My Scrapbook: Dimana Naga Tasik Chini??
SweetMuslimah.com

Tuesday, March 20, 2012

Dimana Naga Tasik Chini??

Minggu lalu bapa sekeluarga datang bertandang kerumahku..so dah tentu la nak bawa mereka berjalan2. Kebetulan pulak pak sedara (adik bapa) tinggal di Chini so kesempatan bertandang kerumah mereka membawa aku ke satu lagi tasik yg terkenal di Pahang..tasik ni terkenal kononnya ada naga dalam tu..hmm...tp tiada bukti menunjukkan kehadiran naga tersebut didalam mana2 fakta sejarah..biasanya hal2 macam ni kita panggil mitos kan..menarik jugak kalau dipikirkan sebenarnya..
 
Pada hari aku sampai disini hujan agak renyai2, bertambah sejuk pulak rasanya..bertambah nyaman udara yg dihirup..mengikut informasi yg dinyatakan dalam bulan Ogos/September tasik ini akan dipenuhi dgn pokok2 teratai..tentu bertambah menarik suasana disana kan..macam ni kena pergi lagi la jawapnya baru dapat melihat keindahan fenomena alam ini..
 
Tasik Chini pun baru saja siap diubahsuai terutama mengenai resort dan kemudahan yang ada disana..serupa pulak rasanya dgn reka bentuk dan suasana di Tasik Bera..btw, kalau dulu pondok2 kayu jer yang dijadikan chalet tp sekarang dah cantik dan memang memenuhi keperluan pengunjung..
 
lihatlah kedamaian dan ketenangan suasana di sana..ikutkan hati nak berada lama dan mencuba menaiki bot untuk melihat sekitar tasik tp masa tidak mengizinkan..
 



terdapat banyak tupai2 spesis ini disana






















 

0 comments:

Post a Comment