My Scrapbook: Adab Dalam Masjid
SweetMuslimah.com

Wednesday, July 7, 2010

Adab Dalam Masjid

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

~Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa dan apabila hendak keluar melangkah dengan kaki kiri sambil membaca doa juga.

~Sebelum duduk tunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

~Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai daripada memasuki masjid seperti di muka pintu.

~Jangan bermundar-mandir dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di rumah Allah, maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk serta banyakkan berzikir dan bertasbih.

~Jangan meninggikan suara dalam surau sama ada berzikir atau membaca al-Quran.

~Jangan berbual dalam surau mengenai hal keduniaan.

~Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid.

~Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke suatu tempat.

~Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.

~Jika merokok atau memakan bawang janganlah terus masuk ke masjid, seelok-eloknya cuci dulu mulut kerana ini akan mengganggu keselesaan orang lain disebabkan oleh baunya.

~Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan.

~Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.

0 comments:

Post a Comment