My Scrapbook: Rahsia Untuk Lebih Segar
SweetMuslimah.com

Monday, May 30, 2011

Rahsia Untuk Lebih Segar

 
 
Sabda Rasulullah SAW; ”Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)

Apa itu qailulah? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Bila waktu paling sesuai untuk amalkan qailulah? Mengikut pengalaman mereka yang mengamalkan qailulah, waktu paling OK ialah antara kul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas zohor.

Apakah kelebihan atau kebaikan qailulah?

Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah qualiti nya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulaill.

Mat salleh panggil qailulah ni sebagai ‘nap’. Kalau bagi orang putih ni, biasanya ‘nap’ dilakukan dari pukul 2~4 petang. Hasil kajian menunjukkan amalan ‘nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.

Menurut buku orang putih, ramai saintis bijak pandai dan orang-orang terkenal Barat mengamalkan qailaluh @ nap ini. Napoleon pun mengamalkan benda ini.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan qailulah, sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus

0 comments:

Post a Comment