السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat
Dalam bulan Jamadil Akhir disarankan melakukan solat sunat dengan kaedah dan jumlah rakaat seperti berikut:
- Malam Pertama
Lakukan solat sunat dua rakaat dan selepas Al-Fatihah, boleh memilih mana-mana surah yang ingin dibaca dan setelah salam memperbanyakkan bacaan istighfar,
- Hari Ke Sepuluh
Lakukan solat sunat dua belas rakaat dengan kaedah setiap dua rakaat satu salam, selepas membaca surah Al-Fatihah dibaca surah Al-Quraisy dan selepas salam diteruskan membaca surah Yusuf.
Fadhilatnya: Allah سبحانه وتعالى akan menjaganya dari kesukaran dan kesusahan selama satu tahun.
- Hari Akhir Bulan
Didirikan solat sunat empat rakaat dan dilakukan selepas solat Maghrib. Dan selepas salam kemudian membaca tasbih sebanyak-banyaknya.
Amal-amalan Lain Di Bulan Jamadil Akhir
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan Jamadil Akhir inilah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah ﷺ pada sepanjang tahun adalah :
1) Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.
2) Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an
3) Menghayati dan memperbanyakkan :
- a) Zikir – tahlil, tahmid dan takbir.
- b) Istighfar dan taubat
- c) Selawat ke atas Rasulullah
4) Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.
5) Mendirikan solat-solat sunat seperti:
- a) Solat Sunat Fajar
- b) Solat Sunat Dhuha
- c) Solat Sunat Rawatib
- d) Solat Sunat Tahajjud
- e) Solat Sunat Witir
6) Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
7) Berpuasa sunat, terutamanya pada hari-hari Isnin dan Khamis
8) Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya
9) Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”
(Surah Al-Bayyinah: Ayat 7)
.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan).” (Muttafaq ‘alaih)
0 comments:
Post a Comment