My Scrapbook: Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
SweetMuslimah.com

Wednesday, June 19, 2013

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Ramai umat Islam tidak menghormati masjid dan ramai juga yang tidak memberi roh kepada masjid atau membunuh roh masjid setelah menunaikan solat tahiyyatul masjid.

Sesebuah masjid akan menjadi berkat dan bercahaya di Akhirat kelak apabila masjid tersebut ditunaikan solat tahiyyatul masjid oleh para ahli jemaah dan dijaga adab-adabnya.

Masjid kini diibaratkan telah mati atau hidup tanpa roh apabila para jemaah sendiri berbual-bual di dalam masjid dan ketawa terbahak-bahak serta menyaringkan suara sehingga menganggu tumpuan para jemah untuk beribadat.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.

3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.

4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.

5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

0 comments:

Post a Comment