My Scrapbook: April 2016
SweetMuslimah.com

Thursday, April 21, 2016

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

Sunday, April 17, 2016

Bristol stool chart

Info utk hari ni..
Pernah tak kita pergi check doktor ,semua test okay akan tetapi kita masih rasa serba tak kene ?
Gula ✅ ,
tekanan darah✅
kolesterol ✅,
kencing ✅,
darah✅
Kira2 sihat wal afiat lah pada kertas.

Confused sebab kalau betul dah sihat knp sesak nafas  or knp sakit2 badan or knp selalu pening .. Bukan nak salahkan doktor , just nak ingatkan badan kita adalah doktor yg terbaik dalam dunia🌏

Penanda aras untuk badan yg sihat adalah 🏆
★ ketika bangun pagi badan segar ( takde sakit)  & bersemangat
★ Sepanjang hari rasa positif
★ tidur malam lena dan puas
★ perkumuhan yg lancar

Tentang perkumuhan ....selalu org silap paham istilah lancar 💩. maaf kata , saya perlu bagi pencerahan disini.

Sembelit adalah sesuatu isu yg kita patut ambik ringan . Jika kita makan 3 hari sekali ( atau lebih ) dan kita membuang 3hari sekali , bahan yg tak dikumuhkan tu akan duduk dalam usus kita selama itu sambil menapai dan menghasilkan gas( badan berangin , kepala pening , s diserap-semula akit ulu hati dsb ) ...dan bahan yg sama juga akan  dan direcycle-guna  utk .badan.

Jika sampah ,najis , racun dikitarkan dan bad habit ni berulang seoanjang hidup kita , terciptalah ecosystem yg kotor dan asidik dalam badan yg mana akan menjadi lubuk penyakit.

Sbb penyakit seperti.sel kanser membiak-laju dalam keadaan yg berasid. ...😵😲

Seperkara lagi yg kerap terlepas pandang ialah sifat2 najis ideal . Slalu org cakap perkumuhan dia okay bila dia memang pergi tandas setiap hari dan tak susah poo-poo. Senang je katanya.

Saya nak high-light bahawa penanda aras najis yg sempurna adalah juga pada bentuk , warna dan baunya,  bukan sekadar tak sembelit. Rujuk kepada rajah dibawah ya 👇🏽👇🏽👇🏽

Poo-poo ideal ialah.no 3 dan no 4 👍�...
★ besar.
★panjang
★ warna tak gelap
★tak terlalu busuk
★terapung

Ps : so untuk anda yg dapat selain no3 atau no4 , walaupun tak sembelit , harap ambil perhatian 💩