My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Sunday, May 13, 2012

Amni Blues : Oh Kerja

Author: ROSE Harissa
Publisher: PTS Litera Utama Sdn. Bhd
        

Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja akibat rasa sengsara.
Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan lagi kesengsaraan Amni dengan:
  • Mr.Phus- Bos yang suka mengarah-ngarah dan melulu marah serta mata duitan
  • Mun Heng- Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms.Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine, kerani akaun baru yang pentingkan diri sendiri.
  • Adam (merangkap anak Tan Sri)- Arkitek muda pemilik Adam. J Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.
Di sela-sela kesibukan merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya, melayani klien yang heboh dan cerewet. Amni sering diminta bos supaya melawat tapak projek, bertemu klien secara langsung!
Semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!
Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaraan dalam pekerjaan yang dialami Amni.
Apa ya?

Suami Yang Kubenci

Author: E-MAN Sufi
Publisher: KaryaSeni
        

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Viva Sakura

Viva Sakura

Publisher: NB Kara

Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya.

Cinta Kau Dan Aku

Author: SITI Rosmizah

Publisher: Karangkraf

“Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampai jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver,” marah Mak Timah. “Kalau saya katakana saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?”soal Farish Hakimi denagn wajah serius. “Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.” Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan denagn suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?







Jet Jonah

Author: IKA Madera
Publisher: Jemari Seni
        
London, 2007
“Tak ada apa apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet
“ke mana?"
“Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara captain planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahului!
Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!
1 Syawal, 1428
Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh jati. Rupanya hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat,dengar tak apa mak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak Dengar. Maaf,izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm…berehatlah. Tak pergi mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”
Sihatlah emak!orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!