My Scrapbook: Teta Pergi Umrah
SweetMuslimah.com

Monday, January 30, 2012

Teta Pergi Umrah

 
NORHAYATI Berahim
Publisher: NB Kara

Dalam mengerjakan umrah, ada beberapa jenis tawaf. Tawaf Ifadah, iaitu tawaf yang menjadi rukun di dalam mengerjakan umrah.”


Ustaz Rahmat menerangkan kepada yang hadir.

“Lepas tu ada Tawaf Qudum, iaitu tawaf selamat datang juga Tawaf Wida iaitu tawaf selamat tinggal…” Sambung lagi Ustaz Rahmat. Teta mengengarnya dengan begitu tekun dan teruja sekali. Barulah dia tahu, tawaf sebenarnya ada tiga dalam mengerjakan umrah.

“Tapi sejak dahulu lagi satu tawaf yang sudah ditokok tambah oleh jemaah yang mengerjakan umrah ini. Iaitu Tawaf Kidai…”

Tawaf Kidai? Aneh bunyinya. Sebelum Teta bertanya pada umi apa itu Tawaf Kidai, Ustaz Rahmat sudah menyambung.

“Tawaf dari satu kedai ke satu kedai.”

Kata-kata ustaz itu disambut dengan gelak ketawa para hadirin. Ustaz Rahmat memang kelakar. Sebab itu apa yang diajar cepat sahaja masuk ke benak semua bakal jemaah

0 comments:

Post a Comment