My Scrapbook: Teman
SweetMuslimah.com

Wednesday, July 13, 2011

Teman

Teman
Dikala ini aku merinduimu
Keresahan kerana tiada khabar darimu
Kali terakhir kita bertemu dahulu
Ku terhibur dengan gurau sendamu
Namun sejak itu
Sukar untuk ku menghubungimu
Tiada balasan, hanya deringan kosong

Teman
Sihatkah engkau saat ini
Hatiku gusar tidak ketentuan
Adakah aku telah menyakiti hatimu
Adakah musibah melanda dirimu

Teman
Dikau selalu setia bersamaku
Dalam saat senang mahupun saat sukar
Andai waktu ini ada kesusahanmu
Izinkan aku membantu meringankan bebanmu
Tiada apa yang harus kau ragukan
Sedangkan sejak kecil lagi
Kita telah membina ribuan kenangan bersama

Teman
Kiranya kau mendengar ketika ini
Ingin aku laungkan
Aku amat menyenangi dan menyayangi dirimu
Aku berdoa
Semoga dipermudahkan segalanya untukmu
Dan semoga ikatan persahabatan ini
Kekal hingga keakhir hayatku

0 comments:

Post a Comment