My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Saturday, November 9, 2013

Wanita dan isteri

BERGELAR seorang wanita tidak lengkap kalau tidak menjadi isteri dan ibu. Tetapi tidak semua orang bertuah bertemu jodoh sebelum ajalnya tiba, ada juga yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Semuanya ada hikmah yang tidak ternilai di sisi-Nya, cuma manusia yang tidak arif meneropong kehidupan bakal tiba. Isteri yang taat kepada Allah akan taat kepada suaminya, selagi suaminya tidak bermaksiat kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki"
(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)
Isteri yang cantik di mata suami sudah tentulah yang berupaya memenuhi keinginan suami dalam pergaulan, pertuturan, makan dan minum, pakaian dan keselesaannya sewaktu berada di rumah. Kediaman kemas dan bersih adalah bonus buat suami yang berharap rumah tangganya menjadi syurga paling indah buat dirinya bersama isteri dan anak.

Begitu juga hidangan enak buat santapan ahli keluarga yang sentiasa ternanti-nanti air tangan si isteri atau ibu tidak terbanding makanan lain. Pakaian yang elok dan sentiasa terjaga rapi sudah tentulah menjadi satu keseronokan yang mungkin tidak dapat diperoleh jika tidak beristeri.

Isteri yang taat juga adalah yang tidak berpuasa sunat jika suami ada di sisinya tanpa izin suaminya dan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke rumahnya tanpa kebenaran suaminya terlebih dulu. Isteri juga tidak berinfak, atau bersedekah dan memberikan harta hasil pencarian suaminya kepada sesiapa tanpa izinnya.

Segala bentuk larangan adalah semata-mata untuk menjaga keharmonian rumah tangga supaya sentiasa sarat dengan kasih sayang dan tidak diganggu oleh anasir yang boleh meruntuhkan kebahagiaan dibina hanya kerana kejahilan isteri terhadap hukum agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak diperbolehkan seorang wanita berpuasa (sunnah) sedangkan suaminya ada di rumah tanpa izinnya. Dan tidak boleh ia memasukkan orang lain ke dalam rumahnya tanpa izin suaminya. Dan tidak pula berinfak daripada harta suaminya tanpa perintah suaminya, jika infak dikeluarkan, maka separuhnya kembali kepada suaminya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Justeru, gambaran seorang isteri yang cantik di mata suami ialah yang hampir sempurna dalam urusan rumah tangga, bukan yang mengkesampingkan tugas seorang isteri sehingga menyerahkan segala-galanya untuk dilakukan pembantu rumah.

Ia bukan saja menyebabkan rasa tidak puas hati suami dan anak, tetapi juga pembantu yang terpaksa menguruskan semuanya sehingga akhirnya tidak dapat berkerja dengan baik. Wanita Islam yang istiqamah, yang tahu bahawa Allah SWT akan memberikan pahala yang besar kerana ketaatan dan baktinya terhadap suami tidak akan melepaskan peluang terbentang di depan mata.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: "Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga."

Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar."

Bagaimanapun, isteri yang benar sudah tentulah boleh menentang suami yang salah dan bermaksiat kepada Allah. Kesabaran dan ketabahan isteri yang sanggup mentaati suami ketika ia benar dan sabar ketika dimarahi suami yang salah kerana tidak mentaati perintahnya akan diberikan pahala oleh Allah.

Isteri yang taat kepada suami adalah wanita yang tidak ingkar terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya. Justeru, menjadi isteri yang cantik di mata suami bukanlah hanya jelita parasnya, tetapi juga memiliki segala keindahan sebagai seorang layak dicintai dengan penuh kasih dan sayang
 

Saturday, November 2, 2013

Langkawi - Day 3 , Last day (24/10/13)

Seperti pagi2 terdahulu, pukul 6 dah bangun, dlm hati dah nekad hari ni mesti turun mandi jugak for the last time. And sambil tu nak jln sepanjang pantai cenang tu dari hujung sini sampai hujung sana.
Bila dah siap tukar baju, kejutkan hubby tp hari ni dia tk nak pulak mandi laut dah..letih katanya..oklah I chow dulu yer yang..
 
sungguh sayu rasanya bila bersantai pada pg terakhir di Langkawi ni..dari semlm dah terasa-rasa nk sambung stay tp kang lari bajet lak..balik rumah nanti dgn boarding anak2 bulus pun dah beratus2..sabo je la makcik..tp tak per..inshaa Allah akan sampai lagi ke permata Kedah ini..
 
so tgk je la yer pemandangan pantai cenang ni..tk de mood nk story pjg2..huhu..
 
