My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Wednesday, September 10, 2014

10 Adab Bersama Allah SWT


  1. Cintakan Allah SWT.
  2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.
  3. Takut dan sentiasa berharap kepada Allah SWT.
  4. Bersyukur apabila diberi nikmat.
  5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan.
  6. Melihat Taufiq dan Hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
  7. Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan sentiasa bertaubat memohon keampunan dariNya.
  8. Tidak berputus asa, malah sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.
  9. Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
  10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah SWT kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui.

CARA BERKASIH SAYANG MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami

5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

10 Adab Bersama Mertua

  1. Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.
  2. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  3. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
  4. Segera menjawab panggilan mereka.
  5. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ).
  6. Mendoakan keampunan bagi mereka.
  7. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
  8. Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.
  9. Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.
  10. Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

7 TEKNIK SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA

  1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah SWT.
  2. Syaitan memujuk manusia supaya tidak mentaati Allah SWT.
  3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan supaya berpeluang melakukan amalan kebaikan yang lain pula.
  4. Kemudian syaitan menyuruh manusia supaya menjalankan amalan  baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.
  5. Setelah itu, syaitan membisikkkan pujian kepada orang yang beramal kerana akan mendapat darjat yang tinggi, cerdik adalam mengurus kehidupan dan telah mencapai kesempurnaan dalam hidup.
  6. jika gagal, syaitan akan memasukkan sedikit perasaan riak atau takabbur.
  7. Jika gagal maka syaitan akan membisikkan, bahawa janganlah kamu menyusahkan diri kamu dalam beribadat, kerana Allah telah menetapkan kamu bahagia semenjak azali lagi, maka jika meninggalkan ibadat pun kamu tetap akan hidup dalam bahagia. Jika kamu banyak beribadat sedangkan Allah telah menetapkan kehidupan kamu celaka, maka hidup kamu akan celaka kerana Allah Maha Berkuasa dalam semua perkara

5 Kebahagiaan disebalik ujian Allah SWT

1- Apabila melakukan maksiat, Allah SWT bersedia menerima taubat hambaNya.
2- Apabila berduka cita, Allah SWT akan mendatangkan kegembiraan di akhirnya.
3- Apabila kita berkepenatan, Allah SWT akan menganugerahkan kerehatan.
4- Apabila kita dihimpit kesusahan, Allah SWT menganugerahkan kebahagiaan.
5- Hanya  Allah SWT sahaja yang dapat menyelesaikan segala permasalahan kita.
Letaklah kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT dan bersabarlah kerana Allah SWT sentiasa bersama hambaNya yang amat sabar