My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Friday, January 7, 2011

Happy B'day

Happy Bday to me!! Yesterday was great, so many wishes & prayers from families and friends. Thank you so much, really appreciate the thought. I guess the best birthday ever, never before got so many messages.
By lunch, a friend at work treat me with middle east menu. it was awesome, the food was good, the lamb was so tender but unfortunately we opted for wrong dessert. Hmm..it was super duper sweet. Hardly can finish it. Anyway, I manage to finished mine..free meal maa..don't waste..hehehe..
 
Well, another year older, hopefully more wiser.. how time flies..sometime I still can't figure out what to do in life. So many things to achieve, just hope I'll be alive and kicking strongly till the end of time. My resolution this year? Hmm..wanna be more productive and wanna spend more time to praise The One. InsyaAllah.
 
 

Monday, January 3, 2011

5 Nasihat penting Nabi Adam A.S.

Nabi Adam a.s. berwasiat kepada puteranya lima perkara dan menyuruh supaya anaknya mewasiatkan juga kepada putera-puteranya dan seterusnya. Wasiatnya ialah:

• Katakan kepada putera-puteramu: “ Kamu jangan merasa tenang dengan dunia ini, maka saya ketika merasa tenang dengan syurga, Allah s.w.t. tidak redha dan mengusir saya daripadanya.” ( jangan kita merasai ketenangan dengan dunia kerana Nabi Adam A.S. diusir dari Syurga kerena setelah merasa ketenangan dan lupa diri lalu melakukan kesilapan sehingga Baginda diusir dari Syurga).

• Katakan kepada mereka: “ Jangan menurutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuriti hawa nafsu wanita sehingga makan pohon yang dilarang dan menyesal.“

• Katakan kepada mereka: “ Tiap amal yang akan mahu dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab andaikan saya memikirkan akibat maka saya tidak akan menerima akibat ini.” ( Akibat makan buah Khuldi Baginda terpaksa keluar dari Syurga ).

• Katakan kepada mereka: “ Jika hatimu tidak tenang (goncang), maka hindarilah perbuatan itu, sebab saya ketika akan makan pohon larangan itu goncang hatiku tetapi tidak saya hiraukan, maka saya menyesal.“

• Katakan kepada mereka: “Bermusyawarahlah dalam semua urusan sebab andaikan saya musyawarah dengan malaikat tidak akan terkena akibat ini.“

Tanda-tanda Diganggu Makhluk Halus

TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR
1. Sangat susah untuk tidur pada waktu malam, sekalipun dapat tidur ia mengambil masa yang lama.
2. Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
3. Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
5. Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjng, unta, singa, serigala, dan tikus.
6. Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
7. Perasaan sedih ketika tidur.
8. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
11. Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
12. Mimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR
1. Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
3. Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
4. Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
5. Saraf yang tersumbat.
6. Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.

Thursday, December 23, 2010

4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:
1. Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
2. Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
3. Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
4. Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.

10 Golongan Yang Tidak Dapat Mencium Bau Syurga

1. Pembunuh orang kafir mu’ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan orang ISLAM.
2. Orang mengaibkan atau mensia-siakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT. Contohnya, amanah anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya.
3. Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata mencari keuntungan dan kepentingan duniawi
4. Orang yang berangan-angan untuk beramal namun tidak pernah berusaha mengerjakannya.
5. Semua penderhaka sama ada kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, Ibubapa dan lain-lain.
6. Peminum arak
7. Orang memutuskan silaturrahim.
8. Orang tua yang berzina
9. Orang yang sombong, bermegah dengan hal duniawi.
10. Isteri yang meminta diceraikan tanpa ada suatu kemunasabahan/kesalahan/keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.