My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Thursday, July 5, 2012

21 Adab berbicara-Amalan Mereka Yang Dekat Dengan Allah SWT


1. Orang yang berakal akan mempertimbangkan dengan baik setiap langkah yang akandiambilnya. Tidak ada satu pekerjaan yang dilakukan dengan sia sia atau kerana kebiasaanbelaka. Semua amalnya dilandas dengan niat niat baik, khususnya saat berbicara. Keranadalam ucapan / percakapan tersimpan berbagai rahasia yang menakjubkan dan hikmahmengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka yang mempunyai akal.Keterangan:“Sesiapa yang tidak dapat berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan akan sia siadisebabkan ucapan dan percakapan mengandungi rahasia yang sangat menakjubkan danhikmah yang terkeluar sangat mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka dengansebaik baiknya. Sekiranya sesiapa tidak dapat memperhatikannya bererti dia tidak mempunyaiakal yang boleh menangkap rahasia dan hikmah tersebut”

2. Seorang manusia harusnya berpikir dahulu sebelum berbicara dan meletakkan lidah dibalik(dibelakang) hatinya. Tidak boleh sepatah kata pun diucapkan tanpa dilandaskan ilmupengetahuan dan akal yang sehat tanpa campur tangan oleh hawa dan nafsu.

3. Harus berbicara dengan halus (sedikit) dan tidak banyak meski pun baik, kerana ucapanyang baik akan menjadi buruk bila selalu terlalu banyak cakap.

4. Jangan berbicara dengan tak tentu pasal dan berteriak teriak (suara yang tinggi).

5. Hendaklah mengetahui bila harus berhenti bicara ketika nafsunya masih menyuruhnya danberhenti sebelum orang lain tidak mahu mendengarkan.6. Hendaknya tidak bercerita sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat seperti menceritaperistiwa yang telah terjadi tanpa ada tujuan yang benar.

7. Jauhilah berkumpul bersama sama orang yang lalai atau orang orang yang berakal lemahyang menghabiskan waktunya mencerita kejadian yang sudah berlalu tanpa tujuan yang benar.

8. Hendaklah bercakap bila perlu sahaja. Kerana itulah dikatakan bahwa menolong orang yangbersalah adalah melakukan dua kesalahan.

9. Menceritakan peristiwa yang lalu hanya menyia yiakan umur.

10. Jauhilah diri dari berbicara dan mendengar ucapan ucapan yang dapat membangkitkannafsu dan menjemput timbulnya keburukkan. Kerana nafsu sangat cepat mempelajari dan dapatmerasakan keadaan nafsu orang lain.

11. Berhati hati bila mengucapkan sesuatu yang pada zahirnya baik tapi muncul dari nafsunyayang bergejolak dan buruk maka ucapannya akan menggerakkan dan membangkitkankeburukan nafsu orang lain.

12. Pada masa hendak berbicara perhatikan nafsu kamu dan nafsu orang lain supaya tercapaikebaikan dan ketenangan bukan keburukan.

13. Pengaruh ucapan pada pendengar tergantung pada jiwa pembicara kalau ucapan tersebutmuncul dari jiwa yang kuat maka akan memberikan kesan yang kuat. Dan jika muncul darijiwa yang lemah maka akan memberikan kesan yang lemah.

14. Berbicaralah dengan teman teman kamu dengan lemah lembut dan menyenangkan hatinyadan tidak membuatnya marah.

15. Bergaulah dengan manusia dengan sopan santun.

16. Jauhilah pertentangan dan pertengkaran dengan segenap tenaga baik secara zahir ataubatin. Jika engkau tidak mampu menghindarinya secara batiniah maka hindarilah secarazahiriah.

17. Sayidina Ali kwh berkata: “Biasakanlah diri kamu untuk berniat baik dan bertujuan baikniscaya kamu akan selamat dunia dan akhriat”.

18. Perbaikilah akhlak engkau niscaya engkau akan mendapat petunjuk dalam setiap urusanperbuatan engkau.

19. Ilmu diperoleh dengan belajar sedang hilm (sabar) diperolehi dengan latihan bersabar.

20. Jagalah ucapan engkau daripada mengucapkan kata kata buruk atau menceritakan(menyampaikan) cerita yang buruk kepada seseorang kerana kelak engkau akan terkenakesalahannya dan akan mendapat dosa paling banyak.

