My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Wednesday, October 13, 2010

4 Asas Kesempurnaan Akal

1. Sempurna akal dengan ilmu.

2. Sempurna akal dengan wara’ yakni tidak peduli dengan pujukan kamanisan dunia.

3. Sempurna akal dengan keberanian atau jihad.

4. Sempurna akal dengan adil dan insaf.

Kitab Tasauf Moden-Prof.Dr.Hamka

4 Perkara mengeraskan hati

Sebab kerasnya hatinya kerana empat sebab iaitu:
• Perut yang sentiasa kenyang
• Kawan yang busuk atau berkawan dengan mereka yang berakhlak buruk.
• Lupa terhadap dosa-dosa yang lalu.
• Panjang angan-angan.

 Kitab Tanbihul Ghafilin

Amalan Mengelakkan Santau

Kaedah perubatan Islam oleh Dato' Hj Ismail Kamus







Sebelum berangkat ke tempat makan, baca la ayat Al-Quraisy ini sekali.
Setelah sampai, bacalah ayat ini sekali lagi.
Setelah dibaca ayat ini, perhatikan bayangan wajah kita didalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita bolehlah dimimum, tetapi jika tiada, sebaiknya janganlah diminum.
Sebelum makan, pusingkan sedikit pinggan dan baca ayat ini, sekiranya terdapat santau, dengan izin Allah pinggan itu akan pecah.

Batasan Dalam Bergurau Senda

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Riwayat Abu Daud

Huraian:

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w.
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Wednesday, September 29, 2010

Long Silent

Lama betul rasanya tk mengemaskinikan blog ni..sebelum ni bulan Ramadhan tak ada masa pun nak mengadap komputer..lepas tu raya pulak and now sepanjang Syawal ni banyak la pulak rumah terbuka disana sini..Tahun ni rajin betul nak kesana kemari..walaupun hubby tk ikut, kita masih semangat nak jumpa kengkawan..(sebenarnya lagi senang kalau dia tk ikut..hehehe)..bukan apa mana tahu tahun2 mendatang tk dapat dah pelunag macam ni..betul tak?
so, oklah, maybe bila semua ni dah habis, kita akan cuba untuk update blog ni selalu..