My Scrapbook: October 2011
SweetMuslimah.com

Thursday, October 27, 2011

5 Permata terbaik dalam kehidupan

 
Umar R.A. berkata :

1- Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.

2- Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara warak.

3- Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat Qanaah

( bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan) .

4- Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.

5- Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada sabar.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam

Tuesday, October 25, 2011

Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:

 
1- Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.

2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.

3- Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.

4- Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.

5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT “.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan

5 Perkara Allah SWT menghalang keberkatan hidup kita

1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.

2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.

3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT mengurangkan keberkatan tanahnya.

4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.

5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.

Kitab Tanbihul Ghafilin,

5 Keindahan bersama Allah SWT

Yahya bin Muaz berkata dalam munajatnya kepada Allah SWT :

1- Wahai Tuhanku, tiada keindahan malam kecuali dengan bermunajat kepada Mu.

2- Tiada keindahan siang hari kecuali dengan taat kepada Mu.

3- Tiada keindahan dunia ini kecuali dengan zikir kepada Mu.

4- Tiada keindahan Akhirat kecuali dengan keampunan Mu.

5- Tiada keindahan Syurga kecuali dengan melihat Mu.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam

3 Hutang yang mendapat jaminan dan pujian Allah SWT

 
1- Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus dalam kancah maksiat.

2- Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di Jalan Allah SWT.

3- Berhutang untuk mendapatkan kain kafan bagi menyempurnakan jenazah yang mati.

Kitab Tanbihul Ghafilin .

6 Golongan manusia terkutuk di sisi Allah SWT


Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada 6 golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT pun mengutuk mereka. Setiap nabi yang doanya dimakbulkan mengutuk mereka. Mereka adalah :

1- Orang yang menambah-nambah ayat dalam kitab Allah SWT.

2- Orang yang mendustakan ketentuan Allah SWT.

3- Pemerintah yang kejam sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.

4- Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

5- Orang yang menghalalkan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah SWT terhadap ahli bait ( keluarga Junjungan Rasulullah SAW ).

6- Orang yang meninggalkan Sunnahku.

Maka pada hari kiamat nanti Allah SWT tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat – Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam

                                           
 
 

Monday, October 24, 2011

Wasilah Cinta Weera

Author: ROSE Harissa

Publisher: PTS Litera Utama Sdn. Bhd

Sipnosis :
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.

Contengan Jalanan

 
Author: HLOVATE Hlovate
Publisher: Jemari Seni

Rooftop Rant

 
Author: HLOVATE Hlovate
Publisher: Jemari Seni

Lontarkan ...kalau tidak ia meracun kongsikan ...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada Kadang-kadang... bilamana

Friday, October 21, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Author: HABIBURRAHMAN El Shirazy

Publisher: Ar-Risalah Product SDN BHD

Sipnosis
Siang itu, Pondok Al-Furqan yang terletak di daerah pagu,Kediri,Jawa Tengah dikejutkan oleh satu peristiwa. Pengurus bahagian keamanan mengheret seorang santri yang telah disyaki mencuri. Beberapa orang santri langsung membelasah santri berambut gondrong itu. Santri itu berteriak kesakitan dan memohon supaya tidak dibelasah.

Ampun, tolong jangan pukul saya. Saya tidak mencuri! Santri yang wajahnya sudah berdarah itu disertai raut wajah meminta belas kasihan.

Cepat mengaku. Kalau tidak pasti kupecahkan kepalamu! Teriak seorang santri yang bersongkok hitam dengan wajah amat geram.

Sungguh, bukan saya yang mencuri, Si Rambut Gondrong itu tetap tidak mahu mengaku perbuatan mencuri.

Dengan serta merta, dua tumbukan melayang ke wajahnya. Rasakan ini pencuri! Teriak kepala Bahagian Keamanan yang turut melayangkan pukulan. Si Rambut Gondrong mengeluh lalu pengsan.

Menjelang Asar, si Rambut Gondrong itu sedarkan diri. Dia ditahan dalam satu gudang pondok yang dijaga beberapa orang santri. Kedua tangan dan kakinya diikat. Air matanya berlinangan. Dia meratapi nasibnya. Seluruh tubuhnya terasa kesakitan. Dia merasa kematian sudah di depan mata.

Di luar gudang para santri ramai berkerumun. mereka berteriak dalam marah dan geram.

Pencuri jangan diberi kata maaf!

Belasah saja pencuri gondrong itu sampai mati!

Pencuri tidak sepatutnya mengaku sebagai santri. Ini kurang ajar. Tidak ada kata maaf!