21. Bila engkau didalam keadaan marah dan emosi tahanlah diri engkau dari berkata katakerana saat itu nafsu engkau sedang bergolak dan berkobar kobar untuk menarik engkausampai tergelincir dalam kesalahan. Hendaklah engkau bersabar sehingga nafsu engkau

Kenangan..Permainan Dulu-dulu

1. Main baling selipar
Dulu kecik-kecik mainan nie paling famous. Sape baling boleh jatuhkan semua selipar memang dah kira hebat lah tu. Mangsa adalah selipar jepun yang keras. Yang ringan-ringan tak layan sebab kalau baling melayang dah rugi mata nanti.
 2. Main baling Tin
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi.
3. Polis sentry
kalau kami dulu kecik-kecik tak panggil polis sentry tapi kami panggil main “jadi-jadi”. Lucu kan? Sapa yang jadi kena kejar orang cuit lepas tu duduk mencangkung kalau tak nak jadi. main lah kejar-kejar sampai kene cuit orang lain.

4. Main lompat getah
Yang nie pon pemes gak. Paling best kalau satu geng dengan member. Dia teror main getah boleh lepas sampai ke kepala. Sekarang kalau suruh main memang kalah sebab perot dah boroi tak boleh dah nak lompat-lompat kang tersangkut kat perot. HAHA


5. Galah panjang
Yang nie pon best. Kalau main reramai lagi best lah kompom suara kawan-kawan menjerit bagi arahan. Kejap lagi ada yang mengagah-agah lawan sebab nak lepas ke next station. hehe. Kalau salah sorang buat spoil nanti semua geng salahkan dia. Terpaksa bagi chance kat pihak lawan. hehe

6. Main guli
Dulu kat rumah nie rasa dah macam rumah guli. Penuh dengan guli berwarna-warni dan bermacam pasen. Asal ada keluaran baru admin mesti beli. Ada macam-macam saiz plak tu.

7. Main gasing
Yang nie  pernah jugak lah main . Sampai kan dalam rumah pon dok main gasing. Siap tu gasing berpusing atas tapak tangan. hebat betol!


8. Main datuk harimau
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau.

9. Main layang-layang
Tang mainan nie memang ikut musim angin. Biasa port kami kat atas bukit masjid. Sorang sampai ada 2-3 layang-layang. Kang kalau sangkut atau terputus ganti layang-layang baru. Layang-layang masa tu pon tak macam layang-layang zaman sekarang dah macam-macam rupa ada. Dulu balik-balik kartun otromen and dinasor jer yang ada.

10. Batu seremban
Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama.

11. Main ceper
Korang tau kan mainan apa tu? Ke ada yang tak tahu? Biasa budak-budak akan masuk kedai makan lepas tu mintak pungut penutup botol coca-cola. Sebab penutup botol tu nanti di ketuk dan dibuat main ceper.


12. Main nyorok-nyorok
Mainan nie biasa kena had kan besar kawasannya supaya orang yang jadi tu tak susah nak mencari orang yang menyorok. Kelakar betol ingat lagi dulu admin main nyorok-nyorok sampai masuk rumah orang sebab nak menyorok. Tapi kantoi jugak. HAHA

13. Main kereta control / kereta tamiya
Yang nie ada pernah musim. Lama juga kalau datang musim kereta control dan kalau nak tunggu musim nie pon lama. Mainan nie biasa memang perlukan kos yang tinggi sikit sebab kereta control time tu tak semua orang mampu beli. Tapi masa tu mahal-mahal pon dalam rm10 jer.


14. Main teng-teng
Permainan nie jannah rasa paling pemes. Semua orang pernah main kan?? dulu zaman kecik-kecik kalau main mainan nie mesti nak pilih sape paling teror jadi geng. Kan? kan?











Tuesday, July 3, 2012

Gangguan Jin

Gangguan jin menyerang tidak kira masa dan orang. Kita perlu mengetahui sedikit ilmu asas bagaimana untuk berhadapan dengan situasi gangguan jin dan makhluq halus. Ia baik untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan orang yang terdekat dengan kita.

