Solat dengan melatakkan sutrah dihadapan ialah sunnah Rasulullah s.a.w. Sutrah bermaksud penghadang.
Pesan Baginda : “Apabila ada antara kamu hendak solat, maka solatlah dengan menghadap sutrah dan berada dekat dengannya.” (Riwayat Abu Dawud)
Menjadi kelaziman Rasulullah solat dengan meletakkan sutrah dihadapan Baginda, baik semasa bermukim mahupun musafir.
Ibn Umar menceritakan: “Apabila Rasulullah keluar pada hari raya, baginga mengarahkan supaya dibawakan sebatang tombak. Kemudian Baginda mencacaknya dihadapan baginda dan solat menghadapnya, dan orang ramai dibelakangnya. Begitulah yang Baginda biasa lakukan semasa bermusafir.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahabat yg dikasihi
Sayang sekali kalau kita tidak menambah kesempurnaan solat dengan melaksanakan sunnah Nabi yang satu ini.
Note : Dalam solat berjemaah, memadai hanya imam yang bersutrah
Jika anda belum pernah, cubalah..
Mudah sahaja, berdasarkan panduan ringkas berikut
1. Diletakkan dihadapan
2. Mempunyai ketinggian jelas (ada ulama menetapkan had minimumnya setinggi pelana unta)
3. Berada dekat dengannya, dengan anggaran jaraknya dari tempat asal sujud sekadar laluan seekor anak kambing
Seorang sahabat menceritakan: “ jarak antara tempat sujud Rasulullah dengan sutrah adalah sekira-kira mencukupi untuk lalaun seekor anak kambing” (Riwayat Bukhari)
Sabda Baginda : “ hendaklah kamu bersutrah sekalipun dengan anak panah” (Riwayat al-Hakim)
Jangan lupa mengamalkan sunnah bersutrah selepas ini.
Bagi wanita.. letakkanlah beg telekung tu kat depan sebagai sutrah