- Gabungan ekstrak kunyit hidup bersama susu jika dilumurkan ke seluruh tubuh selama 20 minit 3 kali seminggu akan membantu kulit menjadi bersih dan sekata warnanya.
- Mandian bersama 1/2 cawan campuran madu adalah rahsia terbaik untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan gebu.
- Kulit gelap di bahagian tengkuk dan bawah lengan memang boleh mengundang malu jika kelihatan. Bagi menghilangkannya campuran pati lemon, kisaran timun bersama sedikit serbuk kunyit diadun mesra. lumurkan pada kawasan tersebut setiap hari dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.
- Mengembalikan kesegaran kulit, campurkan pati daun pudina bersama badam didalam semangkuk air suam. Kemudian lumurkan keseluruh badan dan biarkan kering. Bilas menggunakan mandian air suam sekali lagi.
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi asid lemak baik (Omega 3) yang banyak terkandung didalam ikan, sayuran dan minyak sayuran kerana ia membantu pertumbuhan sel kulit baru.
- Digalakkan juga melakukan mandian susu kerana ia mampu mengekalkan kadar kelembapan kulit serta melembutkannya.
- Minyak zaitun merupakan sumber vitamin E yang baik dan mampu menjadi bahan pelembap efektif untuk mengatasi masalah tumit kaki yang kering.
- Campuran pati lemon bersama air mawar boleh membantu menghilankan kesan jerawat. Amalkan dengan sapuan ramuan tersebut ke bahagian yang berparut dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.
- Makanlah kekacang seperti badam, walnut atau gajus untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.
- Pengambilan daging merah dan susu penuh krim secara berlebihan mampu merosakkan kulit.
- Jika mandi menggunakan air suam, hadkan waktu mandian selama 15 minit sahaja. Ini kerana berendam terlalu lama, air tersebut mampu menghilangkan kandungan minyak semulajadi pada kulit.
- Air kapur sirih dan limau nipis jika dicampurkan boleh dijadikan petua untuk menghilangkan kesan hitam dibawah lengan dengan menggosokkan ramuan secara konsisten.
- Jika mengalami kegatalan kulit terutama dibahagian paha. Amalkan mencucinya dengan air rebusan asam keping bersama sedikit garam.
- Ambil limau purut, kemudian hiris dan gosok ditapak kaki setiap pagi. Amalkan petua ini untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah.
- Pati timun dapat membantu melembapkan kulit disamping menyegarkannya kembali.
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
0 comments:
Post a Comment