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1. Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2. Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) dan fahami bacaan tersebut.

3. Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas “اعوذ بالله من الشيطان الرجيم” (a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim). Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

4. Membaca beberapa kali surah al-Falaq dan sebaik-baiknya hayati ia.

5. Membaca beberapa kali surah an-Nas dan sebaik-baiknya hayati ia.

6. Membaca beberapa kali ayat al-Kursi (ayat ke-255 dari surah al-Baqarah) dan sebaik-baiknya hayati ia.

7. Bertakbir “الله اكبر” (Allahu Akbar) beberapa kali dan fahami maksudnya.

Itulah antara ikhtiar asas yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila berlaku kecemasan sekiranya ada gangguan jin. Bacalah ayat-ayat di atas berulang-ulang kali dan dengan jelas. Jika kes kerasukan, bacalah dengan jahar (jelas dan bukan perlahan suaranya) agar jin yang nakal itu dengar. Tidak perlu tergopoh-payah ketika membacanya.

Teruskan membacanya walaupun mungkin kalian diejek, diludah, dimarah, dijerit, dikutuk, diganggu, dijeling, dimaki dan ditertawa oleh jelmaan jin atau mangsa rasukan. Sabar, cuba abaikan gangguan itu dan panjatkan pengharapan kepada pertolongan ALLAH. ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu.

In sya’ ALLAH, dengan kehendak ALLAH, gangguan itu akan berhenti dan orang yang dirasuk itu akan sembuh.

8. Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم”
(bismillahilladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil-ardh wa la fissama’, wa hua assami`ul-`alim)

Maksudnya: “Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, tidak ada sesuatu apa pun di darat yang dapat memberikan mudharat, tidak juga di langit. Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, Maka Mengetahui”

9. Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

“اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق”
(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.”

10. Baca surah al-Fatihah dan fahami ia.

11. Baca surah al-Baqarah. Kalau tak sempat baca surah al-Baqarah atau tidak hafal, bolehlah pasang audio surah al-Baqarah.

Ikhtiar-ikhtiar di atas mempunyai fadhilat yang berbeza-beza tapi mempunyai maksud umum yang sama iaitu meminta perlindungan dengan ALLAH dari kejahatan makhluq samada dari kalangan jin atau manusia atau haiwan.

Percayalah sungguh-sungguh bahawa ALLAH sedang mendengar permintaan kita tatkala kita sedang memohon daripadaNYA. Dan yang paling penting, teguhkan hati bahawa hanya ALLAH yang mampu selesaikan masalah itu. ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan DIA lah yang hanya boleh bantu.



Nisfu Syaaban

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

23 Perkara meraih Syurga Allah SWT

1- Menjaga solat Subuh dan Asar.

2- Mendapat haji yang mabrur.

3- Banyak berpuasa sunat.

4- Solat di awal waktu dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

5- Menghafaz 99 nama Allah SWT.

6- Berjihad di jalan Allah SWT.

7- Membuang sampah yang berada ditengah jalan agar tidak mengganggu laluan orang lain.

8- Mereka yang sabar di atas kematian anak yang masih kecil.

9- Membina masjid.

10- Redha dengan kematian suami.

11- Mereka yang memelihara anak yatim.

12- Mereka yang memiliki akhlak yang mulia.

13- Menjaga dan memelihara kemaluan dan lidah.

14- Berlemah-lembut dengan anak-anak perempuan.

15- Membaca ayat Al-Kursi selepasa solat fardhu.

16- Sentiasa dalam keadaan berwuduk dan menunaikan solat sunat wuduk 2 rakaat setiap kali selepas berwuduk.

17- Sentiasa ke masjid pagi dan petang.

18- Menjauhi dosa-dosa besar.

19- Memohon Syurga daripada Allah SWT sebanyak tiga kali dan memohon dilindungi daripada neraka sebanyak tiga kali.

20- Banyak membaca surah Al-Ikhlas.

21- Berdoa selepas berwuduk.

22- Mengakhiri hidupnya dengan puasa.

23- Mengakhiri hidupnya dengan kalimah syahadah