My Scrapbook: December 2013
SweetMuslimah.com

Monday, December 2, 2013

6 Sifat yang wajib dijauhi apabila terasa sudah alim

Di antara penyakit berbahaya yang wajib dijauhi bila rasa berilmu….
1-Merasa dada semakin berisi dan mulai sombong
2-Meremehkan pandangan orang lain
3-Memandang lekeh orang awam
4-Ingin mengalahkan para ilmuan dan ulama
5-Mahu dikenali dan hujahnya didengari
6-Merasa kehebatan diri
 
Semoga Allah lindungi kita daripada fitnah ini ;
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari kemungkaran-kemungkaran akhlak, amal dan hawa nafsu . ( Imam Tirmidzi )

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT

1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).
 
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
 
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
 
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
 
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
 
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
 
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

5 Rahsia Qiamullail

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja

14 Kesan yang menakjubkan apabila mendengar Al-Quran

Efek yang menakjubkan yang dihasilkan dari mendengarkan  bacaan Quran
Terus-menerus mendengarkan bacaan Alquran memberi Anda hasil berbuah nyata berikut:
1– meningkatkan kekebalan tubuh
2– meningkatkan  kreativitas
3– meningkatkan kemampuan konsentrasi
4– menyembuhkan penyakit kronis dan tak tersembuhkan
5– mengubah perilaku dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan
6– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf
7– menyembuhkan kegelisahan, dan iritasi
8– meningkatkan kemampuan mengambil keputusan yang tepat
9– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu
10– meningkatkan dan memperkuat kepribadian
11– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll
12– meningkatkan kemampuan pidato
13– melindungi dari penyakit seperti kancer dan sebagainya
14– Mengubah beberapa kebiasaan buruk seperti makan berlebihan dan merokok.

Tanda Cinta Semakin Pudar

1. Suami isteri yg ingkar perintah Allah SWT,
2. Hilang kepercayaan kpd pasangan,
3.Kurang hargai pasangan,
4. Kurang ambil berat terhdp pasangan,
5. Kurang menghormati diri & pandangan pasangan,
6. Komunikasi yg terhalang & mudah salah faham,
7. Tergamak kutuk pasangan depan org,
8. Enggan kongsi kegembiraan atau kedukaan,
9. Mula nampak hanya kelemahan pasangan,
10. Yakin boleh hidup (atau lebih baik) tanpa pasangan,
11. Kesal hidup bersama,
12. Sukar nak doakan pasangan,
13. Sukar nak maafkan pasangan,
14. Sukar nak tolak ansur dgn pasangan,
15. Mula rancang nak cari lain.
 

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-
 
1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.
 
3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.
 
4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.
 
5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.
 
6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.
 
7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.
 
8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
 
9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil
 
10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan
 
11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.
 
12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.
 
14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama
 
15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk
 
16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.
 
17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.
 
18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.
 
19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.
 
20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.
 
21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.
 
22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.
 
23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.
 
Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-
 
1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.
 
2. Mata pesakit mula melilau
 
3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.
 
4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.
 
5. Pesakit pengsan.

Kembalikan Semangat Hilang

WAHAI ANAK ADAM, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, nescaya Aku akan mengisi hatimu dengan KEPUASAN dan MENYEKAT KEMISKINAN darimu; dan jika kamu tidak (melakukannya) Aku akan menyibukkan tanganmu dengan kerja dan Aku tidak menutup KEMISKINANMU” – Hadis Qudsi
 
kembalikan semangat yang hilang dengan :
 
  1. kembali kepada agama – walau apa juga masalah dan dalam keadaan apa pun kita mesti kembali kepada agama, itulah ubat kepada pelbagai penyakit terutama yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan.
  2. Memberikan motivasi – Ibu, bapa, guru, saudara mara dan  rakan-rakan rapat digalakkan supaya banyak memberikan motivasi kepada mereka yang lemah semangat
  3. Amalkan doa yang memberi maksud kuat – dirasankan membaca doa-doa tertentu yg membawa pengertian kuat, misalnya
·         Ya Qahar – Yang Maha Perkasa
·         Ya Qayyum – Yang Maha Kuat
·         Ya Jabbar – Yang Maha Gagah
·         Ya Matin – Yang Maha Tegoh
·         Ya Zaljalaliwal ikram – Wahai Tuhan  yang Maha Agung dan Maha Mulia
 
Doa tersebut ditiupkan pada air dan disapu kedada kiri dan diminum, diiringi dengan niat dalam hati agar semangat kita dipulihkan oleh Allah swt.
 
  1. Diri sendiri perlu memainkan peranan – walau beribu kali orang memberikan semangat dan nasihat, kalau diri sendiri tidah mahu berubah, ia tidak akan memberi makna apa pun.