Disebut juga di dalam hadith sahih yang lain riwayat Imam Muslim:
Dari Abi Qatadah r.a: Ditanyakan kepada Rasulullah mengenai puasa pada hari Arafah (sembilan Zulhijjah).
Berkata Rasulullah: Akan diampunkan dosa (kecil) pada tahun yang lepas dan pada tahun yang akan datang.
Arafah adalah hari yang besar bagi umat islam di mana pada hari ini para ‘hujjaj’ akan wukuf di Arafah. ‘Haji itu adalah Arafah’. Adalah sunat yang amat-amat dituntut atas orang yang tidak mengerjakan haji untuk berpuasa.
Antara amalan-amalan lain yang perlu diperbanyakkan ialah tahmid (menyebut Alhamdulillah) dan tahlil (la ilaha ilallah). Disunatkan juga untuk beristighfar meminta keampunan dan berdoa dijauhkan dari api neraka. Amalan bersedekah yang secara lazimnya dilakukan pada hari-hari lain perlulah diteruskan malah digandakan pada hari tersebut.
Kita hanya sekadar berusaha, Dia jua yang membalasnya. Sememangnya adalah harus bagi Tuhan semesta alam untuk memberi apa jua pembalasan sekalipun, atas segala amal buat yang dikerjakan, dan kita punya keyakinan bahawa Dia pasti akan menunaikan janji-janjiNya. Moga dengan keiklasan kita beramal, Tuhan akan maqbulkan.

0 comments:
Post a Comment