My Scrapbook: Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu
SweetMuslimah.com

Thursday, February 7, 2013

Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Sabda Rasulullah SAW bermksud : “…Tiada suatu kaum dari umatku yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah ALLAH (masjid) membaca kitab ALLAH (Al-Quran) dan saling mempelajari isi Al-Quran antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, Malaikat akan merendahkan sayapnya dan ALLAH menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisi-Nya…” (Riwayat Muslim)

ULASAN HADIS :

1. Daripada hadis ini dapat diambil beberapa pengajaran:

o Seseorang yang menghadiri majlis ilmu akan mendapat ketenangan

o Mereka akan memperolehi rahmat

o Malaikat akan merendahkan sayapnya

o Nama mereka akan disebut-sebut oleh ALLAH

2. SubhanalLah, kalaulah manusia dapat melihat kesemua nikmat di atas, pasti mereka akan bersesak-sesak untuk menghadiri majlis ilmu.

3. Ketenangan memang tidak dapat kita ungkapkan dengan perkataan. Ketenangan hanya boleh dirasai. Seperti manisnya gula, manisnya dapat dirasai, namun untuk menceritakan bagaimana manisnya gula itu, tidak sesiapapun mampu mengungkapkannya. Pepatah Arab ada menyebut: “orang yang tidak merasa, dia tidak akan tahu”.

4. Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita, tetapi kerana Rahmat-Nya. Dan rahmat-Nya yang kita rasai selama ini, adalah 1% daripada 100% nikmat yang sebenar. Alangkah hebatnya rahmat ALLAH SWT. Walaupun hanya 1% yg kita rasai, tetapi ia mampu membawa kedamaian dan kebahagiaan makhluk-Nya.

5. Alangkah bertuahnya mereka yg sering menghadiri majlis ilmu kerana mereka telah dinaungi oleh sayap-sayap Malaikat as. Alangkah bertuahnya orang yg menghadiri majlis ilmu, kerana nama mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH SWT.Kalaulah kita mendapat hanya satu daripada empat nikmat di atas, kita sebenarnya adalah manusia yang terpilih

0 comments:

Post a Comment