My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Wednesday, September 10, 2014

khabar gembira utk bakal pengantin

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Sunday, June 29, 2014

8 Kelebihan orang berilmu

Sayidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan kelebihan orang yang berilmu
1- Pewaris para Nabi 
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, ” Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi” hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, ” sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga”


2- Pengawal yang setia
Saidina Ali berkata, “kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita”


3- Banyak kawan
Kata Ali,” para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan”


4- Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, “ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja.”


5- Ilmu tidak boleh dicuri
ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, ” bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu.”


6- Tidak pernah habis
tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik pandai, “apakah barang yang boleh disimpan lama?” jawab mereka, ” iaitu barang-barang yang apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki.”


7- Menyinari jiwa
Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, “wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”

Penjelasan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At Tabrani daripada Abu Hurairah, ” sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

8- Tiada terbatas, sentiasa bertambah Taat kepada Allah SWT. Firman Allah, Surah Al-Fathir, ayat 28, ” sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu”
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu abdil Birri, ” orang yang berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi”
Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, “sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermanfaaat. Sedangkan amal yang banyak yang disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat”

Tuesday, April 22, 2014

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.
~ untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus

2- Menuduh wanita solehah berzina.
~ Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT 

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
~ Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4- Melakukan sihir.
~ Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
~ Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
~ Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah

Kitab Tanbihul  Ghafilin  

KAFIR TANPA SEDAR

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tengok. (jatuh kapir)
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tengok. (jatuh kapir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je… (jatuh kapir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

“Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta” -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir – pesanan pada semua dan diri sendiri 

fadilat puasa sunat esok 10 jamadilakhir


   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Solat Sunat
Dalam bulan Jamadil Akhir disarankan melakukan solat sunat dengan kaedah dan jumlah rakaat seperti berikut:
  1. Malam Pertama
Lakukan solat sunat dua rakaat dan selepas Al-Fatihah, boleh memilih mana-mana surah yang ingin dibaca dan setelah salam memperbanyakkan bacaan istighfar,
  1. Hari Ke Sepuluh
Lakukan solat sunat dua belas rakaat dengan kaedah setiap dua rakaat satu salam, selepas membaca surah Al-Fatihah dibaca surah Al-Quraisy dan selepas salam diteruskan membaca surah Yusuf.
Fadhilatnya: Allah سبحانه وتعالى akan menjaganya dari kesukaran dan kesusahan selama satu tahun.
  1. Hari Akhir Bulan
Didirikan solat sunat empat rakaat dan dilakukan selepas solat Maghrib. Dan selepas salam kemudian membaca tasbih sebanyak-banyaknya.

Amal-amalan Lain Di Bulan Jamadil Akhir
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan Jamadil Akhir inilah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah  pada sepanjang tahun adalah :
1)      Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.
2)      Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an
3)      Menghayati dan memperbanyakkan :
  • a)      Zikir – tahlil, tahmid dan takbir.
  • b)      Istighfar  dan taubat
  • c)      Selawat ke atas Rasulullah 

4)      Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.
5)      Mendirikan solat-solat sunat seperti:

6)      Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
7)      Berpuasa sunat, terutamanya  pada hari-hari Isnin dan Khamis
8)      Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya
9)      Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”  
(Surah Al-Bayyinah: Ayat 7)
.
Rasulullah  bersabda: “Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan).” (Muttafaq ‘alaih)