My Scrapbook
SweetMuslimah.com

Thursday, January 17, 2013

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Qailulah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuba kita praktikan sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Friday, December 28, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

10 Jenis Air Mata

1- Air Mata yang paling hebat adalah Air Mata Kemenangan.

2-Air Mata yang tidak berdosa adalah Air Mata Kanak-kanak.

3- Air Mata yang amat memberi kesan adalah Air Mata Taubat.

4- Air Mata yang paling melemahkan adalah Air Mata Wanita.

5- Air Mata yang paling Indah adalah Air Mata Kemaafan.

6- Air Mata yang Sedih adalah Air Mata memberi kelapangan.

7- Air Mata yang memberi Kebahagiaan adalah Air Mata Kejayaan.

8- Air Mata yang paling amat menduga adalah Air Mata Kesakitan.

9- Air Mata yang paling memberi Pengajaran adalah Air Mata Penyesalan.

10- Air Mata yang paling menipu adalah Air Mata Buaya.

Thursday, December 27, 2012

Ikan Siakap Stim

Hari ni hujan lebat kt opis..paham je la bila camtu jln mulalah sesak..nak sampai puduraya pun dah lmbt..so naik bas lambat sampai rumah pun agak lambat la. Bahan mentah kt rumah pun byk yg tk de so mlm ni mkn ikan stim dgn nasi putih je la...ringkas & senang nk buat..

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap (nk ikan lain pun terpulang la)
1 atau 2 batang serai
4-5 biji cili api (nk pedas boh la lebih kan)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (tk nak pun tk per..guna nenas pun sedap juga)
1 tangkai daun ketumbar (td guna daun sup je pun..)
2 sudu sos ikan (kalau tk de guna sos tiram pun ok)
1/2 - 1 cawan air
1-2 biji limau nipis atau lemon (ambil jusnya)
lada sulah, gula & garam secukup rasa

Cara masak :
1. Panaskan periuk pengukus. Lumurkan ikan dgn garam dan gula. letak dlm loyang. Masukkan halia, bawang putih & serai yang telah di cincang atau tumbuk serta cili api.
2. Masukan air, sos ikan dan lada sulah. masak ikan selama 15 minit. Lepas itu masukan tomato, daun sup dan jus limau. Masak lg 5 minit.
3. Dah pun siap...