My Scrapbook: March 2013
SweetMuslimah.com

Wednesday, March 13, 2013

10 Tanda-tanda telah mendapat Hidayah Allah SWT

Menurut para Ulama, terdapat 10 tanda-tanda orang yang telah menerima Hidayah Allah, iaitu:
1. Membenci perbuatan maksiat,
2. Membenci bercakap kosong,
3. Tidak meninggal solat fardu,
4. Sentiasa membaca Al-Quran,
5. Rajin bersolat Tahajjud,
6. Banyak berzikir,
7. Banyak berdoa,
8. Bersangka baik terhadap Allah S.W.T,
9. Perubahan akhlak menjadi baik,
10.Tiada mengeluh ketika bermasalah

Tuesday, March 12, 2013

Hiroki is finally home

Last saturday 9 mac, umi sebok tolong2 masak kt rumah mak mertua sebab ada kenduri sket..bila dah tgahri tu umi decide nak balik rumah la sebab kerja dah siap & dah ada org lain pulak yg boleh tolong..so bila masuk kereta tgk2 ada miss call kt hp umi..nombor siapa ni tk kenal pun..tk pe lah call je la balik..
 
umi : ni siapa ye..ada miss call kt hp saya la
dia : ni puan azlina ke? dulu ada kucing hilang kan?
umi : ye saya, ye betul...
dia : saya kt desa ros ni..ada nampak sekor ni rasanya mcm kucing puan tu..
umi : ye ke..ok sekejap lg saya datang, dlm 5-10 min saya sampai
 
umi cepat2 panggil abah.."yang, ada org call, dia ckp ada kucing mcm Oki kita la..jom2 cepat kita tgk"
Dlm masa tu, berdebar2 umi rasa..hepi, sedih, sayu semua bercampur..hepi kalau betul itu Oki, sedih kalau bukan..musnah la harapan umi..rasa tk sabar sgt nk tgk dia..
Dah 6 bulan Oki hilang..tak pernah umi lupa pasal dia..selalu terpikir, hidup ke mati ke dia..dah la masa hilang tu dia kecik lg..entah boleh survive ke tak..
 
umi : Assalamualaikum...
anak dia : mak..org tu dah sampai la..
dia : waalaikumussalam..masuk la...ni ha dia..(setelah disuruh anaknya ambik dr belakang rumah)
umi : (dpt la dukung kucing tu..) ye la betul la ni kucing saya tu..(dgn suara kegirangan..) Yang..betul Oki la..(tp too bad coz Oki lompat & lari ke belakang rumah balik..)
suami dia : tk pe la nanti malam mesti dia dtg balik tu..dlm sebulan ni mmg dia asyik dtg mintak makan jer..tertonggok kt tingkap dapur tu..hehe..nanti kami tangkap dia masuk dlm carrier..pastu kami call kak balik ye..
umi : ok..ok..tp camna boleh call ye..?? ada simpan lg ke flyers dulu tu?
dia : anak la yg simpan..tu la bila tgk kucing ni teringat flyer tu..
 
itu dah diringkaskan perbualannya..kalau tk kang bosan pulak org nk baca yerkk..hehe

Dlm diam umi bersyukur sgt sebab masih ada insan2 yg berhati mulia macam ni..tak tercakap betapa gembira umi hari ni...sesungguhnya Allah maha adil..bulan lepas umi hilang 4 ekor, 3 m.i.a & sekor mati kena langgar..sunyi sepi lak rasanya bila dari 6 ekor tinggal 2 ekor jer..
 
Malam tu umi sekali lg ke rumah mereka..Oki akhirnya berada dlm carrier umi..dalam kereta Oki diam jer..risau jugak takut2 kalau dia lari masa sampai rumah nanti..
Sampai rumah umi masukkan Oki dlm sangkar dulu..umi letak sangkar tmpt yg sama masa pertama kali umi bawak balik Oki kerumah dulu..dia mcm nampak keliru..antara ingat dan lupa tentang rumah ni..tp Oki tk pulak nak lari ke..takut ke..so bila umi panggil dia dgn rela je datang..so umi pun lepas kan dia dr sangkar..tk kemana pun dia..cuma masuk bilik, duduk bawah katil..favourite spot dia masa kecik2 dulu..
 
Alhamdullillah..hari ni dah 3 hari Oki kt rumah tu..dah bebas keluar masuk rumah pun..umi percaya dia takan pergi jauh sebab dia ni takut orang sebenarnya..bila dia lepak2 kt pagar tu..tetiba motor lalu..pecut masuk rumah terus..hehehe..
 
Syukur padaNya atas kepulangan ini.. 

TANDA-TANDA ALLAH MENCINTA KITA

1.Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah, Ketahuilah Allah mencintai kamu.

2.Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permaslahan

Ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihan mu di dalam doa.

3.Jika Allah hanya memberi sedikit padamu.. ketahuilah Allah akan memberi kamu lebih banyak di Akhirat kelak.

4.Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya ketahuilah Allah mencintaimu,

sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.

5.Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu adalah diantara orang yang telah berjaya.

6.Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendakki kamu Ikhlas hanya padaNya.

7.Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.

8.Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu..

9.Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendakki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.

10.Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.

11.Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikkan.

12.Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.

13.Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu Sesungguhnya Allah mencintaimu,,, Kenapa kamu tidak mencintai Allah???

Allah telah banyak memberi kepada mu.. kenapa kamu tidak mencintai Allah ???
Allah mencintai Hambanya dan tidak pernah lupa pada hambaNya… Maha Suci Engkau Ya Allah….
Janganlah kamu buta dan Kecapilah nikmat kasih sayang Allah dalam hatimu.

” Bahkan Allah akan menunaikan segala janjinya dan bertaqwalah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa kepadaNya”.

5 PERKARA MEMBERI KETENANGAN

Apabila kamu gelisah dan tidak tenang pandanglah 5 Perkara:

1-Pandanglah Kaabah yang mulia.

2-Pandanglah Al-Quran yang suci.

3-Pandanglah Wajah kedua ibu bapa yang mulia

4-Pandanglah pemandangan bukit bukau.

5-Pandanglah lautan yang masin.