My Scrapbook: April 2014
SweetMuslimah.com

Tuesday, April 22, 2014

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.
~ untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus

2- Menuduh wanita solehah berzina.
~ Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT 

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
~ Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4- Melakukan sihir.
~ Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
~ Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
~ Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah

Kitab Tanbihul  Ghafilin  

KAFIR TANPA SEDAR

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tengok. (jatuh kapir)
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tengok. (jatuh kapir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je… (jatuh kapir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

“Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta” -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir – pesanan pada semua dan diri sendiri 

fadilat puasa sunat esok 10 jamadilakhir


   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Solat Sunat
Dalam bulan Jamadil Akhir disarankan melakukan solat sunat dengan kaedah dan jumlah rakaat seperti berikut:
  1. Malam Pertama
Lakukan solat sunat dua rakaat dan selepas Al-Fatihah, boleh memilih mana-mana surah yang ingin dibaca dan setelah salam memperbanyakkan bacaan istighfar,
  1. Hari Ke Sepuluh
Lakukan solat sunat dua belas rakaat dengan kaedah setiap dua rakaat satu salam, selepas membaca surah Al-Fatihah dibaca surah Al-Quraisy dan selepas salam diteruskan membaca surah Yusuf.
Fadhilatnya: Allah سبحانه وتعالى akan menjaganya dari kesukaran dan kesusahan selama satu tahun.
  1. Hari Akhir Bulan
Didirikan solat sunat empat rakaat dan dilakukan selepas solat Maghrib. Dan selepas salam kemudian membaca tasbih sebanyak-banyaknya.

Amal-amalan Lain Di Bulan Jamadil Akhir
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan Jamadil Akhir inilah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah  pada sepanjang tahun adalah :
1)      Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.
2)      Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an
3)      Menghayati dan memperbanyakkan :
  • a)      Zikir – tahlil, tahmid dan takbir.
  • b)      Istighfar  dan taubat
  • c)      Selawat ke atas Rasulullah 

4)      Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.
5)      Mendirikan solat-solat sunat seperti:

6)      Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
7)      Berpuasa sunat, terutamanya  pada hari-hari Isnin dan Khamis
8)      Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya
9)      Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”  
(Surah Al-Bayyinah: Ayat 7)
.
Rasulullah  bersabda: “Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan).” (Muttafaq ‘alaih)

5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;”

Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  1. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-

FADILAT QIAMULAIL
  1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
  2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    
  3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
  1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
  2. Membawa kesan iman yang mendalam,

PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”

7 Cara untuk terlepas daripada melakukan dosa

1 -Memohon perlindungan daripada  kepada Allah SWT  dan berdoa serta memohon kepada Allah SWT dengan bersungguh supaya  Allah SWT  menghapuskan dosa kita.
.

2 -Mujahadah diri atau berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan mempertahankan  Sabar dengan nilai-nilai agama daripada runtuh serta menyucikan diri  dengan cara taat sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.

3 -Ingat kepada amaran Allah SWT yang amat keras terhadap dosa pakaian, rasa takut kepada azab Allah SWT serta sentiasa ingat kepada dosa yang telah kita lakukan.

4 – Merasakan Allah SWT sentiasa dekat dengan hambanya sehingga kita tidak berpeluang melakukan doasa walaupun sesaat.

5 – Merasa malu kepada Allah SWT, membayangkan perbuatan dosa tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar mukmin atau orang beriman.


6 -Cuba bayangkan jika kematian datang dalam keadaan  kita melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bagaimana kita akan bertemu dan dibangkitkan dalam keadaan tersebut dihadapan Allah SWT ?.

7 -Ingat kepada persiapan Allah SWT untuk menyambut kedatangan hambanya yang soleh, Syurga diperhiaskan seindah-indah adalah untuk kita, Apakah kita sanggup membawa dosa dan mem mempersembahkannya kepada Allah SWT Yang Maha Suci dan Maha Pemurah ?

Jika dosa yang kita bawa, maka ingatlah azab Allah SWT tidak mengenal belas kasihan terhadap  sesiapa pun !!!

10 Nasihat Penyejuk Hati

1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya. Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat. Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.

2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka. Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.

3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa. Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah SWT untuk anda. Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.

4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.

5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.

6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.

7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu,? Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa ?

8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.

9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.

10- Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.

4 JENIS KESABARAN

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

  •  Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
  •  Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan

4 makna disebalik sifat sabar

  • Sabar disaat musibah dinamakan Iman
  • Sabar diketika makan dinamakan Qanaah( Berpada dengan apa yang ada)
  • Sabar menyembunyikan sesuatu dinamakan Rahsia
  • Sabar disaat bersedekah dinamakan Dermawan atau pemurah