My Scrapbook: 7 Amalan membentuk Insan Bertaqwa
SweetMuslimah.com

Tuesday, July 10, 2012

7 Amalan membentuk Insan Bertaqwa

Amalan untuk menjaga dan memelihara ketaqwaan

1. Qiyamullail, bangun malam untuk melaksanakan solat tahajud 11 rakaat atau kalau tidak sanggup cukup 9, 7, 5, atau 3 rakaat.

2. Membaca Al-Quran, minima sehari 10 ayat atau sehari satu ayat beserta terjemahan kemudian memahami terjemahan ayat=ayat yang dibaca.

3. Puasa sunnat. Seperti puasa hari Isnin dan Khamis .

4. Iktikaf, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Ketika kita mempunyai banyak masa maka masuklah ke dalam masjid, cukup setengah jam sahaja, dengan berdoa kepada Allah SWT : “Ya Allah, saya telah melakukan dosa ampunilah dosa yang telah saya lakukan”. Sentiasa mengakui segala dosa dan kesalaha yang telah dilalukan .

5. Bersedekah , berusaha untuk melakukan sedekah.

6. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT tanpa mengira masalah yang dihadapi sama ada kecil atau besar.

7. Berhubung Silaturahmi kerana mereka yang sentiasa membina hubungan Silatul Rahim berdasarkan iman, Allah SWT menjanjikan Syurga untuknya.’

0 comments:

Post a Comment