tenang je rasa jiwa tgk pemandangan pagi ni..udara pun nyaman

Rebak Island in the distance, that's where i wanna go next time ,view from in front of Meritus Hotel

the other end of pantai cenang

on the way jln2 tu Nampak dead jellyfish..hmm..in season ke ni?? better be careful ya..besar tu



from this point..(ini The Cliff) just a step away from where I stayed..to the other end (gambar atas td)
 
pagi ni ramai lak budak sekolah dok kutip cengkerang..dkt my resort tu pantainya tk byk sgt cengkerang tp walking towards the other end dkt Meritus tu makin byk so kalau tk pakai kasut sakit jugak la tapak kaki..
 
hampai 9 lebih juagk la baru baik ke bilik tu pun sebab ingat nk ajak hubby mkn rupanya dia dah tunggu kt café..kita lak. kena marah sebab tk bwk hp..hehe..sori yang..
 
so lepas bfast, balik bilik pack2 barang la sebab our flight back home pukul 12.15pm. Adoi, malasnya nak balik esp bila ingat cuti dah hamper penghujung & nk kena masuk keja balik..bosan!!
 
lepas check out, masuk semua brg dlm keta bergerak ke airport..masing2 diam je sebab dah tk berapa ada mood nk bersembang..sampai airport terus pulangkan keta and check in. Pusing2 jap sekitar terminal tu tgk kedai2..
 
by the time masuk boarding hall dah around 11.45pm..well..flight lak on time je..so its time to say good bye to Langkawi..we will come back definitely..
 
Touch down je kt Subang, its officially our holiday is over..back home back to routine..
 
so until next holiday la pulak utk entry berkaitan travel & living..stay tune!!
 

Wednesday, October 30, 2013

Larangan Melihat Aurat & Kemaluan Org Lain

Agama Islam telah membuat larangan keras melihat aurat dan kemaluan orang lain. Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud,

“Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh

seorang wanita melihat aurat wanita lainnya”

[Hadits shahih. Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah, dari Abu Sa'id Al-Khudriy radhiyallahu "anhu]

Dan Islam bukan sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang. Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Bukti-bukti saintifik pun sudah dijelaskan seperti di atas.


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”

(Surah Al-Israa’ : Ayat 32)

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.”

(Surah Al-Ma’arij : Ayat 29)



Monday, October 28, 2013

Langkawi - day 2 (23/10/13)

hari kedua di Langkawi..pukul 6 pagi dah bangun..mmg semangat nak turun ke laut tp suasana masih gelap so tunggu la dulu..sempat la lagi nak berlengkar2 atas katil. So around 7 dah mula nampak org mandi2 kita pun cepat2 tukar swimming suit & pantas ke pantai la..hubby pun join sekali..cuaca pun redup aja..hujan pun tidak panas pun tidak..mmg sesuai la nk mandi laut..
 
 
dah mandi manda tu perut pun mula la berbunyi kan, tgk jam dah pukul 9 pun..katanya hari ni nk pi jln2 sekitar pulau..so went for breakfast..menu biasa2 je la..ada nasi goreng, kuetiau goreng, roti bakar, hotdog, scramble egg, cereal, bake bean boleh la makan nk si perut..
 
sambil mkn tu plan la mana nk pergi..yg best tu kami punya plan asyik2 nk check out hotel ni resort tu..shopping tk penting sgt..tp kena la jugak pi ke kuah sebab kwn2 pun ada kirim belikan coklat. I pulak mesti nk pergi tgk glass blowing demo. manala tau ada kristal2 apa yg berkenan nanti..
 
so hubby kata kita keluar pukul 11.30 la..ehh..ada masa lagi ni so pi mandi laut lg sekali..hehe..my cousin pun nak bwk anak dia main air tp rupanya sikecik tu takut pulak..
 
dah puas main air masa utk jln2 pulak..off we go to Tanjung Rhu..I love the resort there esp Four Season..hopefully one day nanti dpt la bermalam kt situ pulak..
 

