My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Monday, February 25, 2013

4 Perkara menghalang Rezeki Allah SWT


1-Tidur diwaktu pagi.

2-Sedikit solat.

3-Malas.

4-Khianat.

Thursday, February 7, 2013

Juma & Jeto

Assalam, dah lama umi tk bercerita pasal anak2 bulus umi kan..masih lg terasa kehilangan Etot walaupun dah hampi 5 bulan dia pergi..masih lagi mengalir airmata umi bila bercerita pasal dia..namun, hikmah disebalik pemergian Etoto, abah pun dah mula terbuka untuk menerima anak2 bulus yang lain..
 
dulu masa etot ada..susah sgt umi nk dapat green light nak menambah ahli keluarga, sekarang sekali dua aje umi cakap abah dah izinkan..sepatutnya ada 6 ekor sekarang tp si Ribbon entah kemana menghilang pulak. kami dah buat yang terbaik utk menjaga dan menyayanginya tapi kalau dia dah pilih untuk pergi terpaksala kami rela kan..jenuh jugak pun cari disana sini tp tk berjumpa..apapun yang paling best sebab sekarang dah ada ahli baru..sekor calico & sekor oren..teringat pulak kt etot.. (asyik etot saja yer..hmmm)
 
Anyway, asalnya umi rescue mama & 4 kids ni..kesian pulak coz dok melepak kt padang permainan aje..mlm2 ada anjing berkeliaran pulak..kesian kalau ada apa2 yg jadi..so i took them home (atas desakan abah..hehe) 2-3 hari jaga, umi dah makin sayang kt semua tp kalau nk adopt semua byk la pulak jdnya..i have to make a very tough desicion..berbelah bagi hati umi utk pisahkan mereka..umi mmg dah berkenan sgt kt calico & oren ni..tapi camna pulak nasib mama & dua lagi anaknya yg hitam tu..semuanya comel..mama pun baka kacukan sebab bulunya kembang & gebu..
 
So, end up terpaksa la umi ambik 2 saja dan yg lain umi serahkan pada Omiey Home sebab umi yakin mereka takan terbiar. umi pun mmg dah register jadi ranger Omiey Home so as long as i can, from time to time i will definately rescue any stray cats.  
 
So ini la ahli baru keluarga umi..happy sgt sebab semuanya dah ngam..tk de gaduh2 lg..umi asyik look forward je nk balik rumah setiap hari..tiap2 hari ada saja aksi menarik & funny thing happen between them..hilang tensen umi..tgk la gambar Juma & Jeto ni..comel kan?? hehe

Juma (calico) & Jeto (oren)
JUMA (JUst like MAma)


JETO (Just like ETOt)
 

4 Perkara Allah Haramkan Masuk Neraka

1. Orang yang menahan nafsu ketika berahi.

2. Orang yang menahan nafsu ketika ketakutan.

3. Orang yang menahan nafsu ketika keinginan.

4. Orang yang menahan nafsu ketika kemarahan.

Hadis Riwayat At-Tabrani

Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" - Hadis Riwayat Bukhari. - tulahan



Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Sabda Rasulullah SAW bermksud : “…Tiada suatu kaum dari umatku yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah ALLAH (masjid) membaca kitab ALLAH (Al-Quran) dan saling mempelajari isi Al-Quran antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, Malaikat akan merendahkan sayapnya dan ALLAH menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisi-Nya…” (Riwayat Muslim)

ULASAN HADIS :

1. Daripada hadis ini dapat diambil beberapa pengajaran:

o Seseorang yang menghadiri majlis ilmu akan mendapat ketenangan

o Mereka akan memperolehi rahmat

o Malaikat akan merendahkan sayapnya

o Nama mereka akan disebut-sebut oleh ALLAH

2. SubhanalLah, kalaulah manusia dapat melihat kesemua nikmat di atas, pasti mereka akan bersesak-sesak untuk menghadiri majlis ilmu.

3. Ketenangan memang tidak dapat kita ungkapkan dengan perkataan. Ketenangan hanya boleh dirasai. Seperti manisnya gula, manisnya dapat dirasai, namun untuk menceritakan bagaimana manisnya gula itu, tidak sesiapapun mampu mengungkapkannya. Pepatah Arab ada menyebut: “orang yang tidak merasa, dia tidak akan tahu”.

4. Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita, tetapi kerana Rahmat-Nya. Dan rahmat-Nya yang kita rasai selama ini, adalah 1% daripada 100% nikmat yang sebenar. Alangkah hebatnya rahmat ALLAH SWT. Walaupun hanya 1% yg kita rasai, tetapi ia mampu membawa kedamaian dan kebahagiaan makhluk-Nya.

5. Alangkah bertuahnya mereka yg sering menghadiri majlis ilmu kerana mereka telah dinaungi oleh sayap-sayap Malaikat as. Alangkah bertuahnya orang yg menghadiri majlis ilmu, kerana nama mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH SWT.Kalaulah kita mendapat hanya satu daripada empat nikmat di atas, kita sebenarnya adalah manusia yang terpilih