My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Thursday, January 5, 2012

Tahun Masihi

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

*Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah”

Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”.

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al ‘Asr: 1-3). Jelas pada kita bahawa semuanya memerlukan pengisian yang berkualiti (amal soleh) dalam meniti waktu hayat kita. Tuntutan untuk menjaga masa dan bermuhasabah malah amat jelas dalam surah ringkas ini.

Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Dalam menyambutnya juga, janganlah sama sekali kita menganggap sambutan tahun baru ini atas dasar keagamaan dan i'tikad bahawa sambutan tahun baru ini ada dalam Islam. Tidak sama sekali, bahkan ianya merupakan upacara sambutan keagamaan orang Kristian.

Umat Islam DILARANG keras untuk turut menyambut atau menyerupai sambutan dan kepercayaan orang kafir

4 Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi

 
1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita.

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. ( Jika ada ).

Kitab Tanbihul Ghafilin.

4 Perkara mengundang kekecewaan dalam kehidupan

1- Jika seseorang kencing sambil berdiri.

2- Seseorang yang tergesa-gesa mengusap dahinya sebelum selesai solat.

3- Seseorang yang mendengar azan lalu tidak mengikuti suara muazzin.

4- Seseorang mendengar nama Rasulullah SAW disebut lalu dia tidak membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.

Kitab Tanbihul Ghafilin .

Tuesday, January 3, 2012

Tiga Kali Seminggu

 
Author: FAISAL Tehrani
Publisher: Ameen

Memperihalkan seorang ustaz kacak lagi petah yang mengajar kuliah tafsir, tajwid dan fiqah sebanyak tiga kali seminggu di sebuah kampung. Ramai yang tertarik dan terpesona. Ramai yang khusyuk sungguh-sungguh, ramai juga yang berpura-pura khusyuk, tidak kurang yang menggeliang-geliut tergedik-gedik cuba menarik perhatian.

'Ustaz, haramkah kalau saya memeluk-meluk bantal dan mengandaikan ia suami saya?'
Ustaz Agil semacam gamam sekejap. Serasa dada berdebur akan pecah. Belum pernah dia ditimpa soalan fiqah seperti ini.





Pelangi

 
Author: HLOVATE Hlovate, NOOR Suraya, SYUD Syud
Publisher: Jemari Seni

Ceritera I

PELANGI – SYUD
Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman.
Iman tak cantik macam pelangi...
Tapi,Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?

Ceritera II
KED'S STORY – HLOVATE
Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...masuk akal ke?

Ceritera III
RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA
Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?
"... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia." Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum. "Semua orang bilang mas sangat pendiam."
"... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka."
Gadis yang aku suka?
Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu 'berlari' jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?