 
Lepas pusing2 kt sini bergerak pulak ke Komplek Kraft..nk tgk glass blowing demo punya pasal..
Bgn ni belakang Komplek Kraft..
 
 
seronok tgk demo tu coz mcm senang je diorg buat..cantik lak tu bila dah jadi hasilnya..tp lupa lak ambik gambar..excited..hehe
 
dah puas melihat2 hasil kaca bergerak pulak ke pekan Kuah..masa untuk membeli belah brg2 yg org kirim.  have no specific item nk beli tp end up I bought myself a stainless steel steamer..puas hati rasanya sebab dpt yg agak besar and murah. Lepas tu borong2 coklat la..semua ni kt kompleks haji Ismail Group and Idaman Suri ja malas dah pun nk pegi tmpt2 lain..
 
lepas dah shopping tu rasa nk mkn tp kenyang so cari kuih muih jer..panas2 lak tu mcm2 pilihan..borong la semua..lepas tu jumpa lak org jual cendol..beli cendol pulak tapi mkn atas kereta je sambil pusing2 pekan Kuah..sambil2 tu check out few hotel & resort lagi lah..hehe..entah kenapa itu pulak yg jadi tarikan..sebenarnya survey2 tempat utk stay for the next trip..
 


kg tok senik ni unik..rasa cam duduk kt kg betul tp hubby awal2 dah reject sebab dia allergic dgn nyamuk..hehe
 

baru sampai kt resort World ni hari pun mendung pulak..hujan dah mula rintik2..plannya lepas ni nk try laksa pulau or laksa power dkt airport tu..tk merasa la jwpnya..on the way back tu pantai cenang hujan turun lebat so bila sejuk2 ni sedap juga kalau dpt minum kopi kan..then this is where we hang out..
eating my favourite bagel in a rainy day with hot capucino..marvellous!!

bila hujan dah agak reda time pun dh lewat..nk pi mkn laksa lagi ke? my cousing ask..hmm..dah kenyang mkn tk payah la..next time dtg Langkawi baru kita try pulak..

back to room, hubby dah kelam kabut tukar uniform..hujan semula..ingatkan dia nk kemana rupanya hujan2 tu pun nk mandi laut lagi..sabo je lah!!
I pulak decided to rest je..sambil menikmati suasana senja yg mendamaikan..




Indahnya ciptaan Tuhan kan..kalaulah boleh rasa nk tgk je pemandangan mcm ni tiap2 hari...(sebenarnya hati dah mula sedih sebab hari ni malam terakhir kt Langkawi..rasa tk nak balik...huhu..)
 
Disebabkan dah makan dkt The Loaf td so dinner kena lewat sket la..dah decide nk ke restoran Haji Ramli tp bila sampai mcm tk de parking so cari tmpt lain la end up kami singgah ke restoran Haji Jelani..menu masakan Thai la..org yg ambik order tu pun ckp slang Siam..so kami order nasi goring cina, telur dadar, tomyam, kalian ikan masin, somtam & mee goreng. Puas hati mkn sebab rasa keaslian masakan Thai tu..
 



 
Alhamdulillah..kenyang dah..ni mintak yg saiz small je tp cukup utk makan 3 org..rasa pun sedap..tk menyesal la tukar plan..mkn dah mata pun rasa berat..badan pun dah letih tp utk penuhi jugak mlm terakhir ni pergi la jugak jln2 sepanjang jln pantai cenang tu..suasana mcm kat feringgi je..
 
around 11pm we already call it a nite..balik bilik & tido...esok pagi2 nk mandi laut lagi buat kali terakhir sebelum check dr hotel..sweet dream!!

Friday, October 25, 2013

Langkawi - Day 1 (22/10/13)

haaa..dah sampai pun Langkawi, our flight was on time..bertolak dari Subang jam 10.35am. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 min so around 11.50am sampai la ke international airport Langkawi. Dah lama sungguh tk menjejakkan kaki kesini..last datang pun tahun 90an dulu..lama giler dah..
 
Dalam flight excited je rasa, we travel by Malindo Air awal2 dah booking masa malindo offer free seat hari tu..so tk le mahal sgt tambang. Tengok org sebelah, sempat tido lagi tp kita ni semangat tengok pemandangan luar..teringat masa belajar Geografi dulu esp bab topografi..bila tgk dari atas baru la paham apa maksudnya..I think cikgu Geog kena bawak student naik flight kot baru senang nk bg depa paham..hehe..
 
Once landed, terus ambik beg & hubby ke kaunter kereta sewa..dah call awal2 dr rumah. We decided to rent Serena, walaupun hanya 3 dewasa & 1 toddler tp dah ada budak kecik tu sure la brg byk kan..dgn stroller lg & segala benda lain..Puas hati la coz dpt RM240 ja utk 2 hari tu..sedangkan harga biasa RM240 utk sehari (kwn ada contact).
 
So,  since sampai awal..nk check in hotel pun tk boleh lagi makanya kami pun mengambil keputusan utk ke Kuah. Sambil cari2 kedai makan untuk isi perut. Sebenarnya ada list senarai tmpt mkn (survey dr blog2 yg lain) cuba la cari tp tk jumpa pulak so hentam saja la mkn kt mana2. Akhirnya kesini la tmpt tujuan kami..
 

