Jumaat lepas, dok selak2 paper Metro, terbaca satu kes pembunuhan seorg wanita di Ipoh. tengok gambarnya macam biasa tengok tp masih tk terpikir apa2. Kemudian seorang rakan chat berkata "kesian Rohani" i said "Rohani?" then baru realized yg wanita tersebut bernama Dr Rohani Kasim adalah kenalan. Sama2 belajar disekolah yag sama, cuma dia setahun lebih muda dari aku. Dia seorang yg ramah dgn semua org, aktif main bolajaring dan pengawas sekolah. Dari dulu dah ada bakat kepimpinan so tk hairan la dah berjaya menjawat jawatan penting skrg. Mesti keluarga arwah akan merasa kehilangannya tambah pulak bulan puasa ni..semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah..
Sedih dan kecewa bila pikir2 balik..kejamnya insan2 yg melakukan perbuatan tu.., zaman semakin maju, manusia semakin bijak pandai tp makin ramai yg tak dapat nak mengawal emosi sendiri..tk da lagi perasan belas kasihan, kasih sayang sesama manusia..sikit2 nak baran, nak pukul org, nak bunuh org, rogol dan macam2 la..Na'azubillah..
Apapun takziah kepada keluarga Rohani, semoga sabar dan redha dengan kejadian yg menimpa. Ajal maut kita tk dapat nak halang..rasanya hampir kesemua paper tempatan ada cerita pasal kes ni. maybe ada kisah disebaliknya biarla hanya org tertentu yg tahu..tk payah la nak citer sampai kt semua pulak kan..apapun link ni rasanya cukup utk mengingati peristiwa ini bg rujukan masa depan.(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sahurterakhir/Article/index_html)
Pagi tadi pulak, dapat berita sepupu suami meninggal, baru 2 hari lepas hubby bercakap dgn dia..tu la kan bila sampai masa diambil nyawa..Ya Allah, cukupkan amalanku selama ini, cukupkah bekalku utk kesana? Sama2 la kita berdoa semoga sentiasa dirahmati dan berada dlm hidayah Allah selamanya..Amin..
0 comments:
Post a Comment