Dia menangis mendengar semua itu. Sepuluh minit kemudian pintu gudang terbuka. Dia amat ketakutan. Tanpa dia sedari, dia terkencing dalam seluarnya kerana takut yang teramat sangat. Para Santri yang didera marah meluap hendak mencerobos masuk ke dalam gudang. Tapi kepala kampung di kawasan pondok melarang mereka dengan sedaya upaya. Pimpinan pondok kemudian masuk dengan wajah yang gementar menyaksikan kejadian itu.

aA + bB



Pengarang : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM 20.00
ISBN : 978-983-43217-9-6

Sinopsis
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

5 Tahun 5 Bulan

 
Penerbit : Jemari Seni Publishing (www.jemariseni.com)
Bil m/s: 509
ISBN : 978-963-43217-2-7

Sinopsis belakang buku:

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.

Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.

Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?

Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?

Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.








Malang Tak Berbau

19 Oct 2011, malam around 10pm kemalangan berlaku. Waduh! jalan licin akibat lepas hujan, kereta terbabas ke tepi dan melanggar besi pengadang..memang tk bolah nak kawal dah..biarkan je la sebab kalau ditekan brek lg la memusing2 pulak..entah lg teruk jadinya..nasib baik la jugak ada besi tu if not masuk sungai la jwpnya..anyway, no injury, alhamdullilah. Kereta mmg remuk tepi kiri, depan dan belakang..hmm masuk workshop la..kurang2 sebulan baru siap..hai..patah kaki la makcik..nak ke mana2 pun kena la pinjam kereta mak mertua..apapun janji nyawa tk melayang..Allah masih panjangkan umur kami kerana kasih sayangNya. Amin..
Anyway, sebagai peringatan utk semua, hati2 la semasa memandu..walaupun kita biasa gunakan jalan tu tapi mesti waspada jugak..kita tk boleh jangka apa yang bakal berlaku suatu hari kan..

Thursday, October 13, 2011

5 Anugerah agong Allah SWT pada mereka yang solat berjemaah

 
1- Terhindar daripada kesempitan hidup.

2- Terhindar daripada seksaan kubur.

3- Menerima suratan amalan di Akhirat dengan tangan kanan.

4- Melalui Siratul Mustaqim selaju kelajuan kilat.

5- Masuk Syurga Allah SWT tanpa dihisab.

Kitan Tanbihul Ghafilin,

Tuesday, October 11, 2011

Rumahku Syurgaku

Perasaan excited, happy, terharu etc ni dah agak lama berada dalam hati ni cuma hari ni baru nak diluahkan sepenuhnya sebab InsyaAllah hujung minggu ni akan mula berpindah ke rumah baru..walaupun agak lewat untuk memiliki rumah sendiri namun aku bersyukur atas rezeki Allah bagi untuk mendapatkannya..rumah tk la besar tapi cukup la utk hidup berdua dgn suami..anak2 yg ada pun dah besar panjang dan dah pun hidup sendiri cuma mungkin sekali-sekala anak2 buah akan bermalam kt rumah..hari tu dah siap pesan cuti sekolah ni nk duduk rumah makngah..pastu makngah mesti buat penkek yg mcm dulu tu tau..hehe..mcm2 perangai budak2 ni kan..anyway, bila dah rumah sendiri ni boleh la ajak tetamu dtg bertandang.. :)

Dari mula dapat kunci hari tu mmg padat ja masa coz lepas balik kerja nak singgah beli brg rumah la, tgk2 budak2 indon tu buat kerja la..(ada ubahsuai sket..syukur Alhamdullillah coz bonus thn lepas dpt la lebih sket so boleh la nak renovate rumah tu..) hari minggu pun dari pagi sampai malam ada ja kerja..kt rumah skrg mmg tk masak la dah..brg2 dapur pun dah kering dan tambah pulak gas pun habis minggu lepas, definately mkn luar aja..

nasib la kt rumah skrg ni tk byk sgt brg lg pun rumah baru tk jauh sgt..rasanya kalau drive tu tk sampai 5 minit..hehe..boleh ulang-alik je nanti cuma brg yg besar2 tu kena jugak la naik lori..bila pikir pasal ni..sekarang jugak rasa nak balik rumah..nak kerja pun dah hilang mood ni..hehe..tapi bila pikir kan..perit jugak la coz byk belanja utk beli brg la, wiring la, dapur la etc tp kita pun bukan nak beli rumah selalu..rasanya ni la satu2nya rumah aku pun so baik le buat elok2 dulu sebelum masuk kan..dah settle semua, lepas ni baru pikir pasal hutang lak...start ikat perut la bulan depan jawapnyer.. hahha..

