My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Friday, October 18, 2013

Gold Coast Morib Resort - part 2

wah..puasnya tido mlm td..pasang aircond lak kuat2..sedap je selimut sampai kepala..so now dah bgn pagi, nk isi perut lagi la jwapnya..jom gi breakfast!!
 






wah meriah tgk semua ni kan..puas hati la jugak bekfas dia..byk jugak pilihan..berbaloi la rasanya..sebenarnya makcik ni beli kupon kt groupon..rm198 je 2D1N pakej termasuk bilik, dinner, 2 tiket themepark & breakfast..ok sgt la kan..

laps breakfast akcik gi jln2 lgi kt pantai..lupa lak bawak topi..hmm..myg menariknya, boleh jln jauh ketengah..air surut..landai lak tu..makcik je tk larat nk jln mcm diorg2 tu..panas!! korg tgk gambo je la..malas makcik nk citer pjg dah..







walaupun pantai ni tk sesuai utk mandi manda tp masih ada keunikannya kan.. well..berakhir la percutian singkat I kt Morib.. Inshaa Allah lain kali kalau dtg lg boleh bwk anak2 buah sekali..
 
next week nk ke langkawi pulak so tunggu entry seterusnya ya..

Gold Coast Morib Resort - part 1

Bismillah..sebenarnya baru je balik dr Morib..saja je pegi jln2 maklumla 1st time menjejakkan kaki ke kawasan Morib tu. Lebih kurang sejam je perjalanan dr Seremban.
 
pergi berdua je pun dgn hubby, maklumlah tk de anak2 kecik..kalau ada tentu diorg suka sebab resort nk pegi ni ada themepark..suka la kalau dpt main air kan..anyway, kami bertolak dr Seremban around 12.45pm tu pun sebab selesaikan dulu urusan boarding anak2 bulus..kesian diorg kena tinggal..hehe.. lebih kurg pukul 2pm baru sampai..tk bole nak laju sgt sbb jln biasa bukan highway, dah tu ada lori la pulak susah nk potong..jln rayanya pun agak beralun-alun.''
 
so lepas check in terus masuk bilik dulu..tgk apa yg patut esp bilik air la kan..Nampak semua ok, ada Jacuzzi lagi..mula la dlm pikiran tk sabar nk loncat masuk dah..sabo..sabo.. :) so lepas freshen up perut pun nak kena isi sket la..maklumla tk lunch pun on the way nk dtg td..so drive la slowly kt area tu..Nampak byk gerai2 tp tk de yg jual kuih2 so bila tgk minyak keta pun dah makin kurg..(lupa nk isi masa kt seremban..) we decided to go Banting straight..10km je pun..so kt sana baru la jumpa org jual kuih2 ni..mkn panas2 sedap la..
 
Balik dr Banting, I rasa nk masuk themepark la..hubby lak katanya nk naik tido..so I go alone la..masuk theme park tu..lupa la pulak nk bwk swimming suit..kalau tk dah tentu I pun terjun masuk..anyway just cari seat and duduk2 tgk anak2 org main air..cuaca panas betul hari ni..mmg sesuai la nak main2 air..


 
 tk lama lepas tu I pun nak bilik dulu..ngantuk la pulak makcik ni..tgk2 jam awal lg..sempat la lelap mata before turun ke pantai pulak.. bilik mmg besar kalau nk bawak gerabak lg pun kira boleh la..nk bentang toto pun masih byk ruang..hehe
 
kring2..alarm bunyi dah..dah dkt kul 7 ptg..I nk turun gi pantai la pulak..rasa cam aman je tgk suasana hampir senja..angina pun nyaman jer..
 


 
dah puas jln2 kt pantai, time utk dinner la pulak..lupa la pulak makcik nk ambik gambar..tp kira byk jugak pilihan makanan nasi & lauk2, pasta, sup (mee, bihun , kuetiau segala), pari bakar, salad dessert kira complete la..makcik pun ambik serba sikit..janji dpt rasa semua..hahaha..melantak ko!!
makan punya makan..perut pun dah rasa sesak dah ni..haha..baru padan muka..(cover sbb tk lunch..konon..)
 
ni ada la sket gambo2 waktu mlm..camera biasa je so kualiti gambo kurg la kan..
 


 
I ni lepak le kejap kt luar ni tp hubby naik bilik dulu..panas katanya..oklah..tp rupanya bila makcik naik kan..jeng..jeng..jeng..jacuzi dah siap sedia..nak berendam rupanya cik abg yer..apa lagi kita pun join sekali la..hahaha..(jgn imagine lebih2 yer..kami suami isteri tk per..couple2 jgn yer..dosa..hehe) kita tunjuk gambo sket..hahaha
 
 

 
Nyenyak makcik tido mlm ni...good nite..
 

Saturday, October 12, 2013

8 Perkara tidak perlu disedihkan

LA TAHZAN INNALLAH MA’ANA….JANGAN BERSEDIH ALLAH BERSAMAMU…
1-Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain
2-Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri
3-Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN
4-Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain
5-Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri
6-Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri
7-Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali
8-Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH, Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar!

