Assalam..lama sudah tk sign in ke blogger..dah tentu dah lama tk update any entries. Sedangkan disini la kuluahkan rasa hati, hasil pembacaanku, hasil perbincanganku dan sebagainya. Hanya skrin ini dpt menzahirkan apa yg terbungkam dihati dan apa yang tersirat di minda...eh mcm nak berfalsampah pulak ye...
Anyway, for the past 7 months of absence from blogging, many things have happened in life. Dan sebab byk yg berlaku tu la aku akhirnya terpikir utk mulakan hidup yg lebih baik dan sihat. So, entry kali ini aku nk ckp pasal hati..secara umum pun kalau hati kita hitam, mula la ada rasa iri hati, sakit hati, dengki semua ada la..so bila dah mcm tu masalah timbul antara adik beradik, antara sahabat handai, jiran tetangga, masyarakat, negeri, negara dan seterusnya dunia pun boleh jd huru hara. Selalu pun org2 alim byk mengingatkan kita supaya membersihkan hati kita kan..Well it make a perfect sense, sama jugak la dgn hati yg ada dlm diri kita ni sebagai organ yg penting. Kalau hati kita dah rosak, bahagian lain dlm badan pun mula mengalami kerosakan.
so kita lihat apa fungsi hati:
1. memusnahkan bahan toksin yg tidak diperlukan oleh tubuh
2. merupakan tempat simpan tenaga, vitamin dan mineral
3. menghasilkan hormone baik
4. baik utk system imun tubuh dan melindungi drpd serangan penyakit
5. mengekalkan tenaga dan seimbangkan kolesterol dlm badan
6. memudahkan system penghadaman
7. menghasilkan protin
8. detoks
Can we say, hati is the most important organ now? definitely yes kan...so aku rasa bertuah sgt bila ada kawan yg mengingatkan pasal ni..mmg la dia pun ada product yg boleh membantu tp main reason yg trigger me was bila dia bgtau pasal fungsi hati ni..adohai..selama 40thn hidup ni asyik nk jaga jantung la itu la ini la but never focus on hati..kesian hati kita kan tugasnya berat tp kita buat tk endah je...
so I simplify : why try the product? reasons being :
1. umur - bila umur dah meningkat, mula la senang nk dpt penyakit. bila dah sakit lambat pulak nak baik..macam apa yg berlaku Jan 2015, batuk yg melarat lebih sebulan membuatkan aku mendapatkan rawatan susulan..Nah!! kena tahan diwad seminggu dan mc lg seminggu. Batuk & kahak menyebabkan agak sukar bernafas..risau la jugak kan..tapi agaknya ini la masa utk aku berehat sebentar dr rutinku. Badan dah penat agaknya sebab travel by bus setiap hari ke tmpt kerja.
lepas tu, baru2 ni Sept 2015, kematian sepupu yg masih muda akibat kanser paru2. Yg ni mmg terkejut sangat rasanya sebab ingatkan she can survive coz awal thn dia ckp tk de apa2..rupanya lepas kematiannya baru tahu yg dia mmg menderita kanser utk sekian waktu..hmm...
umur baru 39 tahun, dah kena kanser tahap 4. Sepanjang masa dok melawat dia di hospital, I terpikir bila dah sakit, susah dah nak beribadat asyik terlantar je kan..org lain yg bacakan atau dengarkan ayat Quran. Kita ni umur lg tua dr dia..bila2 masa je nanti entah kita pulak kena panggil..cukup ke amalan. Kita selalu dgr org kata..haaa..makcik kuat lagi walau dah 70-80 thn. I wanna be like that, tua tp masih ada kudrat so tk payah nk susahkan sesiapa.
Once I have fibroid, agak besar jugak..mmg la dah remove. Tapi yg buat risau bila tahu kita masih ada chances of getting cancer lak..tolong la..tk nak la jd mcm my cousin tu...so mmg kena start pikir pasal health ni..
2. gemuk dan senaman - bukan tk sedar badan ni besar..maklum la susah betul nk lawan nafsu mkn..kalau boleh setakat rasa je tk pa jugak..ni bila makan mula tk sedar diri..pastu senaman pun malas. Dulu dok makan herbalife la..konon nk diet, dpt la setahun..ada la kurg sket tp still tk senaman..so bila stop je lg la kuat mkn..rasa mcm double naik berat ni..adoi...problem lain lak dtg..senang sgt nk mengah esp bila jln naik tangga ke..naik bukit ke..hmm..
3. waris - frankly sejak operation buang fibroid tu i wont be able to get pregnant. Dah tentu tiada anak2, so siapa la yg akan doakan kita bila kita tk de nanti..Mmg la ada anak2 sedara, anak2 angkat tp boleh kah kita mengharap mereka utk doakan kita. Tak kata org lain la, diri sendiri pun selalu lupa nk sedekahkan Al-Fatihah utk my parents. So, kalau u tk mau berusaha utk hidup lebih lama, cukup ke masa nk prepare utk kehidupan akan dtg. I know I'm not well equip yet.
well, apapun kita harus berusaha..Im writing this not because I ni pakar kesihatan but Im reminding myself other than sharing my own opinion. Disebabkan semua tu la yg menyebabkan I want to find something utk improvekan kesihatan hati..semoga bila hati sihat, anggota bdn lain pun sihat. Alhamdulillah, Im starting taking lingzhi. Lingzhi ni biasanya org cina yg tahu khasiatnya dr dulu lg kan..so tak salah kalau kita pun ambik apa yg baik dr diorang sebagai panduan.
Ok, kali ni i just share the "why" yg menyebabkan saya bersedia utk mencuba product ni..InsyaAllah next entry I will share the product itself and any other related health matters. Kalau ada yg terkhilaf maafkan ye..semoga ada manafaat yg kita dpt dr perkongsian ini.
1 comments:
Life begins at the end of your comfort zone...
Don't worry Yong, sure it is going to be fun...
Post a Comment