My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Saturday, February 8, 2014

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

Osman bin Affan berkata:

Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah  SWT 5 perkara,

1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat  menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).

2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah  berkaitan Akhirat  maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..

3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.

4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.

5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang  bercampur dengan dosa.

10 Perkara Mematikan Hati

Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:
  1. Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
  2. Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
  3. Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
  4. Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
  5. Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
  6. Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
  7. Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
  8. Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  9. Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
  10. Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain

5 Kesan buruk akibat tinggalkan solat fardhu

1- Siapa tinggalkan solat Subuh, maka wajahnya tidak ada cahaya.
2- Siapa tinggalkan solat Zuhor, maka rezekinya tidak ada berkat.
3- Siapa tinggalkan solat Asar, maka badannya tidak bertenaga.
4- Siapa tinggalkan solat Maghrib, maka anak-anaknya tidak ada harga.
5- Siapa tinggalkan solat Isyak, maka tidak ada kerehatan dalam tidurnya.
Ya Allah, bantulah daku dalam perkara ketaatan kepada Mu, bersyukur kepada Mu dan memperelokkan amalan kepada Mu.

8 Perkara Manusia akan dituntut dan ditanya

1- Allah SWT akan bertanya tentang perkara yang telah difardhukan.
2- Rasulullah akan bertanya tentang amalan sunnah yang telah diamalkan.
3- Tentang masa, bagaimana digunakan ?
4- Tentang tanggungjawab terhadap orang dalam tanggungngannya, bagaimana diberikan hak mereka ?
5-Tentang lidah, bagaimana dijaganya ?
6-syaitan akan bertanya tentang maksiat yang telah dikerjakannya bersama syaitan ?
7- Tentang nafsu yang telah gunakan untuk dosa syahwat ?
8- Malaikat Maut akan menuntut dan mencabut roh daripadanya.

17 Bahaya Lidah

1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.5. Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. Suka menghina orang lain.
12. Menyebarkan rahsia.
13. Berjanji lalu mendustai janji itu.
14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17. Memuji yang melampau-lampau