My Scrapbook: AMALAN SUNNAH KEATAS PESERTA QURBAN
SweetMuslimah.com

Friday, October 11, 2013

AMALAN SUNNAH KEATAS PESERTA QURBAN

Bagi sesiapa yang menyertai ibadat qurbam maka terdapat satu amalan sunnah yang jarang diamalkan. Ini terjadi mungkin kerana kecetekan ilmu mengenainya atau pun tahu tetapi tidak di beri perhatian yang berat tentangnya untuk diamalkan.
 
Sunnah ini disebut didalam hadith riwayat Muslim (Hadith 39 hingga 42 dalam KITAB AL-ADHAA-HI) dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila salah seorang dari kamu telah melihat anak bulan Zul Hijjah (yakni masuk 1 Zul Hijjah) dan salah salah seorang dari kamu ingin menyembelih qurban maka hendaklah ia menahan rambut dan kukunya. Pada riwayat lain oleh Imam Muslim juga: Hingga ia menyembelih qurbannya.
 
Maksud “menahan rambut dan kuku” dalam hadith di atas ialah tidah memotong, mematah atau selainnya (bagi kuku) dan tidak mencabut, cukur, gunting atau sebaginya (bagi segala jenis rambut/bulu di badan) bermula dari 1 Zul Hijjah hingga selesai sembelihan qurbannya.
 
Menurut Imam as-Syaa-fie, meninggalkan perkara di atas bagi sesiapa yang hendak menyembelih qurban adalah sunat. Adapun dari sudut hikmahnya pula, kata Imam an-Nawawi (yang menaqalkan pandangan ulamak dalam mazhab as-Syaa-fie) ialah supaya kekal sempurna juzuk anggota badan (hingga selesai qurban) mudah-mudahan ianya menjadi pembebasan dari api neraka.

0 comments:

Post a Comment