet, diorg kasi antiboitik, vitamin tp masih tk hilang..selera makan etot pun mula berkurangan..payah betul umi nk kasi etot makan..even your favourite, ikan pun susah nk habis sekor..hmm..
Lepas raya tahu saja la..byk open hse sana sini..tp dalam masa tu etot pun byk habiskan masa dirumah saja..byk lepak & tido saja..setiap kali umi belai2 etot, terasa badan etot panas & telinga pun sejuk semacam jer..2 minggu lepas raya mak long sekeluarga datang..walaupun tk berapa sihat etot masih boleh bergerak and masing2 hepi sebab etot mahu sama2 menonton video pasal kucing..kelakar sgt rasanya..
Dalam masa tu badan etot makin kurus..again, abah bawak jumpa vet..2-3 kali jugak tp lastly vet ni suggest pergi check darah kt UVH (upm veterinar hospital). So keesokan harinya abah bawak etot kesana..namun seminggu selepas tu, result yg diterima agak menyedihkan..etot mengidap CRF (cronic renal failure). Sedih sungguh umi..etot makin tk bermaya tp masih bergerak sendiri utk minum dan buang air..namun, selera makan etot semakin kurang..doktor yg ambil kes etot namanya dr Chan SM, muda lagi, dia cakap etot kena masuk wad, kena masukkan air. Kebetulan pulak hujung minggu tu ada cuti umum hari malaysia so sementara nk bawak etot ke UVH, umi dan abah bawa etot ke Dr. Ee diseremban..dia pun masukkan drip dulu, bekalkan ubat, vitamin dan soft food utk etot..sejak tu kena paksa etot makan..makan pun kena guna tiub tu..sayu sgt hati umi tgk etot ni..masa yg terluang umi selalu baring sebelah etot dan belai2 etot..umi tahu etot sakit, kalau la boleh umi yg merasa kesakitan tu..sejak tu etot mmg tk keluar rumah langsung..kencing pun jarang sgt..walaupun mcm tu etot tahu pegi ke bilik air utk kencing..etot mmg tk menyusahkan umi dan abah langsung..mulianya hati mu etot..
On Rabu 19 sept, abah bawa etot ke UVH, mmg la etot kena tahan disana utk rawatan lanjut..umi tk ikut sebab umi kerja tp abah dah janji nk bawa umi melawat etot on w/end tu. Sepanjang etot tk de dirumah, umi terasa sunyi betul..tk sabar nk tunggu w/end jumpa etot..so sabtu 22 sept umi & abah pergi melawat etot..masa kami sampai, doktor tgh kasi etot makan & ubat. tangan etot kena balut sebab diorg masukan air..lepas siap tu doktor benarkan umi & abah masuk..etot diam saja..bila kami panggil nama etot, etot hanya mampu buka mata..sedih sgt umi rasa..teringin umi nak riba etot tp abah mcm tk benarkan..maybe juga kalau umi angkat etot, etot akan lebih sakit ke apa ke..so kami hanya boleh belai2 etot..masa tu umi tgk ada byk kucing lain yg nampaknya lebih teruk dr etot..so umi pikir mesti ada parent lain yg lebih sedih dr umi kan..hmmm..


masa melawat hanya sejam tp cukup la rasanya waktu tu utk umi etot..umi percaya diorg semua jaga etot dgn baik..namum masa nk balik tu berat hati betul nk tinggalkan etot..entah la kenapa..risau umi tk sempat nk jumpa etot lg..tp doktor dah ckp isnin etot boleh balik so hepi la sket..

Pagi isnin abah dpt panggilan telefon dr doktor..katanya badan etot bengkak so tk boleh discharge etot lg..paling awal pun selasa..perasaan umi masa tu tk tau nk ckp macam mana..umi kt office ni dah tk lalu nk makan..hilang selera sbb risaukan etot..so tk per la abah ckp balik dgn doktor apa pun terjadi hari selasa kami nk bwk etot balik..harapan utk etot sembuh pun amat tipis so biarlah kami ada masa utk bersama etot di akhir2 umurnya..doktor pun setuju utk discharge etot hari selasa..umi dah awal2 lg minta cuti sebab nk temankan abah ambik etot..mlm tu umi rasa excited pun ada risau pun ada dan umi terus berdoa agar sempat jumpa etot esok..mlm tu umi mimpi pasal etot..hmm..

selasa 25 sept, awal2 pg umi dah bangun..rasa nk cepat2 je pergi..tgh umi bersiap2 tu, abah terima panggilan dr UVH..berdebar2 dada umi sebab terasa ada berita tk baik jer..tekaan umi tepat..doktor ckp etot dah tk der..meraung umi masa tu..abah terus peluk umi..terkilannya umi tk sempat jumpa etot utk kali terakhir..sepanjang perjalanan kesana airmata umi tk berhenti2 mengalir..terasa betul kehilangan..berat dada umi terasa macam ada batu tersangkut kt sana..tk lepas keluar..

Sampai sana abah terus masuk kedlm..diorg dah siap uruskan etot..dah bungkus etot dgn elok dan simpan dlm peti sejuk..teringin umi nk buka bungkusan tu tp end up tk jadi pulak..rasanya biarlah begitu..sayangnya etot pada umi & abah sebab umi tau etot pergi dulu sebab tk nak umi & abah lebih sedih..3 thn 2 bulan saja kami bersama etot namun masa tu terlalu berharga..etot paling setia dan paling baik antara anak bulus umi yg lain..Umi terpaksa redha dgn kejadian ini..walaupun sesungguhnya umi mengharapkan kepulangan etot tp umi lepaskan etot pergi sebab umi tk nak sayang umi ni terus menderita..Umi percaya etot akan lebih bahagia disana..kwn umi ckp you'll go to pet heaven..yes..u deserve there coz u were such a great boy..
Jasad etot abah kebumikan di depan rumah..senanglah kami utk tgk etot tiap2 masa..walaupun dekat tp kekosongan dlm hati umi ni masih terasa..setiap kali namamu umi sebut tergenang airmata umi..Kini, hanya gambar2 dan video etot yg menjadi kenangan abadi utk umi dan abah..kami amat menyayangimu..terasa begitu byk yg umi nk tuliskan disini tp kesedihan ini menghalang umi utk terus bercerita..biarlah pengalaman bersama etot umi abadikan sendiri dlm hati umi...selamat tinggal sayang..bersemadilah dgn aman..umi & abah akan sentiasa menyayangimu dan merinduimu...


Sebenarnya entry ni dah 3 minggu umi taip tp rasanya baru hari ni la ada kekuatan utk publish kisah etot ni..umi rindu sgt pada etot..hari ni pun genap 3 minggu etot pergi..cuma skrg umi dah dpt adik2 baru sebagai pengganti etot..bukan umi dah lupakan etot cuma kesunyian tanpa kehadiran etot membuatkan umi lebih bersedia utk menjaga anak2 baru..selamat tinggal sayang..