My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Wednesday, August 17, 2011

7 Cara meringankan musibah

1- Menunggu pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT.

2- Menziarahi orang ditimpa musibah.

3- Yakin bahawa musibah yang menimpa anda adalah lebih ringan daripada musibah yang Allah SWT timpakan ke atas orang lain.

4- Yakin bahawa musibah yang anda deritai hanya sementara di dunia sahaja sedangkan ganjaran besar telah Allah SWT sediakan di Akhirat nanti untuk anda.

5- Kesabaran bersama penderitaan yang Allah SWT uji pasti mendapat pahala yang lebih besar berbanding dengan kesabaran bersama kenikmatan.

6- Jangan sesekali melakukan tipu muslihat.

7- Sedarlah bahawa pilihan Allah SWT untuk diri anda adalah terbaik.

Kitab La Tahzan,

1- Allah SWT menCintainya.
2- Dia mendapat nikmat kesihatan.
3- Dia dinaungi oleh Para Malaikat.
4- Rumah dan kediamannya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
5- Cahaya Taqwa bersinar diwajahnya.
6- Allah SWT akan melembutkan hatinya.
7- Dia akan melintasi Sirat Mustaqim sepantas kilat.
8- Allah SWT menyelamatkannya daripada api neraka.
9- Didalam Syurga nanti dia akan ditemani oleh mereka-mereka yang mendapat pujian Allah SWT.

Kitab Fadhail Amal.

Satu Kalimah yang mendapat 4 Pengampunan Allah SWT

Siti Zubaidah R.A. telah berkata ” Aku mendapat keampunan kerana 4 perkara :

1- Laa Ilaaha Illallahhu Afni biha umri : Aku habiskan umurku dengan kalimah Laa Ilahaillallah.
2- Laa Ilaha Illallahhu Adkhalubiha Qabri : Aku masuk kuburku dengan kalimah Laa Ilahaillallah.
3- Laa Ilahaillallahu biha Wahdi : Aku habiskan masaku yang sunyi dengan kalimah Laa Ilahaillallah.
4- Laa Ilahaillallahu Alqi Biha Rabbi : Aku mengadap Tuhanku dengan membawa Laa Ilahaillallah.”.

Kitab Fadhail Amal,

5 Amalan memberi cahaya di dunia dan Akhirat

Abu Bakar As-Siddiq berkata :

1- Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya adalah Taqwa.
2- Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah Taubat.
3- Kubur adalah gelap dan lampunya adalah Laa Ilaha Illallah.
4- Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah Amal-amal Soleh.
5- Jambatan Sirat adalah gelap dan lampunya adalah Yakin.

Kitab Fadhail Amal,

Friday, August 12, 2011

4 Asas Utama Kemuliaan Akhlak Dalam Islam

1- Bersabar menanggung kerenah manusia dengan penuh kasih sayang, menerima tomahan dan celaan, menerima perbuatan khianat orang lain dan sebagainya ( Yakin kita adalah di pihak Allah SWT ).

2- Bersifat dengan sifat pemaaf yang sanggup menerima bebanan manusia kerana sifat Pemaaf adalah sifat yang boleh mengelakkan kehancuran, malah memberi ruang untuk menembah kemajuan di masa hadapan. Sifat Pemaaf adalah sifat mereka yang mendapat pangkat kebesaran di sisi Allah SWT.

3- Bersifat dengan sifat keberanian. Sifat ini adalah sifat yang akan membawa manusia kearah kemuliaan dan penghormatan. Sifat ini menjauhkan kita daripada bersifat pemarah dan pasti kehidupan kita tidak akan mundur.

4- Berlaku adil atau membentuk keadilan di kalangan manusia, kerana keadilan tidak akan terbeban dengan dosa-dosa atau keadilan tidak pernah bercampur dengan dosa. Setiap perkara yang berkaitan dengan dosa pasti tidak wujud keadilan dalam perkara tersebut. ( Tidak ada manusia yang menyembah dan menyintai Allah SWT dalam satu masa turut melakukan dosa dan melakukan kezaliman, Tidak ada ulamak yang berkebolehan dalam semua aspek sehingga tidak malu melakukan amal ibadat kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama juga pandai melakukan maksiat terhadap Allah SWT ).