gambar2 transformasi rumah tu nanti la diuploadkan..itupun bila berkesempatan la rasanya..apapun, so far mmg puashati la dgn harga dan kerja yg kontraktor buat, budak2 indon tu pun bagus, kerja yg tk disuruh buat pun dibuatnya..syukur sgt2 sebab semuanya lancar..semoga dgn adanya rumah yg lebih selesa ni akan lebih byk ibadat yg boleh dilakukan..surau pun dekat, jalan kaki pun tk sampai 10 minit..so inilah syurgaku utk baki2 usia yg masih ada..Kau panjangkanlah hayat kami ya Allah..

KAKIMOTONG DOT COM: Blog KAKIMOTONG Dan Hero Di Majalah Mastika

Selama ni mmg dok follow blog PH & Iyo ni..hopefully i can be like PH jugak one day..plan nak jumpa Iyo dah 2-3 kali tp masih belum berkesempatan..insyaAllah one day..apapun..saja nak berkongsi news ni utk semua..i will get the mastika soon..


KAKIMOTONG DOT COM: Blog KAKIMOTONG Dan Hero Di Majalah Mastika: Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada insan yang sudi melihat perjuangan PH selama ini....Tanggal 10 Oktober 2011, Kakim...


Wednesday, October 5, 2011

7 Amalan memberi cahaya di dalam kubur

1- Ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.

2- Berbakti kepada kedua orang tua.

3- Berhubung Silatul Rahim.

4- Tidak mensia-siakan umur untuk melakukan maksiat terhadap Allah SWT.

5- Tidak menuruti kehendak hawa nafsu.

6- Bersungguh-sungguh dalam taat kepada Allah SWT.

7- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6- Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.

Kitab Tanbihul Ghafilin,

JIN ‘ASYIQ

Jin Asyiq adalah gelaran bagi jin yang jatuh cinta atau suka kepada manusia sama ada jin jantan suka pada manusia perempuan atau jin betina jatuh cinta pada manusia lelaki..ataupun suka kepada kaum sejenis (homoseks@lesbian). Jin asyik akan menjadikan manusia yang dia cintai itu sebagai kekasihnya atau teman hidupnya dalam keadaan manusia tersebut tidak mengetahuinya.

PUNCA BERLAKUNYA JIN ASYIQ
Terdapat banyak faktor timbulnya jin asyik pada diri seseorang. Antaranya:
1. Selalu suka bersendirian tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah
2. Wajah atau perawakan manusia yang cantik atau tampan yang mempesonakan sesiapa saja yang melihatnya.
3. Terpesona dengan budi bahasa dan akhlak seseorang.
4. Tidak menjaga aurat walaupun bersendirian.
5. Terlalu lama di dalam bilik air/ tandas.

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI JIN ASYIQ
1. Selalu merasa tidak puas hati pada pasangan
2. Kurang terangsang apabila melakukan persetubuhan dengan pasangan.
3. Terbayang wanita @ lelaki lain apabila bersama pasangan.
4. Terasa sakit pada kemaluan secara tiba-tiba.
5. Sentiasa bergaduh dengan pasangan.
6. Selalu bermimpi gadis @ lelaki yang tidak dikenali.
7. Terasa seperti disentuh atau dibelai.
8. Tidak suka kepada lelaki / wanita baik yang ingin berkenalan dengannya.
9. Menjauhkan diri dari aktiviti keagamaan.

CARA MENGHINDARI JIN ‘ASYIK
1. Rajin menuntut ilmu khususnya yang berkaitan dengan jin supaya dapat mengetahui dengan lebih awal tanda2 gangguan jin.
2. Selalu membaca al-Quran dan rajin berzikir
3. Mengamalkan zikir pagi dan petang.
4. Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang menjadi faktor timbulnya jin Asyik.
5. Menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

6 Langkah orang mukmin dalam menghadapi Akhirat

1- Ilmu yang membawa ke Akhirat.

2- Kawan yang membantu melakukan taat kepada Allah SWT dan mencegah daripada melakukan maksiat.

3- Mengenal musuh dan berhati-hati daripadanya.

4- Memerhati ayat Allah SWT dan perubahan siang dengan malam.

5- Baik kepada semua orang supaya tidak ada musuhnya pada hari kiamat.

6- Siap menghadapi mati sebelum tibanya, supaya tidak kecewa pada hari kiamat.