My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Saturday, November 9, 2013

Ulu Yam di Liverpool

Sinopsis:
Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah ‘pencuri impian'. Kata mereka, “Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!”

Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi. 

Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan.
“Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat.” - Nazali Noor.

Buku ULU YAM DI LIVERPOOL – membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

**know the writer..impressed with what he has accomplished... a good read indeed..

17 Perkara menghalang dari azab kubur

1-Berbakti kepada kedua ibu bapa.
2-Berwuduk.
3-Menjaga solat.
4-Berzikir kepada Allah SWT.
5-Berpuasa pada bulan Ramadhan.
6-Bersegera suci dari junub.
7-Menunaikan haji dan umrah.
8-Menyambung Silatul Rahim.
9-Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.
10-Berbudi pekerti mulia.
11-Takut kepada Allah SWT.
12-Mempunyai anak yang mati semasa kecil.
13-Berharap kepada Allah SWT-Tidak berputus asa.
14-Menangis kerana takutkan Allah SWT.
15-Bersangka baik kepada Allah SWT.
16-Berselawat kepada Rasulullah SAW.
17-Memperbanyakkan sebut ” La Ila Illallah “

Ujian Allah SWT yang akan disertai 5 Hikmah

Wahai anak Adam, hendaklah kamu senyum kerana:
1-Setiap kesusahan yang Allah berikan adalah untuk membahagiakan kamu.
2-Setiap apa yang Allah SWT ambil dari kamu adalah kerana Allah akan memberi sesuatu kepada kamu.
3-Setiap perkara yang Allah SWT menyebabkan kamu menangis adalah kerana Allah SWT akan mengembirakan kamu di suatu hari nanti.
4-Setiap perkara  yang Allah SWT larangkan atau tegahkan adalah untuk kebaikan kamu.
5-Apa yang Allah SWT ujikan kamu adalah kerana Allah SWT Mencintai Kamu

Beberapa Amalan Yang Pahalanya Mengalir Terus Hingga Hari Kiamat

Rasululloh sallallohu ‘alihi wasallam bersabda( MAKSUDNYA):
“Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara yakni: sedekah jariyyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang senantiasa mendoakannya
.”(HR>Muslim)
 
Perkara-perkara ini sangat penting untuk kita siapkan selagi nyawa masih didalam raga sebelum jasad ini sudah tidak bisa berdaya lagi dan mumpung selagi ada kesempatan.Sedekah jariyyah adalah semua sumbangan untuk kebaikan dan bermanfaat untuk orang lain dan masyarakat.Misalnya menyumbang jalan,membangun masjid, membantu pelaksanaaan pengajian, ceramah dan lain-lain yang didasari dengan niat ikhlas dan berasal dari barang atau uang yang halal.Ilmu yang bermanfaat adalah semua ilmu yang dapat dimanfaatkan  untuk kebaikan.Suatu ilmu yang kita peroleh dari mencarinya lalu kita ajarkan kepada orang lain dan bermanfaat baginya dan ia amalkan ilmu itu maka ganjaran pahala mengalir bagi orang yang mengajarkan ilmu itu walaupun orang yang mengajarkannya itu sudah meninggal dunia.Seperti mengajarkan mengaji, shalat dan lain-lain.dan jangan lupa apabila kalian sudah memiliki anak, maka didiklah ia agar ia menjadi anak yang sholeh yang dapat mendoakan orang tuanya dan membantunya jika orang tuanya sudah meninggal dunia.
 
Rasululloh sallallohu ‘alihi wasallam bersabda(MAKSUDNYA):
“Diantara yang akan ditemui seorang mu’min dari amal dan kebaikanya sepeninggalnya adalah:ilmunya yang diajarkan dan disebar luaskan, anak sholeh yang ditinggalkannya, al-qur’an yang ia wariskan, masjid yang ia bangun, rumah yang ia bangun dan ia gunakan untuk fi sabilillah, sungai(mata air) yang ia gali,dan sedekah yang ia infakkan dari harta kejayaannya semasa sehatnya dan semasa hidupnya, niscaya itu akan ditemuinnya sepeninngalnya.”
(HR.Ibnu Majah, dianggap hasan ole al-Bani)

7 WASIAT BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA

1) Orang yang BANYAK BICARAnya janganlah kamu harapkan sangat KESEDARAN HATInya.
2) Orang yang BANYAK MAKAN janganlah kamu harapkan sangat KATA-KATA HIKMAT darinya.
3) Orang yang BANYAK BERGAUL dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat KEMANISAN ‘IBADAHnya.
4) Orang yang CINTA kepada DUNIA janganlah kamu harapkan sangat KHUSNUL KHATIMAHnya.5) Orang yang BODOH janganlah kamu harapkan sangat akan HIDUP HATInya.
6) Orang yang memilih BERKAWAN dengan orang yang ZALIM janganlah kamu harapkan sangat KELURUSAN AGAMANYA.
7) Orang yang mencari KEREDHAAN MANUSIA janganlah harapkan sangat akan KEREDHAAN ALLAH daripadanya.