My Scrapbook: June 2013
SweetMuslimah.com

Wednesday, June 26, 2013

Astaghfirullah

Jika kita menjadikan أستغفر الله (Astaghfirullah) sebagai zikir harian maka sungguh banyak khasiatnya diantaranya adalah seperti berikut:

1. Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai hutang yang banyak akan dilunaskan

2. Insyallah dengan izinnya jika kita berdoa maka akan dimakbulkan

3. Insyallah dengan izinnya jika kita tiada harta akan diberi harta tanpa dapat difikir dengan fikiran manusia

4. Insyallah dengan izinnya jika kita tidak mempunyai anak maka akan diberi anak tanpa dapat difikirkan dengan akal manusia

5. Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai sebarang masalah akan diberi pertunjuk ataupun diberikan jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi

6. Insyallah dengan izinnya jika kita berniaga barang tidak laku ataupun tidak ada pelanggan maka akan diberi kelarisan

Tanda-tanda Taubat Telah Diterima Allah

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )
2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.
3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.
4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.
5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.
6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.
7-Sentiasa memelihara lidah.
8-Sentiasa bertafakkur.
9-Sentiasa sedih dan sesal di atas perbuatan yang lalu.

4 Perkara Penyeri Wajah

1. Menjaga maruah.

2. Menunaikan janji.

3. Pemurah.

4. Taqwa iaitu melakukan suruhan agama dan meningggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Amalan Dan Petua Ulamak Silam

Wednesday, June 19, 2013

9 Sebab hati tidak tenang

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :
1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Ramai umat Islam tidak menghormati masjid dan ramai juga yang tidak memberi roh kepada masjid atau membunuh roh masjid setelah menunaikan solat tahiyyatul masjid.

Sesebuah masjid akan menjadi berkat dan bercahaya di Akhirat kelak apabila masjid tersebut ditunaikan solat tahiyyatul masjid oleh para ahli jemaah dan dijaga adab-adabnya.

Masjid kini diibaratkan telah mati atau hidup tanpa roh apabila para jemaah sendiri berbual-bual di dalam masjid dan ketawa terbahak-bahak serta menyaringkan suara sehingga menganggu tumpuan para jemah untuk beribadat.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.

3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.

4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.

5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

Memberi roh kepada Wuduk,Masjid dan Rumah

Apa yang dimaksudkan memberi roh kepada wuduk adalah menunaikan solat sunat wuduk sebanyak 2 rakaat selepas mengambil wuduk, ramai umat Islam mengambil wuduk tetapi sekadar fizikal wuduk sahaja tetapi tidak disemburkan kejadian wuduk dengan memberi roh kepadanya secara menunaikan solat sunat wuduk sebelum air wuduk kering daripada anggota wuduk.

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’. Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:

“Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?” Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.” (Muttafaq ‘alaih)

Tuesday, June 11, 2013

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.

- Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” ”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

6 Perkara yang menipu diri kita sendiri

1. Merasa DEKAT dengan Allah, padahal JARANG melakukan ke-TAAT-an.

2. Merasa sudah banyak PAHALA, Padahal JARANG untuk BERAMAL.

3. Merasa menjadi Kekasih Allah, padahal sering MELANGGAR ketentuan-NYA.

4. Merasa selalu bersama orang-orang yang TAAT, padahal ketika bergaul sering berbuat MAKSIAT.

5. Merasa mudah mendapat AMPUNAN, namun terus menerus melakukan DOSA tanpa Penyesalan.

6. Merasa dirindu taman-taman SURGA, namun amalan sehari-hari bagai menyemai benih NERAKA.

Semoga kita semua dilindungi dari perasaan sombong dan selalu merasa kurang dalam beramal. Aamiin.

Tiga Golongan Tidak Dapat Melihat Wajah Rasulullah SAW

1. Orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.

2. Orang yang meninggalkan Sunnahku (Jalanku ).

3. Orang yang tidak berselawat atasku apabila disebut akan namaku pada sisinya.

10 Kebaikan berzikir kepada Allah SWT

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:

1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.

2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah

3. Dimurahkan ruang rezekinya

4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni

5. Menghidup dan menjernihkan hati.

6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah

7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji

8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik

9. Bersedia untuk hidup penuh berani

10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq