My Scrapbook: Berguru Dengan Sanad
SweetMuslimah.com

Friday, May 20, 2011

Berguru Dengan Sanad

Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;

1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW
2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar
3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka
4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat
5. merupakan satu rahmat dan barakah

Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:

1. talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran.
2. talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik dan sebagainya.
3. talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awa’il al-Sunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal.
4. talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya.
5. talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqat-tariqat sufiyyah.

Sama-samalah kita memelihara pembelajaran bersanad, untuk kekuatan ilmu yg dituntut.



0 comments:

Post a Comment