My Scrapbook
Loading...

Tuesday, May 21, 2013

14 Perkara menyebabkan lelaki terhalang mencium bau Syurga

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat

(jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian

Monday, May 13, 2013

10 Perkara Menjadikan Kita Kafir Kepada Allah SWT

1. Syirik dalam beribadat kepada Allah SWT.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan diantara Allah SWT dan berdoa kepadanya.

3. Tidak menghukum orang kafir dengan kafir, atau meragui kekufuran orang kafir, atau mengakui kebenaran mazhab atau fahaman orang kafir.

4. Berpegang pada pendapat” terdapat hidayah selain daripada hidayah yang dibawa oleh Nabi Muhammad lebih sempurna “.

5. Membenci dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

6. Mempersenda dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, atau mempersendakan perkara berkaitan dosa dan pahala.

7. Redha dan percaya kepada sihir.

8. Menyerupai atau menzahirkan sesuatu yang sama dengan orang kafir dan membantu atau berkerjasama dengan orang kafir.

9. Berpendapat ” Sebahagian manusia dibolehkan keluar dari syariat Nabi Muhammad SAW “.

10. Menentang agama Allah SWT dengan tidak mempelajarinya dan tidak beramal dengannya.

10 Mayat Tetap Segar Bersemadi

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1. Para Nabi-Nabi

2. Para Ahli Jihad Fi Sabilillah

3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

20 Kesan Dosa dalam kehidupan harian

1-Hati tertutup daripada menerima taufiq dan hidayah.
2-Hidup penuh kesesatan.
3-Ditimpa bala atau cubaan yang tiada pahala baginya.
4-Segala amal kebajikan tidak mendapat keberkatan.
5-Kehidupan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan.
6-Hati lupa pada nikmat dan azab Allah SWT.
7-Tergolong dalam golongan orang yang mendustakan agama.
8-Tiada perlindungan dan pertolongan Allah SWT.
9-Tiada keberkatan dalam hidup.
10-Akhlak dan moral tercemar.
11-Tergolong dalam golongan orang munafiq.
12-Disempitkan rezeki oleh Allah SWT.
13-Hidup dalam kehidupan yang boleh membinasakan diri sendiri dan orang lain.
14-Dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
15-Dicabut iman oleh Allah SWT.
16-Hidup penuh kepura-puraan.
17-Tiada kebahagiaan hidup di Akhirat.
18-Tergolong dalam golongan orang yang mendapat kerugian di dunia dan Akhirat.
19-Mendapat azab yang pedih di Akhirat.
20-Dimasukkan kedalam neraka yang paling bawah.

6 Sebab kenapa kita wajib bertaubat kepada Allah SWT.

1- Taubat adalah perintah dan suruhan Allah SWT.

2-Mohon Taubat hanya kepada Allah SWT.

3-Kita mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.

4-Kita lalai dengan nikmat Allah SWT.

5-Kita sentiasa hidup dalam kerugian.

6-Dosa boleh memberi mudharat kepada kita.

Kitab Taubat Pasport Ke Syurga