My Scrapbook: 5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam
SweetMuslimah.com

Tuesday, April 22, 2014

5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;”

Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  1. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-

FADILAT QIAMULAIL
  1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
  2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    
  3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
  1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
  2. Membawa kesan iman yang mendalam,

PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”

0 comments:

Post a Comment