WAHAI ANAK ADAM, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, nescaya Aku akan mengisi hatimu dengan KEPUASAN dan MENYEKAT KEMISKINAN darimu; dan jika kamu tidak (melakukannya) Aku akan menyibukkan tanganmu dengan kerja dan Aku tidak menutup KEMISKINANMU” – Hadis Qudsi
kembalikan semangat yang hilang dengan :
- kembali kepada agama – walau apa juga masalah dan dalam keadaan apa pun kita mesti kembali kepada agama, itulah ubat kepada pelbagai penyakit terutama yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan.
- Memberikan motivasi – Ibu, bapa, guru, saudara mara dan rakan-rakan rapat digalakkan supaya banyak memberikan motivasi kepada mereka yang lemah semangat
- Amalkan doa yang memberi maksud kuat – dirasankan membaca doa-doa tertentu yg membawa pengertian kuat, misalnya
· Ya Qahar – Yang Maha Perkasa
· Ya Qayyum – Yang Maha Kuat
· Ya Jabbar – Yang Maha Gagah
· Ya Matin – Yang Maha Tegoh
· Ya Zaljalaliwal ikram – Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia
Doa tersebut ditiupkan pada air dan disapu kedada kiri dan diminum, diiringi dengan niat dalam hati agar semangat kita dipulihkan oleh Allah swt.
- Diri sendiri perlu memainkan peranan – walau beribu kali orang memberikan semangat dan nasihat, kalau diri sendiri tidah mahu berubah, ia tidak akan memberi makna apa pun.
0 comments:
Post a Comment