Byk lauk2 kg, tp masa tu semuanya tinggal sket2 so pilihan dah terhad..tp ramai yg pilih gulai ikan dia..mesti sedap tu..sepupu ckp mmg sedap..rugi pulak tk ambik rasa..selain lauk2, ulam2 ada jugak beberapa pilihan bubur manis..bubur caca dia best..tp the o ais limau dia kureng sket la..tk puas minum dah la dahaga..
 
Anyway, dah lapar tu bantai je la kan..janji kenyang..lepas siap bayar ada 1 jam lg nk pukul 3 so masih ada masa..kami decide pusing2 pekan Kuah tu..nanti bila time shopping dah tau la mana nk tuju..betul tak?? dah puas pusing masa utk check in hotel..tk sabra nk freshen up and plan next agenda..
 
we stayed at Langkapuri Inn, adik ipar yg rekmen sbb owner resort tu kwn dia..lg pun yg setuju nk ke situ sebab biliknya mengadap pantai..boleh kata atas pantai la..buka pintu je terus pandang laut. Harga kira ok la yg seaview ni RM170 per nite termasuk bfast. Apartment pun ada bilik lain pun ada..(can refer sini)..


bilik kami sebelah2, me 103, cousin 104 cuma bilik 104 tu katil queen, sesuai la utk dia & anaknya kan..
 
ni pulak pemandangan dr pintu bilik


hari sampai tu cuaca nyaman betul, tk panas..tk hujan..mmg best la kiranya.. 
 
So, dah check in, boleh la rehat2..agenda seterusnya..hmm..ke cable car!! eh awal lagi la..patut la hubby cepat2 minta seluar pendek dia..semangat betul..nk berendam rupanya..ye la kan..masih awal plannya nk ke cable car around 5.30/6.00pm..bukan nk lama2 pun atas tu..janji dpt tgk sunset dr atas gunung tu cukup la..
 
sementara hubby pi berendam tu, me just unpack baju2 and rehat2..malas nk join dia nanti rosak lak plan nk ke cable car..bilik pun tk la besar sgt so kena organize la sket if not penuh lak dgn beg & brg2.
 
destinasi seterusnya..cable car..bila datang hari biasa & bukan cuti sekolah..senang la..tk payah nk beratur untuk naik keatas.. kami sampai ke Oriental Village lebih kurang 6.30pm. Masa bertolak dari resort hujan mula turun, risau jugak tk boleh naik cable car so I called dulu and katanya operasi berjalan seperti biasa..syukur..oklah tk perlu citer pjg2..tgk gambar je la yer..
 

Oriental Village, byk dah kedai2 yg dah tutup so nothing much to see but kena lalu utk ke cable car
 
 



I really love the scenery from up there...nice cool air touching your face..what a romantic evening..
The main reason for going up the mountain..what a breathtaking view..agungnya ciptaan Allah...





by 7.30, we are forced to go down..ye la kan..sapa la yg nk dok kt atas gunung tu mlm2..silap2 haribulan ada "org" lain lak yg teman..hehe..

turun je dah pikir2 mana lak nk pegi..nk mkn belum lapar so end up we went to check out these 2 luxury hotel...

very exclusive & privacy..tk mampu den nk overnite kt sini.. :) jalan nk masuk ke tmpt ni pun dah la gelap..jauh kedlm..kalau dtg siang maybe nampak lebih cantik area tu
 
ok now..dah puas jln..perut pun mula la start keroncong..hujan la pulak so decided to eat somewhere near resort je..and this is where we go...
warung ikan bakar ni dpn resort je pun..warung janggus ikan bakar...tk payah pegi jauh2 tapi.......

we ate siakap stim halia, kerapu 3 rasa telur dadar (actually utk sikecil) & nasi putih..hmm..presentation menarik tp rasa ada kureng sket..so next time I won't go there anymore..better try other warung..

makan pun dah kenyang, badan pun dah letih..masa utk balik bilik la..cadangnya nk stroll along kedai2 tu nak cuci2 mata kononnya..tp end up balik je..lepas dah usai freshen up baru la lepak2 kt luar bilik dgn hubby..borak2 sebab mmg disediakan kerusi & meja sambil mendengar deru ombak yg beralun merdu..cewah..

Day 1 berakhir sudah..masa utk beradu kerana esok masih byk tmpt & acara lain pulak menanti..good nite!!