Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitab “ Minhaj Al-Abidin” kelebihan tersebut ialah:
1. Mendapat pujian dan disebut oleh Allah.
2. Diagongkan dan dimuliakan oleh Allah.
3. Dicintai oleh Allah semasa hidup di dunia.
4. Selama hidup di dunia, kerana TAAT dan Tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam semua urusan.semua urusan Allah mengatur untuknya.
5. Segala rezekinya ditanggung oleh Allah.
6. Mendapat pertolongan Allah setiap kali niat buruk musuh terhadapnya.
7. Tidak ada perasaan khuatir kerana hatinya sentiasa ditenteramkan oleh Allah.
8. Darjat kemuliaannya sentiasa diangkat atau sentiasa bertambah oleh Allah.
9. Himmah atau nilai diri sentiasa diangkat oleh Allah.
10. Hatinya sentiasa kaya, kekayaan hatinya melebihi kekayaan yang dimilikinya.
11. Hatinya sentiasa bersih dan senang menerima ilmu Allah.
12. Bersabar dan Ikhlas menerima segala dugaan dan musibah terjadi hasil dari kelakuan dan kejahatan musuh.
13. Dihormati dan disegani orang lain.
14. Dicintai orang lain- semua orang mengagung dan mencintainya serta memuliakannya.
15. Setiap tutur katanya mendatangkan banyak kebaikan.
16. Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
17. Semua haiwan tunduk dan takut kepadanya.
18. Memiliki kunci-kunci bumi.
19. Menjadi pemimpin dan mempunyai pengaruh dalam pintu Rabbul Izzati.
20. Allah sentiasa setia menunggu memaqbulkan doanya.
21. Diringan dan dimudahkan oleh Sakaratul Maut ketika menemui ajalnya.
22. Sentiasa Dalam Makrifat dan beriman kepada Allah.
23. Allah sentiasa melimpahkan kebahgiaan dan keredhaan kepadanya.
24. Kekal di dalam Syurga Allah dan dekat kepada Allah.
25. Semasa di alam Ghaib rohnya diiringi ke langit dengan penuh kehormatan, lemah-lembut dan mendapat segala kenikmatan.
26. Allah melancarkan segala jawapan apabila ditanya oleh semasa disoal dalam kubur dan tidak diseksa di dalam kubur sehingga hari Qiamat.
27. Rohnya mengadap Allah dengan tenang,rohnya tidak menghadapi kesulitan ketika berpisah dengan jasad kerana mendapat penghormatan daripada Allah, Rohnya tergolong dalam golongan roh orang yang dimuliakan Allah dan jasadnya mudah dikebumikan.
28. Kuburnya luas dan diterangi cahaya.
29. Setelah bangkit dari kubur mendapat penghormatan dan kemuliaan daripada Allah di Padang Mahsyar.
30. Wajah akan bercahaya dan bersinar-sinar.
31. Aman dari segala ancaman di alam Akhirat.
32. Menerima Catitan Amalan dengan tangan kanan.
33. Hisabnya diringankan.
34. Timbangan kebaikkan diberatkan.
35. Dapat mengadap Rasulullah ditelaga Rasulullah dan meminum air telaga Rasulullah.
36. Dapat meniti Sirat dan melepasi api neraka.
37. Dapat memberi Shafaat kepada orang lain setelah mendapat keizinan Allah.
38. Mendapat kekuasaan kekal di dalam Syurga Allah.
39. Mendapat Keredhaan Allah yang paling agung.
40. Dapat Mengadap Allah Azzawajal.