My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Thursday, November 1, 2012

20 Kesan bahaya maksiat di dunia dan Akhirat-Ibn Qaiyum

Ibn Qaiyim telah menjelaskan : Syrik menjerumuskan manusia ke lembah kemaksiatan yang mendatangkan natijah yang buruk di dunia dan Akhirat, antaranya seperti berikut :

1- Tidak mendapat taufik.

2- Rosak pemikiran.

3- Menyembunyikan kebenaran.

4- Hati menjadi rosak binasa.

5- Bersifat pasif.

6- Suka membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.

7- Disisih oleh orang.

8- Satu penghinaan antara hamba dan TuhanNya.

9- Menghalang doanya daripada dimakbulkan.

10- Keras hati.

11- Menghalang keberkatan rezeki dan umur.

12- Menghalang daripada memperolehi ilmu.

13- Diselubungi kehinaan.

14- Dicela oleh musuh.

15- Sempit dada.

16-Mendapat rakan yang tidak baik.

17- Kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan.

18-Kesempitan hidup.

19- Kekusutan jiwa.

20- Dihumban kedalam Neraka dan merasai azab yang tidak terperi serta tiada kesudahan.

Cara minum yang mendapat 50 Pahala setiap kali minum

- Menbaca Bismillah.

2- Minum dengan menggunakan tangan kanan.

3- Minum secara duduk.

4 - Minum dengan kadar 3 tegukan.

5- Mengucap Alhamdulillah setelah selesai minum.

5 Pahala di atas dikali dengan setiap perbuatan kebajikan yang Allah SWT bonuskan 10 pahala, maka berhasil 50 pahala.

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau film.

3. Rakyat menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membedakan perkara halal dan haram karena yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih karena maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai obat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan mendurhaka ibu bapak (ibu bapak menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayani dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, membuka aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku pencurian barang dimasjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dll.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Empat Api Didalam Kubur Akan Dipadamkan Oleh Empat Amalan

Riwayat dalam kitab jauhar Mauhub apabila dihantar mayat ke dalam kubur akan datang kepadanya empat api, maka:

1. Api pertama akan dipadam oleh solatnya.

2. Api kedua akan dipadam oleh puasanya.

3. Api ketiga akan dipadam oleh sedekahnya.

4. Api yang ke empat akan dipadam oleh sabarnya.

Jauhar Mauhub.

Sabar


Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan yang menzalimi orang laian yang pada lahirnya merka mendapat nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

• Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

• Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

• Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

• Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.