26 Ciri hati yang suci

Apabila roh sudah suci dan ringan maka rasa ringanlah hati kita untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu-nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Ketika ini kita akan sentiasa merasa kita adalah hamba Allah, mahu hidup sebagai hamba dan rela menerima apa sahaja qada dan qadar Tuhan tanpa soal jawab atau resah gelisah.
Untuk lebih jelas biar disenaraikan sifat-sifat hati yang dimaksudkan:
  1. Rasa malu pada Allah kerana sentiasa merasa diawasi oleh Allah.
  2. Rasa takut dan hebat pada Allah kerana terasa diri sentiasa berada dalam kuasa Allah yang mana Allah boleh buat apa sahaja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.
  3. Sentiasa rasa berdosa pada Allah (bukan depan manusia kerana ada kesalahan sulit yang tidak dapat dikesan seperti dosa-dosa hati) sebab itu dia selalu menangis seorang diri (bukan depan orang) kerana takut dosanya tidak terampun.
  4. Tidak menangguh-nangguhkan urusan dengan Allah kerana hati sentiasa merasa kedatangan maut itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.
  5. Setiap kali terbuat kesalahan yang kecil pun hatinya rasa takut dan terhina di depan Allah dan terus dengan serta merta meminta ampun dengan Allah SWT.
  6. Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia Allah bukan kuasanya. Jadi dia tidak bangga malah rasa amalannya tidak sempurna bersama rasa harapkan kasihan belas dari Allah agar menerima amalannya.
  7. Kalau Allah menentukan satu hal pada dirinya, hatinya meredhai apa yang terjadi (tanpa kesal dan keluh-kesah) kerana dia sedar kerendahan dirinya yang layak menerima apa sahaja taqdir Allah.
  8. Setiap kali melihat pandangan alam yang indah, hati segera terasa kebesaran Allah.
  9. Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hati segera terasa itu pemberian Allah bukan kemampuan sendiri sebab itu dia rasa takut pada Allah kalau-kalau harta itu disalahgunakan atau kurang disyukuri.
  10. Kalau dia dimiskinkan (atau tidak memperolehi nikmat) hatinya rasa lapang kerana dia merasakan lepas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah dari Allah.
  11. Kalau mendapat bala seperti sakit, hati boleh tenang kerana merasakan bala adalah kifarah (balasan) pada dosanya. Dia rasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.
  12. Bila mendapat pujian, hati rasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan boleh merosakkan rasa kehambaannya.
  13. Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya rasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta sebabnya. Dia rasa kerana dosanyalah dia dihukum begitu (kalau tidak begitu dia tidak akan dapat pahala dari penghinaan itu). Sebab itu dia tidak berniat langsung untuk membalas perbuatan orang itu.
  14. Dia sentiasa berlapang dada berdepan dengan ragam dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.
  15. Dia tidak berbangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan kejian.
  16. Hatinya sentiasa merasakan sebagai hamba yang serba kekurangan dan amat memerlukan Allah SWT dalam semua keadaan.
  17. Kalau dia melihat atau tahu orang membuat maksiat, dia syukur pada Allah kerana dirinya selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia rasa kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Dan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu sebaliknya dia menganggap kesalahan itu adalah kerana tidak tahu, terlupa ataupun tidak sengaja.
  18. Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak turut marah dan tidak lawan bertekak sekalipun dia benar.
  19. Berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan terima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-kanak.
  20. Kalau bermuzakarah dia tidak menunjuk-nunjuk. Kalau dia pandai tidak pula rasa megah.
  21. Kalau orang memuji seorang lain di hadapannya dia tidak sakit hati sebab dia faham kuasa (hak) Allahlah yang melebih dan mengurangkan nikmat pada hamba-hambaNya.
  22. Kalau ada orang lain membuat kerjanya, dia tidak meradang sebab dia rasa dia terbantu.
  23. Kalau dia digemari ramai, dia tidak bangga sebaliknya dia bimbang kalau-kalau itu membuatkan dirinya riak.
  24. Dia tidak makan seorang diri.
  25. Kalau beri bantuan pada seseorang tidak di hadapan orang lain.
  26. Beramal dan beribadah betul-betul kerana Allah (kerana rasa ingin berkhidmat sebagai hamba) bukan Iagi kerana Syurga atau Neraka.

Friday, October 11, 2013

17 Keadaan yang membentuk jiwa anak kita

1-Jika anak di besarkan dengan celaan, ia belajar memaki
2-Jika anak di besarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi
3-Jika anak di besarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah
4-Jika anak di besarkan dengan rasa iba, ia belajar menyesali diri
5-Jika anak di besarkan dengan olok-olok, ia belajar rendah diri
6-Jika anak di besarkan dengan dipermalukan, ia belajar merasa bersalah
7-Jika anak di besarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri
8-Jika anak di besarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
9-Jika anak di besarkan dengan pujian, ia belajar menghargai
10–Jika anak di besarkan dengan penerimaan, ia belajar mencinta
11-Jika anak di besarkan dengan dukungan, ia belajar menenangi diri
12-Jika anak di besarkan dengan pengakuan, ia belajar mengenali tujuan
13-Jika anak di besarkan dengan rasa berbagi, ia belajar kedermawaan
14-Jika anak di besarkan dengan kejujuran dan keterbukaan, ia belajar kebenaran dan keadilan
15-Jika anak di besarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan
16-Jika anak di besarkan dengan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan
17-Jika anak di besarkan dengan ketentraman, ia belajar berdamai dengan pikiran